Pages

Friday, 19 June 2015

Masak daging hitam

Hitam-hitam sitampuk manggis , walaupun hitam dipandang manis . Daging masak hitam ni gelap  je rupanya macam tak menarik pun tapi bila makan haaa baru tau betapa sedapnya lauk ni . Daging masak hitam ini bukan saja sedap dimakan dengan nasi tapi boleh juga di geng kan dengan nasi minyak/briani/tomato/ nasi lemak atau dengan roti/capati/roti canai dan dengan lemang/ketupat palas kalau nak makan dengan maggi pun sodap . Alhamdulillah sekali dah rasa/makan daging masak hitam ni mesti nak lagi , cuba la masak baru tau macam mana rasanya , memang terbaik sodap bonar laaa...

Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan so boleh ditambah atau kurang jumlah bahan mengikut selera sendiri . 


BAHAN-BAHAN :

700 grm daging batang pinang
kicap manis secukupnya
2 inci kayu manis
2 biji bunga lawang
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
air secukupnya utk rebus daging
Garam secukup rasa - jika perlu
air asam jawa secukupnya
Gula kabung secukupnya
5 helai daun limau purut
1 biji bawang besar- saiz besar

BAHAN DIKISAR :

5 biji bawang merah - saiz besar
3 ulas putih - saiz besar
3 cm halia
3 batang serai 

CARA MEMASAK :

- Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian direbus sampai empuk , tos akan daging dan ketepikan dulu air rebusan daging di simpan .. 

- Panaskan minyak secukupnya dan tumis kulit kayu manis dengan bunga lawang dalam seminit dan masukkan bahan-bahan dikisar , kacau semua bahan sampai terbit bau wangi . Masukkan cili kisar dan kacau semua bahan , jika sambal nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak . Biarkan sambal masak sampai terbit minyak . Masukkan daging dan 300ml air rebusan daging dan dikacau semua bahan .

- Boleh lah di masukkan kicap secukupnya dan kacau semua bahan . Masukkan daun limau purut yg sudah dicarik-carik dan bawang besar , kacau semua bahan . Masukkan sedikit gula kabung dan juga air asam jawa secukup rasa . Jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan ikut selera sendiri . Kacau semua bahan dan biar mendidih , bila kuah menjadi pekat boleh la ditutup api dapur .


4 comments:

  1. uiii sedapnyaaaaa,,,,semalam sue pon berbuka berasaskan daging...daging masak jintan..nnt boleh cuba resepi ini pula ye...

    singgah blogwalking! salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. tq sue dtg sini . waa sedap tu daging masak jintan . ada kt blog ke ? blh saya cuba masak .

    ReplyDelete
  3. Salam nennie, nak tnya boleh x guna cili boh (any brands)?

    ReplyDelete
  4. waalaikum salam mummy qaseh , boleh . cuma saya cadangkan guna la cili kering yg dikisar sendiri insyallah lagi sedap masakan kita . cli boh ni di campur bahan pengawet dan kita tak tau tahap kebersihan semasa proses penghasilan cili boh itu .

    ReplyDelete