Pages

Saturday, 23 June 2012

KANGKUNG dari laman

Selamat pagi Sabtu..

Berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasil yang buat kita senyum , selain sawi putih saya tanam sayur kangkung dalam pasu . Senang juga nak jaga sayur kangkung ni , semai je biji benih kemudian bagi cukup baja dan siram tiap-tiap pagi dan petang . Cukup sebulan sayur kangkung pun tumbuh sihat dan boleh dikutip hasil tanaman , alhamdulillah seronok nya saya dapat bercucuk tanam walaupun dalam pasu dan di depan halaman rumah yang terhad ruangnya . Saya memang suka bercucuk tanam tak kira apa jenis tanaman sama ada sayur atau pokok-pokok hiasan , terapi minda dan memberi ketenangan untuk diri ni . Sejuk saja mata melihat semua tanaman pokok ros serta sayur-sayuran yang saya tanam mahu hidup subur , syukur alhamdulillah atas nikmat yang TUHAN kurniakan kepada kami sekeluarga...

Sayur kangkung tumis bersama taucho dan ikan bilis .

BAHAN-BAHAN :


2 ikat sayur kangkung
1 peket taucho
segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

-Bersihkan sayur kangkung dan ambil semua daun serta batang sayur yang lembut sahaja . Tumbuk  semua bawang merah+bawang putih dengan ikan bilis .

-Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian masukkan taucho dan sedikit air kemudian kacau semua . Masukkan semua sayur kangkung dan kacau bagi sekata semua bahan . Jika nampak sayur agak kering masukkan sedikit air dan kacau kemudian rasa sayur jika tak masin baru ditambah garam . Bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur . Sayur ni tak perlu ditambah garam sebab dah cukup masin dari taucho dan ikan bilis .

Hasil tanaman ku kali ni sayur kangkung yang hidup subur..


Gembiranya kutip sayur kangkung...


Anak-anak yang paling seronok tolong saya tanam dan jaga sayur-sayuran di depan laman rumah saya ni . Bila nak kutip sayur pun saya biar anak-anak yang buat , pengalaman yang akan anak-anak ingat sampai bila-bila dan saya harap bila anak-anak saya dah dewasa , mereka pun akan suka berkebun...

6 comments:

  1. salam Nanie
    wah bestnya makan sayur hasil tanam sendiri fresh lah,akak pun suka tanam tapi masa yg mencemburuii,tapi kalau rajin dan nak mesti boleh kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm kak Noor,betul tu kak kalau ada masa memang kita nak tanam kan tapi kadang2 bila sibuk bekerja mmg tak dapat la nak tanam sayur sendiri , bila tanam sendiri sayur fresh tanpa racun

      Delete
  2. waduh..jelesnya tengok kangkung dia, besar2 tinggi lak tuh... Lynn punya x brapa jadi. sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe lynn lepas ni tanam lagi ya , saya guna baja taik lembu organik

      Delete
  3. Tahniah, ganjaran bila berbudi pada tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih , berbudi pada tanah pasti mendapat hasil alhamdulillah

      Delete