Pages

Tuesday, 17 November 2015

Jom ke FIGGER`S DAY

Assalamualaikum , pada hari Sabtu ni saya akan berada di Seri Kembangan untuk FIGGER`S DAY atau Karnival Pokok Tin di FORMENIAGA milik rakan saya , Fahmie abu Bakar . Figger`s Day ni adalah acara yang melibatkan pelbagai aktiviti yang Fahmie anjurkan untuk para peminat pokok fig/tin untuk berkumpul . Pada mereka yang ingin mencari ilmu/informani tentang cara penanaman serta teknik menjaga pokok tin boleh la datang pada hari Sabtu ni . 
Saya akan menjual pelbagai anak pokok fig - variety Flanders , Brown Turkey , Purple Jordan , Green jordan , Siyah Orak , Red Khutmani , vern bt
Saya juga akan jual halwa fig dan juga dessert yang berasas kan buah fig seperti congo bar , trifle , cheese cake . cupcakes ( insyallah ) .
Sila datang ke hari FIGGER`S DAY ni di - FORMENIAGA , 12 , Jalan BPP 5/4 , Pusat Bandar putra Permai , Seri ekmbangan , Selangor . ( dekat Pasar Borong Selangor )


Sunday, 18 October 2015

Gulai lemak cili api cendawan kukur dgn lala

Alhamdulillah sedapnya cendawan sisir/kukur yang dimasak lemak cili api dengan lala ni . sekarang ni susah nak jumpa cendawan sisir ni tapi alhamdulillah rezeki saya jumpa cendawan sisir yang dijual di pasar pagi . Cendawannya masih fresh so memang sedap dimasak gulai cili api .


BAHAN-BAHAN :
200 grm cendawan kukur
1 peket lala
santan secukupnya 
1 keping asam keping
2 batang serai saiz besar - dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
sedikit garam kasar

CARA MEMASAK :
- bersihkan siput lala , ditos dan ketepikan dulu . Bersihkan cendawan kukur ditos dan ketepikan dulu . Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama bahan ditumbuk lumat dgn serai dan asam keping . Masak kuah lemak sampai mendidih dan boleh dimasukkan cendawan kukur . kacau semua bahan dan bila cendawan sudah masak boleh la di masukkan semua lala , garam secukup rasa . Kacau semua bahan . Bila lala dah masak boleh la ditutup api dapur . Bahan boleh ditambah atau kurang ikut selera sendiri 

Monday, 12 October 2015

Utk dijual - tut fig jenis Flander

Buah tin yang di sebut dalam surah At-Tin , buah tin dan daun tin yang banyak khasiat nya . Saya menjual tut dahan pokok tin ni . Jika ada yang nak beli boleh hubungi saya pada nombor 0126879893 . Banyak sangat khasit buah tin dan buah tin sangat sedap . Sekarang ni ramai yang sudah mula membela pokok tin termasuk lah saya yang sudah terlibat dengan penjagaan pokok tin sejak Febuari 2014 .

 Tut dahan pokok tin/fig yang berakar dan sangat fresh , baru di potong . Harga satu tut ialah RM110 termasuk pos laju . Boleh wassap 0126879893 jika anda hendak beli tut ni . Pilih tut yanga nda suka dan wassap atau telepon saya .



Tut dahan pokok tin/fig yang berakar dan sangat fresh , baru di potong . Harga satu tut ialah RM110 termasuk pos laju . Boleh wassap 0126879893 jika anda hendak beli tut ni .


Tut dahan pokok tin/fig yang berakar dan sangat fresh , baru di potong . Harga satu tut ialah RM110 termasuk pos laju . Boleh wassap 0126879893 jika anda hendak beli tut ni .


Berat sebiji buah fig Flander , purata berat fig Flander antara 40-60 grm.


Purata berat buah fig Flander adalah antara 40-60 grm . Buahnya sangat sedap , sgt manis dengan isi yang padat dan kulit tebal . Banyak sgt kebaikan buah tin ni , boleh di google untuk ketahui kebaikkan buah tin untuk kesihatan kita .


 Buah tin?fig dari pokok yang saya tanam di laman rumah sendiri .


Pokok tin/fig jenis Flander di laman rumah saya . Dahan pokok ni di tut dan dijual .

