Alhamdulillah..
Lagi sedap buat sendiri sos bolognese ni guna bahan-bahan segar dari beli sos segera dalam tin atau botol . Kalau sos segera tu memang ada bahan pengawet dan perisa tiruan tapi kalau kita masak sendiri sos bolognese ni semua rasa ada lah asli kecuali cili sos tu so kalau tak mau guna cili sos pun tak apa . Pada pembaca yang nak cuba ikut resepi saya ni anda boleh ubah suai cara masak ikut selera sendiri , kita masak ikut cara sendiri insyallah sedap ^_^
BAHAN-BAHAN :
1 peket pasta Penne
800 grm daging cincang - boleh tambah
1.5 kg tomato masak ranum
1 labu bawang besar – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
800 grm daging cincang - boleh tambah
1.5 kg tomato masak ranum
1 labu bawang besar – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 kiub stok daging
5 helai daun bay
2 sudu kecil herba oregano
1 sudu kecil herba thyme
10 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
2 sudu kecil herba oregano
1 sudu kecil herba thyme
10 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis
minyak zaitun untuk menumis
Keju parmesan
CARA MASAK PASTA:
CARA MASAK PASTA:
masak air di dalam periuk untuk merebus pasta . Bila air mendidih baru masukkan pasta dan 1 sudu besar minyak masak , tujuan dimasukkan minyak supaya pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .
CARA MASAK SOS :
1. Bersihkan semua buha tomato dan dipotong kecil . Panaskan minyak zaitun secukupnya untuk menumis . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu kemudian Masukkan daging cincang . Masukkan semua sos cili , bay leafs , herba thyme dan herba oregano serta kiub daging . Kacau dan pisah-pisahkan daging ni biar semua hancur dan goreng hingga daging cincang masak dan keperangan masukkan semua buah tomato dan dikacau sampai buah tomato ni layu dan hancur . Boleh dimasukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra .
2. Jika sos agak cair boleh la dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung dgn sedikit air untuk memekatkan sos atau boleh juga di perlahan kan api dan biar sos mereneh sampai kuah jadi cukup pekat .Sekali-sekala kacau sos dan bila sos dah cukup pekat boleh la ditutup api dapur . Boleh hidang dengan parutan keju parmesan .
waww tetiba rasa laparrrr..
ReplyDeletesedapnya tengok....nak try buat la...
ReplyDeletehttp://huntvitamin.blogspot.com
memang terliur nengok nie..thanks 4 the receipes...boleh try buat pas nie..:)
ReplyDeletePengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK