Alhamdulillah sedap la rendang kerang ni , favorite kami sekeluarga . Rendang kerang ni sedap dimakan dengan nasi putih , nasi lemak , lontong kuah lodeh , pulut dan juga boleh di ratah macam tu je . Saya masak rendang kerang pedas tapi tak la pedas sangat , secukup rasa ikut selera kami sekeluarga .
BAHAN-BAHAN :
1 kg isi kerang
3 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit - dimayang nipis
4 helai daun limau purut
3 sudu besar kerisik - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
8 tangkai cili kering direndam dlm air mendidih
CARA MEMASAK :
3 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit - dimayang nipis
4 helai daun limau purut
3 sudu besar kerisik - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
8 tangkai cili kering direndam dlm air mendidih
CARA MEMASAK :
1. Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan isi kerang serta daun kunyit dan cili api .
2. Masukkan santan pekat tadi dan kerisik ke dalam rendang serta dikacau semua bahan hingga sebati . Bila rendang dah masak boleh la di tutup api .
2. Masukkan santan pekat tadi dan kerisik ke dalam rendang serta dikacau semua bahan hingga sebati . Bila rendang dah masak boleh la di tutup api .
No comments:
Post a Comment