Tuesday, 15 September 2015

Tumis sos tiram hati ayam

Lama saya tak masukkan entry resepi ke blog sebab setiap hari jadual harian saya mmg penuh dgn macam-macam aktiviti . Awal pagi bangun selepas selesai semua tugasan di ruamh saya hantar anak ke sekolah kemudian ke kelas  mengaji . Habis kelas balik rumah sambung buat kerja rumah kemudian ambil anak dari sekolah dan sambung aktiviti lain . Saya free selepas pukul 9 malam tapi mata dah ngantuk so memang saya tak sempat nak buka computer dan masukkan entry . Pagi ni tak ke mana sebab anak-anak cuti sekolah kerana jerebu semakin teruk di kawasan bandar kami tinggal ni . So dapat la saya masukkan 1 resepi simple ni , saya share resepi tumis kicap hati ayam , macam biasa resepi ni hanya lah panduan so pada pembaca blog saya yang nak cuba resepi ni anda boleh ubah suai resepi ikut selera sendiri ya .


BAHAN-BAHAN :

800 grm hati ayam - dibersihkan dan dipotong kecil
2 biji bawang besar
5 sudu besar sos tiram - boleh tambah
3 sudu besar kicap - boleh tambah secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - boleh tambah
4 biji cili - dipotong menyerong
sedikit cuka makan

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA-CARA MEMASAK :
- Hati ayam dibersihkan kemudian dipotong kecil dan digaul dgn garam seta kunyit . Panaskan minyak secukupnya utk goreng deep fry semua hati ayam , goreng hati ayam sehingga agak garing tapi jgn garing sangat nanti hati ayam jadii keras . Bila hati ayam dah masak boleh diangkat kemudian ditos dan ketepikan dulu .

-Bawang besar dibersihkan dan dipotong nipis . Panaskan minyak secukupnya utk menumis dant umis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili sampai naik wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan semua hati ayam tadi kemudian masukkan kicap , serbuk lada hitam dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan sedikit cuka makan dan digaul semua bahan-abahn Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Bila hati ayam dah cukup sebati dgn bahan lain dan dah masak boleh la ditutup api dapur . Resepi yang mudah dan cepat disediakan .

Thursday, 20 August 2015

Asam pedas ikan terubuk

Secukup rasa , alhamdulillah.



BAHAN-BAHAN:

1.5 kg ikan terubuk
3 batang serai - dititik
200ml cili kisar
1 sudu kecil biji halba
1 sudu besar belacan
1 sudu kecil ketumbar*
1 sudu kecil jintan putih*
1 bunga kantan saiz besar - dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum / 1 ikat
750ml air - secukupnya/boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

60 gm bawang merah
3 ulas bawang putih
30 gm lengkuas
30 gm halia

* jintan putih dgn biji ketumbar disangai samai wangi dan dikisar halus .

-Resepi ni hanya panduan , bahan boleh dikurang atau ditambah ikut selera sendiri . Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi.
CARA MEMASAK:

Bersihkan ikan terubuk , dipotong menjadi kepingan dan dibasuh kemudian ditos serta diketepikan dulu.

Biji ketumbar dan jintan putih disangai atau goreng tanpa minyak selama 4-5 minit atau sehingga terbit bau wangi , guna api dapur sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Apa bila dah terbit bau boleh la ditutup api dapur dan ketumbar dgn biji jintan putih dikisar halus atau ditumbuk halus.

Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumiskan halba dalam 1 minit kemudian masukkan bahan kisar . Kacau semua bahan sampai terbit bau wangi . Masukkan cili kisar dan kacau semua bahan , biar sambal menjadi masak dan pecah minyak . Kemudian boleh dimasukkan serbuk jintan manis dgn ketumbar , kacau semua bahan .


Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.Seterusnya masukkan air secukupnya , daun kesum dan bunga kantan . Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.Masukkan semua ikan terubuk , garam dan gula secukupnya . Jika kurang kuah boleh ditambah air sehingga menutup ikan dalam periuk . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra . Rasa kuah dan boleh dimasukkan sedikit demi sedikit air asam jawa sehingga cukup mengikut citarasa sendiri . Kacau perlahan semua bahan dan biarkan sampai mendidih , bila ikan dah masak boleh la ditutup api dapur .

