Alhamdulillah pagi ni saya dapat masukkan post baru di blog saya ni . Kali ni saya nak share gambar pokok-pokok sayur yang saya tanam di laman rumah . Sejak Sabtu lepas kat area rumah saya ni hujan hampir tiap-tiap hari so pokok sayur yang saya tanam pun cepat besar dan subur . Dulu masa tinggal di apartment saya pendamkan saja hobi saya yg suka berkebun/bercucuk-tanam . Kalau ada pokok pun hanya pokok hiasan yang saya tanam dalam pasu . Syukur alhamdulillah ALLAH beri kan kami rezeki untuk memiliki rumah teres yang ada laman. Sebelum pindah ke rumah kami sekarang ni saya memang plan nak tanam macam-macam di laman kami ni . Syukur alhamdulillah selepas 1 tahun kami mendiami rumah ni impian saya terlaksana . Dengan bantuan suami serta anak-anak sedikit demi sedikit kami tanam macam-macam pokok , ada pokok buah , pokok herba , pokok-pokok bunga ros dan juga yang terbaru pokok sayur-sayuran . Bila berkebun minda saya jadi tenang selain tu dapat juga saya bersenam alhamdulillah .
Pokok bayam kampung dan bayam biasa yang dah cukup besar , benih sayur bayam kampung ni saya dpt dari mak mertua dan benih bayam biasa tu mak saya yang bagi . saya ambil gambar dulu sebelum sayur ni dituai untuk di masak alhamdulillah . Gembira dan puas hati , saya sangat bersyukur kerana pokok sayur yang saya tanam mau hidup dengan elok alhamdulillah .
Dulu sebelum nak tanam sayur saya ada juga terfikir mau ke pokok sayur hidup sebab saya memang tak ada pengalaman tanam sayur . So saya google buat reseach sikit dan dengan doa serta bismillah saya mula kan projek tanam sayur saya ni . Benih bayam direndam semalaman dlm bekas yang sesuai . Kemudian biji bayam tu boleh ditabur di batas dan insyallah selepas 5-7 hari biji benih akan tumbuh jadi anak pokok bayam . Pokok bayam senang hidup dan cepat membesar .
Dulu sebelum nak tanam sayur saya ada juga terfikir mau ke pokok sayur hidup sebab saya memang tak ada pengalaman tanam sayur . So saya google buat reseach sikit dan dengan doa serta bismillah saya mula kan projek tanam sayur saya ni . Benih bayam direndam semalaman dlm bekas yang sesuai . Kemudian biji bayam tu boleh ditabur di batas dan insyallah selepas 5-7 hari biji benih akan tumbuh jadi anak pokok bayam . Pokok bayam senang hidup dan cepat membesar .
Alhamdulillah saya berjaya juga tanam sayur di laman sendiri dan saya tanam secara organik . Niat saya memang nak tanam sayur sendiri yang bebas racun kimia . Terapi minda dan mata untuk kami sekeluarga .
Pokok-pokok bendi pun dah besar dan mula tumbuh putik buah , alhamdulillah . Benih bendi ni dari buah bendi yang tua , mak saya bagi . Saya tanam sayur dan pokok ros di batas yang sama ^_^
Buah terung yang dah cukup besar dan dah boleh di ambil . Saya rasa puas hati sangat bila tengok pokok sayur yang saya tanam hidup subur , syukur alhamdulillah . Banyak sangat kebaikan bila kita tanam sendiri sayur untuk kita makan dan jika tak ada ruang laman pokok sayur boleh juga di tanam dalam pasu .
Secekak atau sejambak sayur bayam kampung ^_^ alhamdulillah segar dari lamanku
Pokok-pokok ros di laman rumah saya . Alhamdulillah pokok-pokok ros ni suami saya yang tolong tanam ke tanah . Selepas 2 minggu pokok-pokok ros ni semakin subur dan banyak tunas baru tumbuh , me happy ^_^ . Sejak awal bulan Januari pokok ros dalam pasu ni kurang sihat selain di sebab kan cuaca kemarau , akar pokok ros ni dah penuh pasu jadi suami saya telah pecah bawah pasu dan tanam ke dalam tanah . Cara ni lebih selamat kerana akar pokok tak terganggu selain baja yang ditabur juga terus dapat meresap ke dalam tanah/akar . Semoga pokok-pokok ros ni akan terus hidup subur , amin .
Alhamdulillah, seronoknyaa tengok hasil tanaman yer kak. Kalau saya dah bersara, saya pun berangan nak tanam sayur2 sendiri di laman rumah.
ReplyDeleteinsyallah aziela :)
ReplyDeleteHijau mata tengok..
ReplyDeletebuah terung nampak cantik, pasu bunga ditanam separuh ke tanah kreatif....
ReplyDeletetak rugi kalau kita berbakti pada Tanah..boleh jimatkan kos jugak..
ReplyDelete