Selalu saya akan masak kari ayam sahaja atau kari telur tapi kali ni saya masak semuanya sekali menjadi kari ayam telur bersama ubi kentang . Senang kerja masak saya kali dan kari ni jadi kari 2 dalam 1 masakan hehehe , anak saya yang sulung suka kari ayam sementara anak kedua suka kari telur so sekarang ni anak-anak boleh pilih mana lauk yang nak dimakan dengan nasi , syukur alhamdulillah untuk rezeki kami . Resepi yang saya beri ni hanya la panduan pada sesiapa yang nak cuba anda boleh ubah suai resepi mengikut selera masing-masing..
BAHAN-BAHAN :
500 grm ayam
6 biji telur ayam
6 biji telur ayam
6 biji ubi kentang - potong 4
4 cawan santan pekat - boleh tambah
1 peket rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
1 sudu cili kisar
3 cm halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 2cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Tak perlu guna cili kisar jika tak mau kari pedas
CARA MEMASAK :
Bersihkan ayam dan dipotong menjadi ketulan kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Rebus semua telur dan kupas kulit serta dikelar-kelar keliling telur itu Kupas semua bawang , halia dan ditumbuk lumat .
Panaskan sedikit minyak anggaran 6 sudu besar dan tumis semua kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sekejap kemudian boleh dimasukk semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi . Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuh rempah kari dalam periuk . Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering . Masukkan juga cili kisar dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .
Masukkan santan dan ubi kentang , biarkan kuah mendidih serta boleh dimasukkan semua ayam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la masukkan semua telur serta garam secukup rasa . Biar kari terus mendidih selama 5 minit dan boleh la di tutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....
Kari ayam dengan telur serta ubi kentang..
sedapnya sis....blh bt ptg nanti...tq ya..share resipi ni...
ReplyDeletealhamdulillah sila la cuba ya
Deletesedapnye...dah ayam buh telur lagi yer...xpyh lauk lain lgi dh ni...cukup dh tu..fav kari ni..
ReplyDeletealhamdulillah , hehehe senang masak macam ni kan
DeleteAs salam, lama nyer tak memasak kari ayam. Sedap kari kalau dimasak sendiri. Masuk pula telur" makan dg nasi dagang kelantan.
ReplyDeletewlksalm , sedapnya nasi dagang makan dgn kari telur hehe favorite saya tu
Delete