Thursday, 13 August 2015

Tumis tempoyak udang

Alhamdulillah sedap ^_^


BAHAN-BAHAN :-

500 grm udang - dibersih buang kepala dan ekor
1 biji bawang besar - dipotong berbaji
Garam dan gula secukup rasa
2-3 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping - jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT ATAU DIKISAR :-

2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit hidup

* boleh tambah cili api jika suka pedas

CARA MEMASAK :-

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu dan terbit bau wangi kemudian masukkan tempoyak . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar dan dikacau sekali sekala semua bahan , biarkan bawang besar layu .  Masukkan semua udang dan dikacau rata semua bahan . Rasa sambal jika kurang masam baru ditambah sedikit asam keping atau jus limau nipis . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan jika kurang manis boleh ditambah sedikit gula , bila udang dah masak boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Wednesday, 12 August 2015

Kerabu jantung pisang

Alhamdulillah sedap kerabu jantung pisang ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

600 grm jantung pisang yg sudah direbus
1 biji bawang besar
1 cawan santan
kerisi secukupnya
Garam secukup rasa
jus limau nipis secukupnya

BAHAN DI KISAR :

2 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 inci halia
1 batang serai
3 sudu besar udang kering - rendam dlm air panas

* boleh tambah cili api jika suka pedas

CARA MEMASAK :

1. Kopek jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut . Masak air dalam dalam periuk sampai mendidih dan potong jantung pisang , masukkan jantung pisang ke dalam air rebusan serta masak sampai jantung pisang empuk lembut . Tos dan ketepikan dulu .

2. Rendam sekejap udang kering dalam air panas kemudian di tos . Kisar cili merah bersama halia ,serai dan udang kering . Kalau nak lagi pedas boleh ditambah cili api .

3. Masukkan semua santan dengan bahan kisar ke dalam kuali dan masak sampai mendidih atau pecah minyak kemudian masukkan sedikit lad hitam dan kacau semua bahan . Masukkan jantung pisang dalam ke dalam kuali . Masukan kerisi secukup rasa dan jus limau nipis secukupnya . Masukkan garam secukup rasa , Kacau semua bahans ehingga cukup rata . Dah siap kerabu ni dan boleh dihidangkan .

Tuesday, 4 August 2015

Gulai tempoyak ikan nyok-nyok

Ikan nyok-nyok ni selalunya saya masak kari tapi kali ni saya cuba masak gulai tempoyak pula . Sedapnyaa isi ikan nyok-nyok yang manis ni bila dah masak dan sebati dengan kuah tempoyak . Alhamdulillah ^_^

Kesedapan kuah tempoyak bergantung kepada kualiti tempoyak yang kita guna , kalau tempoyak yg terlalu masam pun tak sedap sebaiknya tempoyak yang masam manis atau tempoyak yang baru . saya tak suka kuah tempoyak yang terlalu pedas jadi saya masukkan sedikit gula untuk bagi seimbang rasa masam, pedas , manis . Selain tu saya guna kunyit hidup untuk dapat warna dan rasa asli kunyit . Saya masak gulai tempoyak ni ikut citarasa saya dan famili jadi kalau ada pembaca yang nak cuba resepi yang saya bagi ni anda boleh ubah suai , tambah atau kurangkan bahan ikut citarasa sendiri ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan nyok-nyok = berat 1 kg
2 batang serai - dititik
tempoyak secukupnya 
Air secukupnya - menutupi ikan dlm periuk
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah - boleh tambah
1 cm kunyit hidup

* Masukkan sedikit demi sedikit tempoyak sehingga sedap ikut selera sendiri , saya guna dalam 7 sudu besar tempoyak . Boleh tambah cili api kalau suka pedas

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan masak kuah sampai mendidih . Masukkan semua ikan nyok-nyok dan garam serta gula secukup rasa , kacau semua bahan sehingga sebati . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

Monday, 3 August 2015

Kerabu pucuk-paku & taugeh

Alhamdulillah sedapnya kerabu pucuk-paku ni , puas hati bila dapat buat kerabu sendiri . Sebaik-baiknya elok kita masak sendiri makanan yg kita nak makan sekeluarga .Besar pahala bagi seorang ibu/isteri yang menyedia dan masak makanan untuk keluarganya . Amalkan baca bismillah dan selawat setiap kali kita nak mula dan semasa tengah masak , Berdoa lah supaya makanan yang kita masak dan dimakan oleh kita sekeluarga menjadikan diri kita sihat seterusnya kita dapat beribadah dengan baik kerana Allah Taala .


BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 cawan taugeh
1 biji bawang besar
1 tangkai lada merah
5 sudu besar udang kering - rendam sekejap
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh dan celur kejap dalam 20 saat saja . Tos pucuk paku dan taugeh serta ketepikan dulu .

Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Wednesday, 29 July 2015

Rendang kari - juadah hari raya ke - 3

Pada hari raya ke 3 mak mertua saya masak rendang kari arnab ni yang sememang sangat sedap . Bapa mertua saya bela banyak ekor arnab dan setiap kali kami serta adik-beradik lain balik kampung bapa mertua akan sembelih 3 ke 4 ekor arnab . Daging arnab ni sangat-sangat sedap kerana dagingnya padat , manis dan tanpa lemak . Rasa daging arnab macam ayam kampung . Daging arnab adalah daging yang paling baik sebab tiada lemak . Selalunya daging lembu , kambing dan daging arnab akan di masak rendang kari ni , sangat sedap , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN:
3 ekor arnab dewasa
santan secukupnya - sehingga menutupi ketulan isi arnab dalam kuali
10 batang serai- dititik
4-5 sudu besar kerisi
2 peket kecil serbuk kari daging Adabi
4 tangkai daun kari
2 inci kayu manis
4 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga

BAHAN DIRACIK KECIL:
3 inci halia
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan daging arnab , tos dan ketepikan dulu . Panaskan 5 sudu besar minyak masak dalam kuali kemudian tumis semua bahan yang diracik dan kacau sampai terbit bau dan bawang menjadi layu . Masukkan semua daun kari , kayu manis , bunga lawang , bunga cengkih dan buah pelaga dalam kuali dan kacau lagi . Bancuh semua rempah kari dengan sedikit air dalam mangkuk yang sesuai dan masukkan semua rempah dalam kuali tadi dan di kacau rata . 

2) Masak rempah sampai terbit minyak dan rempah jadi wangi kemudian masukkan semua daging arnab . Masukkan serai , gaul semua bahan dan biarkan sampai mendidih daging arnab mengeluarkan air , kacau semua bahan sampai air daging arnab jadi sikit . Masukkan santan secukupnya , garam secukup rasa serta kerisik , kacau semua bahan sampai daging arnab masak serta sebati dengan kuah .
Jika kurang masin boleh tambah lagi garam . Biar kuah mendidih dan menjadi pekat , boleh la ditutup api dapur dan dihidang .


Arnab yang sedang di potong jadi ketulan kecil 


Selepsa rempah ditumis dan pecah minyak baru dimasukkan daging arnab serta digaul rata . Daging arnab akan mengeluarkan air , masak sampai kering air . Daging arnab perlu dikaup balik . Bila air dah kering baru dimasukkan santan .

Santan dimasukkan secukupnya sehingga menutup daging arnab . Masak sampai santan menjadi pekat dan daging arnab masak empuk . 

Wednesday, 22 July 2015

Juadah raya Aidilfitri - soto

Soto ayam ni saya masak pada hari raya ke 2 . Tiap kali saya beraya di kampung suami , saya mesti masa soto ayam ni . Kalau dulu saya akan siat-siat isi ayam tapi sejak tahun sudah saya hanya potong ayam menjadi ketulan kecil , leceh juga nak carik isi ayam dan agak kurang hygienic bila kita sentuh isi ayam yang nak dihidang dan di makan orang lain . Alhamdulillah soto ni sedap secukup rasa .


