Pages

Wednesday 24 December 2014

Koleksi pokok herba

Dah lama saya nak bela pokok herba ni cuma tak yakin boleh ke pokok herba hidup dallam keadaan cuaca khatulistiwa , tapi saya cuba saja la dulu . So saya pergi Sg Buloh dan beli beberapa jenis pokok herba , tokeh nursery bagi tau semua pokok herba ni perlu kan direct sunlight dan di tanam dalam tanah jenis tak simpan air . Balik rumah saya adun sendiri campuran tanah dan syukur alhamdulillah selepas 2 bulan di jaga pokok-pokok herba saya ni elok membesar , ada yang cepat membiak dan ada yang slow sikit tapi pokok herba sage mati mungkin pokok herba sage perlu kan kawasan yang teduh . Semua pokok herba ni saya letak di kawasan yang kena matahari pagi sampai pukul 2 sahaja dan di siram sekali sehari . Sekarang ni senang la bila saya nak masak menu western , ada pokok herba segar dari depan rumah sahaja . Saya nak cari lagi beberapa jenis herba untuk melengkapkan garden herba saya ni , insyallah ^_^

Koleksi pokok herba yang sudah 2 bulan saya bela , alhamdulillah elok hidup .


Pokok herba basil dan rosemary .


 Ni la rupa pokok herba tarragone yang sangat cute , bau daun herba ni sangat kuat saya sentuh saja dah terbit bau nya . Tarragon ni sesuai untuk digunakan untuk masakan ayam . Pokoknya pun senang hidup , alhamdulillah .

Bunga tarragon yang cute.


Ni la pokok herba thyme yang sesuai diguna bila nak masak sos pasta bolognese , selalu saya guna yang jenis kering , sekarang ni dah ada pokok yang segar ^_^


Pokok herba sweet basil yang sangat wangi , saya sentuh sikit saja dah semerbak harum daun basil ni , sesuai untuk dimasukkan dalam apa saja masakan barat :)


Pokok herba pudina yang banyak khasiatnya , campur dalam teh panas pun sedap daun pudina ni . Kalau masak mee kari pun boleh di letak daun pudina sebagai rencah masa menghidang , sedap la .


Ni pulak pokok herba Dill yang sangat sesuai diguna untuk masak dengan fillet ikan salmon , alhamdulillah elok hidup dan dah berbunga .


 Pokok herba Rosemary ni cukup senang hidup , alhamdulillah


Ni pokok herba oregano , alhamdulillah elok hidup dan saya dah guna untuk masak pasta goreng .

9 comments:

  1. Seronoknya tengok pokok2 ni..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...ninnie pakai tanah dan baja apa. beli kat mana ye

    ReplyDelete
  3. hai kak nanie...geram tengok herbs garden akak. subur dan cantik menghijau..Besi tempat letak pasu-pasu tu akak beli dimana?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak. alhamdulillah tengok pokok-pokok herba ni segar :) Jeles plak tengok...saya dan suami ada pengalaman menjaga dan membiakkan pokok2 ni terutama pokok basil and oregano. kami transfer ke atas tanah..alhamdulillah, lagi cepat ia membiak. basil dan rosemary tu akak boleh biakkan jugak, dengan potong batang dia and cucuk di pasu lain. sekadar berkongsi pengalaman apa yang kami telah buat. :) tapi, sekarang segalanya tinggal kenangan, sebab kami terpaksa berhijrah ke negara lain, so tak pasti lah macam mana keadaan pokok-pokok tu-annadalady

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak..saya pun ada tanam terragon. Baru beli 4 bulan lepas. Tapi tak pernah berbunga. Kena letak baja bunga ye kak.
    Bunga ros akak pun meriahnya... saya beli pokok ros.. yang bunganya banyak masa beli. 12 kuntum satu pasu. Tapi bila bunga tu semua dah layu.. pokok pun turut mati.. kenapa agaknya, ye kak?
    Kalau akak sudi share tips jaga pokok rose... bahagianya saya :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak... saya puan gee boleh saya dptkan sedikit benih2 herba ni... saya tgh mencari pokok2 ni..kalu bleh puan send email ye pada saya di mamaiqram1@gmail.com. Terima kasih ye?

    ReplyDelete
  7. salam kak, mana akak beli pokok oregano?
    kat nursery ke?

    ReplyDelete
  8. Slm .teman teman saya pun minat nak buat tanaman herba..dah beli sebidang tanah..setakat hari ini ..ada simpanan benih utk di tanam ialah kayu sepang.rerama.rumput buluh.lengkuas Padang Dan beebrapa pokok mandian lepas bersalin.kalau ada yg lain nak juga ...tel saya 0165243326

    ReplyDelete
  9. Salam kak. Mana nak beli pokok2 herba ni semua

    ReplyDelete