Pages

Friday, 3 June 2011

Kelas membuat roti

Kenangan join kelas buat roti pada 19 Mac 2009
Ini la cikgu yang mengajar saya dan peserta lain di kelas membuat roti. Dia memang pakar dan profesional sangat. Apa saja saya tanya dia akan jawap , kira tak lokek ilmu la walaupun bahasa melayunya kurang jelas sebutan. Saya sangat puas hati dengan kelas dia , lepas ini nak masuk kelas lain yang dia ajar juga.


Mesin pengadun tepung roti.Besar dan tinggi ,kalau kita nampak kat kedai bakery mesti ada mesin pengadun ini. Guna mesin ini la doh roti jadi cantik sangat tu selain dari kombinasi bahan -bahan yang sesuai.


Ini ialah doh roti saya yang dah diuli dan tunggu di rias dengan pelbagai bahan lain.Best betul kelas ini , satu pengalaman baru untuk saya yang jarang membuat kek. Lepas ini nak beli oven dan pengadun roti yang sesuai, baru la roti dan kek yang di buat menjadi macam yang Mr. Hau ajar, Tochey Lausyer ( terima kasih cikgu).


Minta kawan sebelah ambilkan gambar saya tengah mengulung doh roti. Memang la penat sebab dari pukul 10 pagi sampai pukul 6.30 petang baru habis kelas buat roti ini , tapi gembira sangat dengan hasil roti dan ilmu yang saya belajar memang berbaloi. Anak-anak pun happy tengok semua roti. anak saya si Adlina sampai hari ini tak habis-habis lagi cakap kat saya " mama pandai masak roti , lina suka sangat " mak mana yang tak happy bila anak puji dan jadi lagi bersemangat nak buat roti sendiri kat rumah.

1 comment:

  1. bole tye blaja kt mane?? nk sgt blaja wat roti...

    ReplyDelete