Pages

Friday 14 October 2011

SOTONG GORENG RANGGUP

Sotong goreng ranggup memang favorite kami sekeluarga sebab tu la semalam saya masak lagi walaupun beberapa minggu sudah saya dah masak menu ni juga . Pagi-pagi semalam lepas hantar anak ke sekolah saya singgah pasar kat rumah saya ni tengok pekerja pasar tengah bawa turun sotong fresh dari mana tak tau la mungkin dari pasar borong Selayang la kot kan atau pasar borong Selangor . Geram betul saya tengok sotong yang sampai semuanya fresh sangat masih kenyal dan warna putih bersih . Saya beli dalam sekilo dan separuh dari sotong tu saya masak sotong goreng ranggup ni . Guna sotong fresh so hasilnya memang la sedap isi pejal dan manis sangat cuba kalau beli sotong yang dah lama mesti liat dan isi jadi kecut lepas digoreng . Memang sedap sotong segar dimasak goreng macam ni tapi tak boleh la diamalkan selalu makan sotong goreng ranggup ni sebab tinggi kolesterol dan tak bagus untuk kesihatan kita sekali sekala boleh la kan .

Sotong goreng ranggup sedap dicicah sos cili Thai..



Bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurang mengikut citarasa sendiri . Kalau suka pedas masuk la sedikit serbuk cili . Kalau ada serbuk kari pun boleh ditambah dalam adunan tepung ni banyak mana ikut selera kita la ya . Kalau ada pak aji pun boleh juga ditambah saya pernah guna serbuk secukup rasa ditambah dalam adunan tepung ni dan hasilnya sotong goreng ni memang sedap 

BAHAN-BAHAN :

1 cawan gandum
1/4 cawan tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk pati ayam/bilis - pilih yg mana suka

Sedikit serbuk lada hitam 
2 biji telur dipukul rata
Garam secukupnya 



CARA MEMASAK :


Masukkan semua tepung gandum , tepung beras , garam , baking powder , serbuk pati ayam , serbuk lada sulah dalam bekas yang sesuai dan digaul rata .

Pukul telur bagi rata saja kemudian masukkan sotong ke dalam telur dan gaul dengan cepat .


Sotong terus dimasukkan ke dalam adunan tepung dan digaul rata . Pastikan sotong digaul rata sehingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain . Keluarkan sotong dan masukkan ke bekas lain yang kering . Goyangkan sotong dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada sotong.


Panaskan minyak dan masukkan sotong ke dalam kuali. Goreng sotong terendam atau deep fry sehingga kekuningan dan sentiasa perhatikan sotong ini jangan goreng terlalu lama sehingga sotong bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing sotong akan menjadi liat . Keluarkan sotong dan toskan seketika dan boleh dihindangkan sotong didalam bekas lain .

500 gm sotong sederhana besar - dibersihkan serta dipotong ikut pada citarasa sendiri kemudian gaulkan sotong bersama sedikit asam jawa untuk membuang hanyir dan toskan serta diketepikan dulu .


Masukkan sedikit demi sedikit sotong tadi ke dalam campuran tepung kemudain digaul rata sehingga sotong menjadi kering dan diselaputi nipis tepung . Angkat sotong dan digoyang-goyang perlahan untuk dibuang tepung berlebihan . Buat sampai habis semua sotong dan pastikan sotong betul-betul kering diseliputi tepung sahaja .



Sotong yang sudah digaul tepung dan boleh digoreng . Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry . Pastikan minyak cukup panas dan boleh la dimasukkan sotong dan digoreng sehingga sotong menjadi golden brown . Jangan goreng terlalu lama nanti sotong jadi terlebih masa dan menjadi kecut serta liat . Angkat sotong dan tos serta boleh la dihidangkan .

4 comments:

  1. Salam kak nannie,
    dah lama tak makan sotong..pantang sekejap sebab anak kena gatal2...

    ReplyDelete
  2. menariknya sotong goreng tepung tu...lik keje ni nak try la resepi tu...ehehhe

    ReplyDelete
  3. pernah mencuba..tapi bila masuk kuali tepung dia lari.togel jadinya sotong tu.kenapa ye

    ReplyDelete
  4. wlkslm umi ,
    oo ye ke haa kalau elegik mmg kena stop makan seafood kan

    to cik awin ,
    yum2 mmg menarik haa cuba la ya

    to Mama Janet,
    ye ke , saya pun tak pasti kenapa jadi togel ya cuba akak check resepi yg akak ikut tu

    ReplyDelete