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
1 peket suhun
1 peket bawang goreng segera- kalau boleh buat sendiri lagi sedap
1 peket nasi impit segera- direbus
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 peket sup bunjut
200 grm taugeh
3 liter air (boleh tambah)
Sedikit kacang goreng
Garam secukup rasa
BAHAN UNTUK PERGEDIL :
10 biji ubi kentang (saiz besar)
1 peket daging cincang
1 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR ( utk tumisan kuah ) :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
BAHAN REMPAH :
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
Ke semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit dengan api sederhana besar dan kemudian semuanya dikisar sampai halus.
BAHAN SAMBAL KICAP :
15 biji cli api
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
CARA MEMASAK :
Bersihkan ayam dan dipotong jadi ketulan-ketulan kecil , ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar , goreng sehingga wangi dan kemudian masukkan pula bahan-bahan rempah yang sudah dikisar dan kacau sekejap sampai wangi lebih kurang dalam 4-5 minit , api dapur mesti la sederhana besar saja.
Kemudian masukkan semua air dalam dan juga semua ayam yang sudah dibersihkan tadi . Masukkan sup bunjut dan kacau sekejap , biarkan sup mendidih dan ayam masak . Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup/bawang yang sudah diracik halus-halus.
Untuk membuat pergedil pulak - Kupas semua ubi kentang dan dipotong kecil-kecil kemudian digoreng sampai kekuningan dan masak . Tumbuh semua ubi kentang ini sehingga lumat kemudian boleh di masukkan semua daging cincang/mince meat , sebiji telur , daun bawang yang diracik halus secukupnya dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga sebati kemudian adunan ini boleh lah di bentuk seperti sebiji bola kecil dan ditekan leper dan buat lah sehingga habis semua adunan pergedil ini . Panaskan minyak yang mencukupi untuk mengoreng pergedil ni , pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk yang sesuai dan telur ini dipukul sedikit macam nak buat telur dadar , celupkan ketulan pergedil dalam telur ini dan terus di goreng sehingga masak kekuningan semua pergedil ini.
Goreng suhun , celur bihun dan taugeh sehingga lembut dan boleh la di potong nasi impit.

Anak-anak saya sedang menguli pergedil .

Thursday, 16 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015



Saya ingin menguncapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' kepada semua pengunjung blog saya ni . Mohon maaf zahir dan batin.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Kami sekeluarga , syukur alhamdulillah .




Wednesday, 15 July 2015

Masak sweet sour ikan bawal

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan Bawal - anggaran berat 1 kg 
2 biji cili capsicum ( warna merah dan kuning)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
1 biji tomato
1 tin cube buah nenas

BAHAN-BAHAN SOS:

air dari buah tin dlm nenas - secukupnya
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Jus limau nipis - secukupnya

*Boleh ditambah atau dikurangkan bahan ikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK :
* Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar bahagian badan kemudian digaul dengan garam dan kunyit . Goreng ikan bawal sampai masak dan sedikit garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak masak terlalu cepat sampai menjadi kering dan sangat garing.
Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang merah/putih dan halia kacau sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar kacau lagi sampai bawang menjadi layu. Seterusnya masukkan buah tomato yg dipotong kecil dan kacau serta biar sampai buah tomato masak layu .

Masukkan semua sos cili , sos tomato , sos tiram , buah nenas cube , air dari buah nenas tin dan dikacau semua bahan-bahan .


Masukkan garam secukup rasa , gula secukupnya dan cili capsicum , terus kacau semua bahan . Rasa la kuah jika ada bahan yang kurang macam garam atau gula boleh ditambah lagi. Jika kurang masam baru dimasukkan sedikit jus limau nipis atau lemon . jika suka banyak kuah tambah sedikit lagi air dan jika kuah agak cair boleh masukkan bancuhan 1 sudu tepung jagung dicampur dengan sedikit air ke dalam kuah/sos ni , nanti kuah akan jadi pekat .

Bila sos dah masak boleh la di tuang ke atas ikan bawal yg sudah digoreng tadi . Boleh juga ditabur daun sup/bawang serta bawang goreng ke atas ikan bawal ni . Masak ikan bawal masam manis ni sedap dimakan masa baru masak .

Tuesday, 14 July 2015

Goreng lada hitam spaghetti

Alhamdulillah , secukup rasa.


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti
1 peket daging kisar-boleh tambah ikut pada selera sendiri
mix veggies secukupnya
1 peket cendawan butang segar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3-4 sudu besar sos tiram
serbuk lada hitam - secukupnya ikut citarasa sendiri 
1-2 kiub perasa daging
Garam secukup rasa

* tambah lagi bahan ikut pada selera sendiri ya..

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus . Rebus speghetti sampai empuk dan ditos.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging . Kacau semua bahan dan biarkan sampai daging kisar masak . 

Masukkan sayur campuran/mix veggie dan dikacau semua bahan, kemudian masukkan cendawan butang segar yg sudah dipotong kecil . Kacau semua bahan sampai cendawan masak .

Masukkan semua spaghetti tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam  secukupnya . Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila spaghetti dah masak boleh la ditutup api.

