Pages

Friday, 30 November 2012

Grill ayam rosemary & thyme...sedapnyaa

Alhamdulillah sedapnyaa..

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - dipotong ikut kesesuaian
1 sudu kecil serbuk lada hitam-ditumbuk lumat
1 sudu besar herba thyme
1 sudu besar herba rosemary
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
Olive oil secukupnya
Mentega secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MASAK :

Ayam dibersihkan dan dipotong serta dikelar-kelar kemudian ayam digaul rata dengan herba thyme , herba rosemary , bawang putih , lada hitam , garam secukupnya dan sedikit minyak zaitun dan perap selama 6 jam , simpan dalam peti sejuk dulu . Resepi ini boleh dikurang atau ditambah bahannya ikut pada kesesuaian selera kita dan kalau ayam besar kuantiti bahan pun kena ditambah .

Panaskan grill pan dan masukkan butter dengan minyak zaiton secukupnya . Bila grill pan dah panas boleh la di letakkan ayam dalam grill pan ni . Tutup grill pan selepas 15 minit pusingkan ayam serta tutup semula grill pan ni , balik-balikkan ayam supaya semua bahagian ayam masak dengan sempurna . Bila ayam dah masak boleh la dibawa keluar dari grill dan dihidang dengan sos black paper serta side dish lain seperti salad dan mash potatoes .

Yum yum...

7 comments:

  1. sedapnye....akak ni masuk master chef ble jadi juara ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. shamila , akak ni masak simple simple boleh la , tak boleh lawan master chef hehe

      Delete
  2. sedapnya nannie..terliur akk nengok.akk ni bab masak memasak memang failed. pakai beli jer..

    ReplyDelete