2 ekor ikan Bawal - anggaran berat 1.2 kilo
1 biji tomato saiz besar
1 biji tomato saiz besar
1/2 biji cili capsicum merah
1/2 biji cili capsicum kuning
1/2 biji cili capsicum kuning
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
kiub nenas dalam tin - secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
air jus nenas dalam tin
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar kemudian ltakkan garam dan kunyit.Goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.
Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar kemudian ltakkan garam dan kunyit.Goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.
Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang merah/putih dan halia kacau sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar kacau lagi sampai bawang menjadi layu. Seterusnya masukkan buah tomato yg di potong kecil , kacau semua bahan sampai buah tomato layu . Masukkan sos cili , sos tomato , sos tiram , kicap , jus limau nipis dan kiub nenas dalam tin serta di kacau semua bahan .
Masukkan jus nenas tin secukupnya , garam , gula dan cili capsicum dan kacau lagi. Rasa la kuah jika ada bahan yang kurang macam garam atau gula boleh ditambah lagi. Jika suka banyak kuah tambah sedikit lagi air dan jika kuah agak cair boleh masukkan bancuhan 1 sudu tepung jagung dicampur dengan sedikit air
Susun semua ikan bawal yang digoreng tadi ke dalam mangkuk atau piring yang sesuai dan terus tuangkan sos masam manis yang sudah masak ke atas ikan bawal . Hmm sedap ni , yummy.
* Resepi ni boleh diubah suai dan ditambah atau di kurang bahan ikut citarasa sendiri
* Resepi ni boleh diubah suai dan ditambah atau di kurang bahan ikut citarasa sendiri
No comments:
Post a Comment