Friday, 10 July 2015

Gulai lemak cili api ikan tenggiri

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

5 keping isi ikan tenggiri
santan secukupnya - sampai menutupi bahan-bahan dalam periuk
2 batang serai saiz besar - dititik
1 keping asam keping
3 biji buah tomato - dibelah 2 atau 4
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili api
3 cm kunyit hidup
sedikit garam kasar

CARA MEMASAK :

Bersihkan kepingan ikan tenggiri dan di ketepikan dulu . Bersihkanbuah tomato kemudian dibelah 2 dan ketepikan dulu  , serai dititik kemudian tumbuh semua cili api , garam dan kunyit hidup. 


- Masukkan semua santan dalam periuk bersama bahan ditumbuk lumat dan serai. Kacau semua bahan dalam periuk dan biarkan sampai santan mendidih . Boleh la dimasukkan isi ikan tenggiri dengan asam keping dan jika kurang kuah boleh ditambah santan . Gunakan api dapur sederhana dan biarkan kuah mendidih . Masukkan buah tomato dan kacau semua bahan , biarkan kuah mendidih dan buah tomato sudah empuk . Boleh rasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam dan jika kurang masam baru ditambah asam keping . Kacau kuah supaya tidak pecah minyak , bila dah masak boleh la di tutup api dapur .

Tuesday, 7 July 2015

Sweet Oyen

My sweet Oyen yang dah berumur setahun 2 bulan .

Oyen yang sgt manja .


Adam dengan Oyen , both are my sweetheart . 


Sweet Oyen .


Oyen ni manja , lembut , suka di cium dan dibelai .

Goreng kunyit daging & kacang panjang

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
8 kacang panjang
1 biji bawang besar
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN DIMAYANG NIPIS :

3 ulas bawang putih ( saiz besar )
1.5 inci halia

CARA MEMASAK:

Bersihkan kacang panjang dan dipotong serong .Bersihkan daging dan potong kemudian digaul dengan garam serta kunyit secukupnya dan di ketepikan sekejap dalam 10 minit . Masukkan daging dalam kuali dengan 1 cawan air kemudian biarkan daging masak sampai empuk jika daging masih tak lembut boleh dimasukkan sedikit lagi air dan biar daging masak sampai empuk . Bila daging dah empuk dan daging rebusan dah kering , tolak semua daging tepi dan masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan biar sampai minyak panas dan tumiskan halia serta bawang putih tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum . 

Masukkan semua bawang besar yang dimayang nipis . Masukkan semua kacang panjang dan kacau semua bahan dan boleh di rasa daging jika kurang masin baru di tambah garam . Bila kacang panjang dah masak boleh di tutup api dapur dan di hidangka daging goreng kunyit ni .



Wednesday, 1 July 2015

Page fb resepi nennie khuzaifah

Saya wujudkan Page Resepi Nennie Khuzaifah pada awal bulan Januari 2015 dan setakat ini dah banyak resepi yang saya dapat masukkan dalam Page FB saya ni , saya masukkan gambar serta resepi dari blog saya ni . Banyak lagi resepi yang belum di simpan di Page Resepi Nennie Khuzaifah , slow-slow buat , syukur alhamdulillah . Pada pengunjung blog saya ni jika anda nak ke Page Resepi Nennie Khuzaifah , anda boleh klik pada link yang ada di sebelah kiri layout Blog saya ni . Terima kasih ^_^


Saturday, 27 June 2015

Sambal cili api ikan selayang

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

10 ekor ikan selayang - dibersih lumur dengan garam /kunyit dan digoreng 
1 keping asam keping
1 biji bawang yang besar - di potong kecil
Minyak masak secukupnya utk goreng ikan
Garam dan gula secukup rasa

*Saya guna minyak yg agak banyak untuk menumis bahan tumbuk supaya sambal tidak menjadi kering.

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawang merah
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan selayang sampai bersih dan di kelar di badan ikan kemudian dilumur ikan dgn garam dan kunyit . Goreng ikan selayang sampai masak kemudian angkat dan tos , bila ikan dah sejuk ambil isi ikan selayang ni dan buang semua tulang serta kepala ikan .

Panaskan minyak sayur secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk dan biarkan cili masak serta menjadi harum. Masukkan semua isi ikan selayang  tadi dengan satu keping asam keping. Masukkan garam serta gula secukup rasa . Kacau semua bahan sampai mesra , bila semua bahan dan sebati boleh la ditutup api dapur.


