Pages

Tuesday, 7 June 2011

Kerabu pucuk paku

Saya memang gemar sangat makan kerabu dan bila berpuasa ni macam-macam jenis kerabu yang saya nak makan . Kalau beli di bazar Ramadhan kebanyak kerabu yang dijual dah tak fresh sebab terlalu cepat disediakan so paling best ialah buat kerabu sendiri la . Bukannya susah sangat nak sediakan kerabu ni bahan-bahan yang diperlukan pun mudah nak dicari.
Kerabu pucuk paku ni lagi best kalau ada kerang rebus tapi kalau nak jadikan kerabu ni menu yang lebih sihat tak payah la letak kerang atau perut lembu tu dan rasanya tetap sedapppp la sangatt..

BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 biji bawang merah besar
2 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering-rendam sekejap
1 biji limau kasturi-boleh ditambah
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Mayang semua bawang besar serta cili merah nipis-nipis dan ketepikan dulu.Tumbuk udang kering dengan belacan sampai lumat ,perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Ogos 30.08.10

No comments:

Post a Comment