Pages

Wednesday 28 March 2012

SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU

Hari ni saya masak sambal tempoyak pucuk kayu favorite En.Suami ku . Saya belajar dari mak mertua cara nak masak sambal ni . Mak mertua saya memang tak ada bagi resepi secara detail so saya memang belajar dari pemerhatian dan lepas tu saya cuba masak sendiri . Tak la susah sangat nak masak menu ni yang penting kita mesti pastikan sambal tempoyak ni ada cukup rasa lemak , masam , manis dan masin kiranya ikut pada citarasa kita la . Lagi satu jangan terlebih guna pucuk ubi dan pucuk kaduk sebab nanti sambal ni boleh jadi pahit .

Bahan paling penting untuk menentukan sedapnya sambal ni adalah tempoyak so gunalah tempoyak yang baru jadi sedang-sedang elok tak terlalu manis dan tidak masam sangat . Kalau ikut resepi asal mak mertua saya guna daun pucuk keledek , pucuk labu , pucuk ubi , daun kunyit , serai , petai , ikan bilis dan pucuk cemperai . Saya pula hanya guna pucuk-pucuk ulam yang mudah saya beli di area rumah saya ni walaupun tak cukup pucuk ulam tapi sambal ni masih menetapi citarasa saya dan En.Suami ^_^ syukur alhamdulillah......


BAHAN-BAHAN :

1 pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
5 helai daun kunyit
4 atau 5 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
4 atau 5 batang serai
5 papan petai - ambil buah petai saja
1-2 genggam ikan bilis - bersihkan
3-4 sudu besar tempoyak atau secukupnya 
pati santan secukupnya
garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili hidup - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup semua rasa .

CARA MASAK :

- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Ketepikan dulu..

- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan .

Pucuk ulam-ulaman serta serai yang sudah diracik . Kalau boleh racik la nipis-nipis jangan ikut saya potong kecil-kecil je sebab nak cepat siap hihi.....

10 comments:

  1. Replies
    1. Mat Gebu , akak goreng ikan masin dan ada pula buah kerdas perrhh memang pengsannnnn hihihi

      Delete
  2. dh nama tempoyak......mmg mengiurkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. beutl tu Zehan , ada tempoyak pasti mengiurkann :)

      Delete
  3. Baru 2 hari lepas saya dok plan nak cari resepi ini. Alhamdulillah, jumpa di sini. Boleh guna bila masa nak masak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Azie , sila la guna dan ubah suai la resepi ikut citarasa azie ya :)

      Delete
  4. biasanya resepi ni mak sue yg akan buat..pastu kami anak-beranak yang makan..hehehehehe

    ReplyDelete
  5. Tempoyak saya tak leh makan. Even kalau tangan orang lain sentuh lauk lepas sentuh tempoyak, saya dah tak leh telan. TAPI, kalau buat tempoyak ulam macam ni...Ratah pun bolehh..SUPERB..!!

    ReplyDelete
  6. Sudah lama mencari resepi ni.Terima kasih Nanie kerana sudi berkongsi...

    ReplyDelete