Sambil bela pokok ros saya pun tanam sayur dalam pasu kecil . Nak jaga agak mudah sayur sawi ni bagi cukup baja dan air elok la tumbuh dan bila dah besar cukup matang boleh la dikutip . Saya saja tanam sayur ni untuk seronok-seronok dan alhamdulillah sayur sawi ni mahu hidup . Sawi putih ni saya masak tumis biasa saja alhamdulillah sedap..
BAHAN-BAHAN :
sedikit fucuk - direndam sehingga kembang
sos tiram secukupnya
Sedikit minyak bijan
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :
Segengam udang kering - basuh dan rendam dlm air panas
2 biji bawang merah - kupas kulit
2 ulas bawang putih - kupas kulit
CARA MEMASAK :
2 biji bawang merah - kupas kulit
2 ulas bawang putih - kupas kulit
CARA MEMASAK :
- Bersihkan sawi putih dan dipotong kecil . Kupas semua bawang dan rendam udang kering dlm air panas sekejap kemudian di tos . Rendam semua fucuk sehingga kembang dan tos ketepikan dulu .
- Tumbuk semua bawang dengan udang kering sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau .
- Tumbuk semua bawang dengan udang kering sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau .
-Bila bahan tumbuk yang ditumis sudah masak dan terbit bau boleh la dimasukkan sos tiram . Kacau semua bahan-bahan dan masukkan sayur sawi dengan fucuk tadi dan minyak bijan . Kacau semua bahan dan rasa masin kalau tak cukup baru ditambah garam secukupnya . Bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur .
Saat paling seronok ialah masa kutip hasil tanaman sendiri , anak-anak saya pun tolong kutip sayur sawi ni . Pengalaman baru untuk anak-anak saya melihat macam mana proses sayur ni mula ditanam dari biji benih sehingga besar . Saya tanam secara organik sayur sawi ni saya tak sembur dengan racun kimia dan saya hanya guna baja organik .
Sawi putih yang baru bercambah dari biji benih , cukup senang tumbuh sayur sawi ni dalam masa 10 hari dah tumbuh macam anak pokok dalam gambar ni , seronok tengok..
Anak sayur sawi bila dan besar macam ni dah boleh di alih ke pasu-pasu kecil..
Lepas 25 hari sayur sawi ni semakin besar alhamdulillah mahu juga sayur sawi ni hidup subur..
Masa ni pokok sawi dan umur 3 minggu , saya siram pada waktu pagi dan petang . Tiap-tiap minggu saya tabur baja organik dan syukur alhamdulillah la tak ada serangga perosak makan daun sayur sawi ni..
Aisyah seronok tolong Mama kutip hasil sayur-sayuran , walaupun laman rumah saya ni kecil dan tiada tanah tapi sebab saya ni memang suka bercucuk tanam saya cuba juga tanam sayur dalam pasu-pasu kecil dan alhamdulillah semua sayur yang saya tanam itu hidup subur walaupun hasilnya tak la banyak mana tapi cukup untuk kami sekeluarga rasa/makan . Lepas ni saya plan nak try tanam sayur bayam , biji benih dah beli tunggu nak tanam saja ^_^
Salam...rajinnya bercucuk tanam. dlm pasu pun boleh tanam sayur.
ReplyDeletewlksalm , berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasil kan :)
Deletealahai kak..seronoknya dapat menikmati hasil daripada kerajinan bercucuk tanam ;))
ReplyDeletealhamdulillah mmg akan mendpt hasil yg buat kita happy
Deleterajin lah kak nannie ni...
ReplyDeleteTempah Hamper Ramadhan & Aidilfitri 2012/1432 di Qaseh Gifts!
hehehe tanam sayur dlm pasu ni mmg mudah nak di jaga
Deletewahh kak nanie. sihat2 sawi tu.sejuk tgn akak. alhamdulillah.
ReplyDeletealhamdulillah
Deletesalam kak nannie....waaaaaaaaaaahhh, memang bess kan, makan sayur dari hasil cucuk tanam sendiri..
ReplyDeletewlksalm Mat,
Deletehehehe mmg best la tanam sayur lepas tu masak makan yum2
Salam Nanine..wahhh..seronokkan bila apa yg di tanam menjadi...boleh makan lagi..Iza pun suke,menanam ni tapi x da kesempatan lagi..asyik tangguh je...
ReplyDeletewlksalm , mmg seronok tanam sayur ni dan dpt makan pula hehe
DeleteAs salam Kak,
ReplyDeleteEh, seronok kan bila kite berbudi dgn tanah ni... Sayur yg sihat, msk secara sihat! Syukur :)))
wlksalm , mmg seronok tanam sayur sendiri dn secara organik , syukur alhamdulillah
Deleteassalam
ReplyDeletememang seronok cucuk tanam dan dpt pulak tu rasa hasilnya kan
kita pun sama sb tak ada tanah tanam dlm pasu2 belakng umah, seronok pagi2 tgk pokok2 ni sejuk je mata, petang2 pun ada xtvt menyiram pokok2 he he
cuma kat sini pokok2 sayur masalah sikit,tikus suka kacau, pokok kunyit pun dimakannya
wlksalm , mmg seronok tgk sayur kita tanam mahu hidup , sejuk je mata memandang dan plg best bila dpt kutip hasilnya
Deletesalam ukhuwah..
ReplyDeletebestnya ada kebun untuk dapur sendiri...hehe
wlksalm , mmg best hehe
Deletehm.. tunggu..Sawi lynn baru dlm 2cm..comel sgt lagi.. kena alih dlm pasu sepokok saja ker? atau boleh letak byk2
ReplyDeleteSalam kenal..bestnye,tengok tanaman kak Nannie. sy pun ada niat gak tu..tp tak bila nak mula..
ReplyDeleteAssalam...ni yg buat sy truja tngok...dh lma x mnanam...sy dh ada smangat smula utk mula berbkti pda tanah...
ReplyDeleteSalam... Akak, saya pun baru try tanam bayam dalam pasu. Dia dah elok naik. Tapi nak tanye akak mcm mana nak pindah kan ke pasu2 kecil tu ye? Boleh explain cara2 nye tak? tq :)
ReplyDeleteSeronoknya saya tengok..
ReplyDeleteBaru mula menyemai...dah bercambah 2cm..
Tak sabar nak tgk besar mcm pokok sis:)
drshikinzainal.blogspot.com
Sy pun tanam sawi ni.. Tak payah beli.. Save sikit. Sekarang dah banyak sy tanam..
ReplyDeleteSy pun tanam sawi ni.. Tak payah beli.. Save sikit. Sekarang dah banyak sy tanam..
ReplyDeleteSy pun tanam sawi ni save sikit duit.. Seronok tiap2 pagi tengok pokok naik elok
ReplyDelete