Pages

Monday 10 October 2011

OREO CHEESE CAKE - kek birthday ADAM

Oreo cheese cake ni memang favorite anak-anak so last week saya buat la sebiji kek ni untuk celebrate birthday Adam yang ke 4 tahun . Kali ni saya guna resepi yang saya jumpa dari blog dan kalau nak tengok resepi asal boleh la klik SINI . Agak mudah nak buat cheese cake ni dan rasanya hmmmmm sangat-sangat sedap . Perlu simpan kek ni sekurang-kurangnya 8 jam supaya oreo cheese cake ni betul-betul keras dengan elok . Texture kek ni cukup elok lembut dan padat so perlu la ikut resepi ni betul-betul untuk dapat hasil yang sangat memuaskan ya tapi saya ubah sikit resepi kek ni macam saya tambah gula lagi sebab anak-anak suka manis so tapi jumlah bahan-bahan lain masih sama macam resepi asal...

Anakanda Adam posing bersama kek birthday..


Oreo cheese cake yang sedap sangat ni...


BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
300 grm cream/whipping cream
80 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis
45ml susu segar dalam kotak
10 ml lemon jus
1 sudu besar gelatin halal brand Nona
1 sudu kecil vanilla esen
3 sudu besar air suam
15 keping biskut oreo dihancur-masuk dalam adunan cheese


CARA MEMASAK :

base cheese cake , saya guna tin kek ukuran 8 inci .

BASE :
120 grm biskut oreo-dihancurkan
50 grm butter dicairkan

Biskut oreo dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.




FILLING :
- Pukul whipping cream sehingga agak kembang dalam 2-3 minit sahaja dengan menggunakan speed sederhana dan pastikan jangan terlebih pukul ya . Kemudian simpan dalam peti sejuk .


-Bancuh gelatin dengan 3 sudu air suam dan semua lemon jus dalam periuk dan masak gelatin ni dengan menggunakan teknik double boiling sehingga gelatin betul-betul larut dan masak . Proses ni sekejap saja .


- Putar 250gm cream cheese bersama gula castor , esen vanilla dan susu hingga kembang creamy . 


Masukkan bancuhan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan adunan whipping cream tadi dan kacau semua adunan sehingga sebati . Kemudian masukkan semua biskut oreo yang dihancur dan gaul adunan bagi rata .

-Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk selama 8-12 jam kalau biar lagi lama kek dalam peti sejuk lagi baik dan bila dah keras baru dikeluarkan dari acuan .

Saya hias pemukaan atas oreo cheese cake ni dengan kepingan biskut dan juga saya hancurkan beberapa keping biskut dan saya taburkan atas kek ni . Perlu pastikan kek ni betul-betul keras so perlu simpan kek ni dalam peti ais selama 8 jam atau lebih . Bila dah keras baru la boleh dikeluarkan kek ni dari acuan kek .

7 comments:

  1. sedapnye..

    p/s - hepy besday adam ^^

    ReplyDelete
  2. sedap la kak....terliur ni...bertuah adam dapat mama yang pandai membaking ;p

    selamat hari lahir yee adam.semoga adam membesar jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  3. to khaty tuah,
    mmg sedap n tq ya for the birthday wishes utk Adam :)

    to adik liemaopurut,
    mmg sedap ni alhamdulillah syukur la hehehe mama Adam ni resepi yg simple2 boleh la masak hehehe . terima kasih ya untuk doa adik Liemaopurut tu ,aminx3 .

    ReplyDelete
  4. my fav. nih..bhn2 dah ada,mcm nak buat jer lps ni..

    ReplyDelete
  5. ya Allah sdpnyer...........t'liur.,seb baek x pregnant.heheee...kt luar ade jual ke cmni kak.?

    ReplyDelete
  6. whipping cream tu yg jenis apa ya?

    ReplyDelete
  7. sedapnye nk try buat lr at umh

    ReplyDelete