Gambar dari google image - Ini la ikan selayang atau ikan sardin

Tuesday, 23 June 2015

Nasi goreng sardin

First time saya makan nasi goreng sardin ni di gerai makan Kenanga Inn di blok asrama Kenanga  ,UTIM tahun sekitar 90-94 . Gerai Kenanga Inn memang famous di kalangan pelajar UTIM masa zaman tu sebabnya suasana yang happening dengan beberapa gerai yang jual macam-macam makanan dan minuman . Di situ la juga saya first time minum air cincau milo , cincau bandung , air asam boi campur kasturi . Kenangan lama mengusik jiwa.....

Nasi goreng sardin dah jadi antara menu favorite kami sekeluarga . Sedap makan nasi goreng ikan sardin masa sahur , alhamdulillah .


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
5 biji cili api
1 ikan sayur sawi bok choy

BAHAN-BAHAN LAIN :

5 cawan nasi
sambal ikan sardin tin secukupnya
sos tiram secukupnya
1 biji telur
Garam secukup rasa

Boleh guna apa jenis sayur untuk nasi goreng ni , kalau tak mau tambah sayur pun boleh . 

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi serta kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan sambal ikan sardin dan hancur-hancurkan ikan sardin tapi tak perlu sampai lumat. Kacau semua bahan kemudian masukkan telur dan kacau lagi kemudian masukkan sos tiram serta masukkan semua nasi dan kacau mesra semua bahan. Masukkan garam dan kacau nasi goreng ini sampai nasi nampak sedikit kering atau sampai nasi gorang cukup masak .

Asam pindang ikan susu

Lauk simple saja untuk berbuka puasa , syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan susu - dibersihkan dan di potong
2 batang serai - dititik
1 cekak pokok daun kesum
2 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 biji cili merah yang besar - kalu nak tambah pun boleh
2 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan yang dah dibakar 

*Selalunya asam pindang utara ni tak terlalu pedas dan semua rasa masam , pedas dan masin adalah seimbang .  Bahan boleh ditambah atau dikurang kan ikut selera sendiri .

 Saya akan hancurkan belacan yg sudah dibakar supaya senang nak simpan dalam bekas .

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masak kuah sampai mendidih dn boleh di masukkan semua ikan ikan susu dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

Friday, 19 June 2015

Masak daging hitam

Hitam-hitam sitampuk manggis , walaupun hitam dipandang manis . Daging masak hitam ni gelap  je rupanya macam tak menarik pun tapi bila makan haaa baru tau betapa sedapnya lauk ni . Daging masak hitam ini bukan saja sedap dimakan dengan nasi tapi boleh juga di geng kan dengan nasi minyak/briani/tomato/ nasi lemak atau dengan roti/capati/roti canai dan dengan lemang/ketupat palas kalau nak makan dengan maggi pun sodap . Alhamdulillah sekali dah rasa/makan daging masak hitam ni mesti nak lagi , cuba la masak baru tau macam mana rasanya , memang terbaik sodap bonar laaa...

Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan so boleh ditambah atau kurang jumlah bahan mengikut selera sendiri . 


BAHAN-BAHAN :

700 grm daging batang pinang
kicap manis secukupnya
2 inci kayu manis
2 biji bunga lawang
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
air secukupnya utk rebus daging
Garam secukup rasa - jika perlu
air asam jawa secukupnya
Gula kabung secukupnya
5 helai daun limau purut
1 biji bawang besar- saiz besar

BAHAN DIKISAR :

5 biji bawang merah - saiz besar
3 ulas putih - saiz besar
3 cm halia
3 batang serai 

CARA MEMASAK :

- Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian direbus sampai empuk , tos akan daging dan ketepikan dulu air rebusan daging di simpan .. 

- Panaskan minyak secukupnya dan tumis kulit kayu manis dengan bunga lawang dalam seminit dan masukkan bahan-bahan dikisar , kacau semua bahan sampai terbit bau wangi . Masukkan cili kisar dan kacau semua bahan , jika sambal nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak . Biarkan sambal masak sampai terbit minyak . Masukkan daging dan 300ml air rebusan daging dan dikacau semua bahan .

- Boleh lah di masukkan kicap secukupnya dan kacau semua bahan . Masukkan daun limau purut yg sudah dicarik-carik dan bawang besar , kacau semua bahan . Masukkan sedikit gula kabung dan juga air asam jawa secukup rasa . Jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan ikut selera sendiri . Kacau semua bahan dan biar mendidih , bila kuah menjadi pekat boleh la ditutup api dapur .