Pages

Tuesday 25 November 2014

Salmon sos cream

Saya google dan dapat resepi grill ikan salmon ini , alhamdulillah memang sedap ^_^


BAHAN-BAHAN GRILL SALMON :

4 keping isi ikan salmon
4 keping hirisan buah lemon
1 sudu kecil serbuk herba rosemary
1 sudu kecil serbuk herba thyme
butter secukupnya
serbuk lada hitam dan garam secukupnya

CARA MASAK :

Bersihkan ikan salmon kemudian digaul dengan serbuk lada hitam , serbuk thyme , serbuk rosemary dan garam secukupnya . Sediakan kepingan aluminum foil yang cukup untuk diletak 2 keping fillet ikan salmon . Susun dahulu 2 keping hirisan lemon kemudian diletakkan 2 fillet ikan salmon atas hirisan lemon itu dan letak 1/2 sudu kecil butter atas setiap kepingan salmon , lipat aluminium foil dan kelim/lipat hujung alumium foil ni . Buat proses yang sama pada semua fillet ikan salmon.

Masukkan bungkusan alumium foil yang berisi ikan salmon ke dalam grill pan serta tutup grill pan . Masak ikan salmon selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak , gunakan api sederhana atau kecil semasa proses masak , pastikan isi ikan tidak terlebih masak dan menjadi kering . Boleh dibelah sedikit bahagian atas bungkusan alumium foil untuk melihat sama ada ikan sudah masak atau belum . Bila ikan masak boleh ditutup api dapur dan hidangkan ikan salmon bersama sos cream.


SOS CREAM


BAHAN-BAHAN SOS :

2 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaiton
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
250 ml thinkened cream
50 ml cooking cream
1 sudu besar daun herba mint yg sudah dicincang
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :

1) Panas kan semua butter dengan minyak zaitun dan biarkan sampai butter cair . Kemudian terus masukkan bawang putih serta bawang merah yg sudah diracik kecil , kacau semua bahan sampai bawang menjadi layu . Masukkan semua thickened cream bersama cooking cream , serbuk lada hitam serta garam secukup rasa. Kacau semua bahan dan biarkan sampai sos mendidih dan boleh la ditutup api. Masukkan semua sos dalam blender dengan herba mint yang sudah diracik halus dan kisar sampai sebati . Masukkan semula sos dalam periuk dan masak selama 2-3 minit , kacau dan boleh ditutup api dapur . Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas .


TUMIS SAYUR ZUCCHINI


BAHAN-BAHAN :

1 batang zucchini hijau
1 batang zucchini kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk herba basil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan zucchini dan dipotong memanjang nipis , ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang dan dibasuh kemudian diracik kecil .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang sampai wangi dan layu kemudian masukkan semua sayur zucchini dan kacau semua bahan . Bila sayur zucchini dah layu boleh la dimasukkan herba basil dan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

2 comments: