Pages

Monday, 8 June 2015

Tumis buncis hati ayam

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN :

400 grm kacang buncis
300 grm hati ayam
sos tiram - secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak sayur secukupnya utk mengoreng hati dan menumis

BAHAN DITUMBUK :

2 biji bawang merah-kupas kulit
2 ulas bawang putih -kupas kulit

CARA MEMASAK :

- Bersihkan kacang buncis dan dipotong menyerong .  Kupas semua bawang dan ditumbuk lumat . Bersihkan semua hati dan dipotong kecil kemudian digaul dgn garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk goreng hati sampai masak , jgn goreng hati terlalu lama nanti hati ayam jadi keras . Angkat hati ayam dan tos , ketepikan dulu . Senduk keluar sedikit minyak mengoreng hati tadi dan tumis semua bahan tumbuk sampai wangi .

-Bila bahan tumbuk yang ditumis sudah masak dan terbit bau wangi boleh la dimasukkan semula hati ayam dan semua kacang buncis , masukkan sos tiram secukupnya dan kacau semua bahan , jika agak kering boleh ditambah sedikit minyak . Bila kacang dah masak boleh la ditutup api dapur .



2 comments: