Pages

Saturday 31 March 2012

IKAN SALMON GRILL dgn BRUSSEL SPROUT

Dinner yang ringkas dan alhamdulillah sedap...


BAHAN-BAHAN :

kepingan ikan salmon 
serbuk lada hitam dan garam secukupnya
sedikit minyak zaitun

CARA MASAK

- Bersihkan ikan kemudian dilumur kepingan ikan ni dgn garam , panaskan grill pan dan letakkan sedikit minyak zaitun dalam grill pan . Bila cukup panas boleh diletakkan kepingan ikan dalam grill pan , taburkan serbuk lada hitam ke atas pemukaan isi ikan . Balik-balikkan ikan ni dan biarkan sampai ikan masak .

RESEPI UNTUK SAYUR BRUSSEL SPROUT 

BAHAN-BAHAN :

1 peket sayur brussel 
5 biji cendawan butang fresh
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar butter
1/2 cawan cream - boleh tambah lagi 
garam secukup rasa
sedikit daun sup - diracik halus

CARA MASAK :

- Buangkan sedikit bahagian bawah sayur ni dan potong sayur ni menjadi 2  . Dalam periuk yg sesuai rebus air sampai mendidih dan masukkan sedikit garam serta semua sayur brussel ni , celur sayur ni selama 1 minit sahaja sehingga warna sayur bertukar menjadi hijau cerah . Tos sayur dan ketepikan .

- Dalam kuali masukkan semua butter dan tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan semua cendawan dan kacau semua bahan-bahan sehingga cendawan separuh masak , boleh la dimasukkan daun sup tadi dan kacau lagi . 

- Masukkan sayur brussel ni dengan cream dan kacau sehingga cukup mesra . Jika nak ada kuah tambahkan sikit lagi cream kemudian masukkan garam dan serbuk lada secukup rasa kemudian kacau sayur ni . Jangan masak terlalu lama so boleh ditutup api dapur dan hidangkan sayur ni bersama ikan salmon grill serta hirisan buah lemon .

7 comments:

  1. wah..mana nak cari ikan salmon..pakai ikan tenggiri kira aci tak?heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan salmon ni ada jual kt hypermarket , hihi boleh je tapi ikan tenggiri kurang berlemak tapi masih sedap cuba la ikan merah

      Delete
  2. Salam kenal Kak Nannie... Salmon is my favourite... Dah lama tak ngadap ikan ni.. Mintak rasa sikit, boleh...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm dan slmt berkenalan , sama la kita akak mmg suka salmon . nak rasa ambil laa heehehe

      Delete
  3. tak pernak masak ikan salmon.. x reti.. boleh grill macam ni jer ker.. simple nyer.. bolehlah sy cuba...

    ReplyDelete
  4. boleh grill mcm ni mmg sedap

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nannie..
    Best tul tgk ikan tu...smlm bru mkn salmon grill n air asam...Hihihi..mmg fav akak..Mkn style mat saleh..siap pisau garfu...tp bila cicah...cicah ngan air asam.. Best nannie..Try lah..Tp salmon tu x sdap sbb yg frozen nya...tp klau yg fresh mmg sdap.Akak grill ngan garam origano n fresh rosemary tuk ilangkan bau..tp mmg wangi...Kita ni sama hobby..suka tnm pokok n memasak (klau rajin). Kt umah akak pun byk ros...Nnt blehlah kita sembang2 psal ros ya..Selamat berkenalan...

    ReplyDelete