Masak lemak kuning labu ni simple saja tapi hmm sungguh menyelerakan tambahan lagi saya goreng ikan masin dan ada pula sambal belacan . Memang sodap dimakan bersama nasi syukur alhamdulillah..
BAHAN-BAHAN :
500 grm labu
4 cawan santan
1 genggam ikan bilis-rendam sekejap
1 batang serai
1 helai daun kunyit-disiat
Garam secukup rasa
* Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 cm kunyit hidup
4 biji cili api
4 biji cili api
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan labu dan buang kulit kemudian dipotong kecil-kecil .
2. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis, daun kunyit dan garam . Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih .
3. Masukkan semua labu tadi dan kacau sekejap . Biarkan labu masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.
Tak letak kunyit ke sb kuah berwarna kuning
ReplyDeleteAzie , cuba tgk betul-betul resepinya , saya letak kunyit hidup yg ditumbuk lumat dgn cili api sebab tu kuahnya warna kuning . Saya tak guna serbuk kunyit tapi kunyit hidup supaya rasa kuah lebih sedap dan warnanya asli kuning ^_^
ReplyDelete