Pages

Thursday, 24 April 2014

Potato Gratin

Alhamdulillah sedap , potato gratin ni memang favorite anak-anak saya ni . Juadah yang cukup simple tapi sangat sedap . Potato gratin ni sedap di makan dengan ayam panggang atau daging panggang dan dengan salad . Resepi untuk potato gratin dah lama saya guna dan resepi ni saya dapat dari internet . Kebanyakan resepi masakan barat saya cari dari internet dan saya olah sikit untuk ikut selera kami sekeluarga .

                

BAHAN UTAMA :

4 biji ubi kentang russet - saiz besar
1 biji bawang besar
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar minyak zaiton 
2 cawan susu dlm kotak
1/2  cawan keju cheddar
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Keju monzarella dan keju cheedar utk tabur atas pemukaan gratin

CARA MASAK :


Panas oven pada suhu 180'C selama 10 minit . Bersihkan dan kupas kulit semua ubi kentang kemudian di potong nipis dlm 1cm . Bersihkan bawang dan diracik kecil . 

Susun separuh dari kepingan ubi kentang dlm bekas/mangkuk yang sesuai . Kemudian ambil semua bawang racik dan tabur atas pemukaan ubi kentang ni . Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam di atas pemukaan ubi kentang dan bawang ni . Kemudian susun semua ubi kentang sampai habis .


Panaskan butter bersama minyak zaitun , mengguna api dapur sederhana besar. Masukkan tepung dan kacau rata semua bahan selama 1 minit atau sehingga tepung masak kekuninggan . Sentiasa kacau adunan tepung supaya tidak hangit . Masukkan semua susu dan kacau adunan ni sehingga sebati dan masukkan parutan keju cheedar dan terus kacau sampai sos ni masak dan menjadi pekat , boleh di tutup api dapur . Tuang semua sos ni pada pemukaan ubi kentang tadi dan goyang-goyang mangkuk supaya sos ni dapat turun/memenuhi semua ubi kentang sampai ke dasar mangkuk . Tabur keju cheedar dan monzarela secukupnya pada pemukaan ubi kentang . Tutup pemukaan mangkuk dengan aluminium foil dan bakar selama 1 1/2 jam . Selepas 1 jam dalam oven boleh dibuka aluminium foil dan terus masak potato gratin ni sehingga keju di pemukaan atas menjadi garing .

Ubi kentang yang disusun dalam mangkuk.


Selepas semua sos dituang dalam mangkuk , bahagian pemukaan atas boleh ditabur dengan keju . Kemudian bakar potato gratin ni selama 1 1/2 jam pada suhu 180'C sampai masak .


Alhamdulillah potato gratin yang dihidang bersama salad , ayam dan buah tomato grill .

1 comment: