Cukup berselera 3 orang anak saya ni makan nasi kalau ada ayam masak kicap manis ni . Saya pun suka ayam masak simple macam ni . Cara nak masak sangat mudah dan saya tak pakai banyak bahan tapi paling penting mesti ada kicap manis Kipas Udang . Saya potong ayam menjadi 12 bahagian supaya senang nak masak dan mudah untuk anak-anak makan . Kebanyak lauk yang saya masak memang jenis yang simple dan senang nak di masak . Saya masak mengikut citarasa saya dan keluarga suka itu yang paling pentingkan....Selamat makan tengahari ya....
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
6 biji ubi kentang
Sos tiram secukupnya
Kicap manis Kipas Udang secukupnya
1 biji bawang besar
BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
CARA MEMASAK :
Potong ayam menjadi 12 bahagian dan lumurkan semua ketulan ayam ini dengan garam dan kunyit . Goreng ayam ini sampai masak , angkat / tos dan ketepikan.
Kupas semua kulit ubi kentang dan potong kecil-kecil dan goreng sampai masak juga , angkat/tos dan ketepikan dulu . Kupas bawang besar dan dimayang nipis serta diketepikan dulu .
Kupas semua bawang serta halia dan ditumbuk lumat . Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bawang sehingga wangi terus masukkan bawang besar serta masak sehingga bawang layu kemudian masukkan sos tiram dan ayam yg sudah digoreng tadi . Kacau ayam dan masukkan kicap manis secukupnya mengikut citarasa kita . Kacau semua bahan sehingga mesra dan kuah kicap sekata pada semua ayam dan jika kurang masin bolehlah di tambah kicap manis lagi . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan dihidangkan .
Assalamualaikum Nannie,
ReplyDeleteanal-anak memang suka ayam masak kicap, kuah dan kentangnya pun boleh habis licin dek anak-anak!
salam...
ReplyDeletei duduk Norwich ni buntu nak cari resipi yg ringkas tetapi sedap,jumpa kt blog you ni i cuba masak...dah few times masak and not just kids,husband i pun suka...
thank you for sharing,org macam i ni memang sentiasa google resipi kt internet!
Dh lama cri resepi simple n xbyk bahan cmni..sy dh try..mmg sdp sgt..cuma sy tmbb hirisan cili kering sebijik, cili hijau 2 bijik n daun kari..wangi n sdp sgt!!!tima kasih empunya blog..
ReplyDeleteBoleh cuba ni...tq
ReplyDelete