Pages

Tuesday, 5 June 2012

Goreng kicap tempe n ubi kentang

Sedap dimakan dengan nasi atau diratah je..

BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
1 cawan ikan bilis
5 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
4 biji cili merah - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram
kicap manis kipas udang secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

CARA-CARA MEMASAK :
-Potong tempe kecil-kecil dan ubi kentang di kupas kemudian dipotong nipis-nipis juga .Tempe , ubi kentang dan ikan bilis digoreng sampai masak kekuningan kemudian ditos dan ketepikan dulu sekejap.

-Tumis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili yang dipotong nipis , gaul semua bahan sampai terbit bau wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan tempe , ubi kentang dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Resepi yang mudah dan cepat disediakan.

Ubi kentang dan tempe yang sudah dipotong kecil dan akan digoreng sampai masak kekuningan

7 comments:

  1. ni mmg sedap ratah je, sepinggan habis pun x sedar. hehe..

    ReplyDelete
  2. masakan kegemaran bundo ni. Sedap..

    ReplyDelete
  3. ok, dah tau nak masak apa untuk makan malam hari ni... :-)

    Kalender 2013

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum nannie....sedap nya bila tengok gambo tu...:)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nanie,
    saya suka sgt tempe goreng kicap nie,selalu bila beli tempe mmg msk cam gini...tp saya hiris je bwg2 tu......cuma lebihkan cili merah je....

    ReplyDelete
  6. Kalau nak cuba tempe keluaran kami boleh hubungi 0139487664 atau log on fb Tempe Lobai

    ReplyDelete