Pages

Wednesday 7 September 2011

CUTI RAYA - KE PADANG BESAR

Setiap kali balik bercuti ke utara saya bersama family mesti ke Jitra dan kami terus ke Padang Besar selain dari tarikan nak shopping macam-macam barang saya dan suami gemar ke sana untuk merasa masakan cara Siam/Thai di gerai atau restoran yang ada di Padang Besar tu . Lagi satu saya suka ke sana sebab dapat melalui kawasan kampung menikmati pemandangan luas sawah padi serta dapat singgah jumpa kawan-kawan sekolah masa zaman kecil dan remaja ketika saya tinggal di Jitra dulu . Lagi satu yang buat saya teruja nak ke Padang Besar sebab melalui ladang tebu di Chuping , Perlis . Pemandangan ladang tebu yang sangat luas sayup mata memandang jadi tenang diri ni melihat pemandangan hijau dan damai..

Saya memang dah biasa ke Padang Besar sebab dulu saya tinggal serta membesar di Jitra , kadang-kadang saya ikut arwah abah saya yang bekerja kastam di Padang Besar . Sekarang ni bila dah berkeluarga saya masih ke sana kalau balik bercuti dan tarikan utama ke Padang Besar mesti la pelbagai barang yang dijual dari pakaian , handbag , kasut , periuk belanga , makanan , mainan , kain dan macam-macam lagi kiranya semua la ada di sana . Bila shopping tu kita mesti la pandai memilih sebab ada banyak barang-barang yang berkualiti dengan harga yang jauh lebih murah dari yang dijual di KL ni .

Lepas dah shopping kami nak la merasa masakan Thai pula dan kalau ke Padang Besar kami  akan cari sup daging Siam serta bihun sup yang sangat authentic cukup semua bahan menetapi citarasa saya dan suami . Selain sup Siam ada juga menu pulut yang dimakan dengan ayam goreng garing yang cukup sedap . Dulu kalau ke PB kami akan singgah menjamu selera dengan masakan asli Thai macam daging masak merah , tomyam dan ikan siakap stim / 3 rasa yang cukup sedap tapi restoran yang menyediakan semua juadah ni sudah berpindah tak tahu ke mana perginya . 

Hmmmm terliur la pulak saya sambil tulis n3 ni bila teringat kesedapan juadah yang kami dapat makan masa di Padang Besar minggu sudah , apa pun syukur alhamdulillah kalau panjang umur boleh la kami ke sana lagi...ok jom tengok beberapa gambar yang saya masukkan dalam n3 kali ni..


Kami berhenti sekejap di tepi ladang tebu di Chuping , Perlis. Pemandang yang cukup tenang dan mendamaikan , masa disana saya rasa macam nak duduk berkelah bentang tikar jee hehehe..

Sayup-sayup mata memandangan luasnya ladang tebu ni , tenang dan sunyi kawasan ladang ni . 


Kami di Padang Besar dan masa ni baru halfway jalan-jalan serta shopping dan sempat posing dulu . Saya dan anak-anak pun dah dapat barang yang dicari so kami pegi makan la dulu perut pun dah lapar hehehe..

Singgah makan di gerai ni dan alhamdulillah cukup sedap semua makanan yang kami makan . Bila sampai ke Padang besar kami mesti singgah ke gerai ni sebab sup Siam dengan pulut ayam di sini cukup sedap...Kawasan gerai pun selesa , bersih dan harga makanan pun berpatutan..


Air botol dengan tulisan Thai actually bila dah sampai ke Padang Besar kita dah masuk wilayah masyarakat berbangsa Siam beragama islam dan yang tak islam  . Kebanyakkan peniaga yang kami jumpa adalah bangsa Thai rakyat Malaysia atau mungkin juga rakyat Thailand so memang pekat la dialeg bahasa melayu Thai yang mereka tuturkan dan lembut je bunyi bahasa mereka , suka pula saya dengar...


Hmmmm yum yum ni la ayam pulut yang sangat sedap dimakan dengan bawang goreng . Masih terasa keranggupan kulit ayam ni , menu ni la yang kami cari kalau ke Padang Besar . Saya rasa la ayam ni diperap dulu dengan rempah dan ayam yang diguna fresh isinya tak kering syukur alhamdulillah sedappp...


Haaaaa ni la bihun Siam yang cukup sedapppp....boleh nampakkan perencah yang saya tabur atas ayam /bihun ni haaa itu la rahsia kesedapan sup Siam ni . Saya dah dapat resepi sup ni dari mak saudara saya di Alor Setar insyallah saya nak cuba masak dan saya akan masukkan resepinya di blog saya ni ya..


Ni pula sup daging Siam yang hubby saya makan hmmmm sedapppp rasanya sungguh authentic pedas , masam , manis dan lembut sebab tiada rasa rempah campur macam kulit kayu manis dan sebagainya . Resepinya sangat mudah insyallah nanti saya masukkan resepi ni dalam blog saya ni ya..


Ni la perencah sampingan yang ditabur dalam sup Siam ada gula , serbuk cili , kacang tumbuk dan sambal cili cuka . Nak tabur banyak mana ikut pada kita la suka pedas tabur la banyak-banyak serbuk cili tu hehehehe..


Ni pula nasi bersama gulai rebung Perlis dengan ayam goreng ranggup yang hubby dan saya makan sebelum balik mmmm saya tak tahan tengok rebung tu sebab dah lama saya mengidam nak makan masakan gulai rebung ni yang hanya ada di Perlis , syukur alhamdulillah sedap...


Nasi ayam ni anak saya Nur Aisyah yang makan cukup sedap ayam digoreng ranggup dengan sos yang masam manis cukup semua rasa..

Insyallah hujung tahun cuti sekolah ni kami akan ke Jitra lagi dan terus ke Padang Besar  . Saya memang akan ke sana walaupun perjalanannya agak jauh tapi saya suka menyinggah banyak tempat so perjalanan kami rasa sangat singkat . Bila sampai je ke Jitra saya mesti teringat kenangan memori lama hidup di Jitra bersama family....sebahagian diri saya masih ada disana....tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat saya membesar bersama keluarga..

8 comments:

  1. cantik kan padang tebu tu.. rasa mcm bukan kat msia je..hehe..

    owhh semua makanan nampak sedap. lama dah tak pegi sana ;)

    ReplyDelete
  2. wahh.based on ur pic...u realy like to post recipe..congratz yyer....so nice...
    follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam kenal kak..

    mak ayah saya asal dari Perlis. kami akan blk Perlis sethn sekali..biasanya hujung2 thn gitu..seronok sesekali jln jauh. saya pun suka tgk pemandangan ladang tebu on t way ke PB tu..n3 akak ni buat teringin nk blk Perlis je ha heheeeeee!

    ReplyDelete
  4. to nur easy,
    tu la macam kat overseakan pemandangannya dan makanan disana mmg sedap

    to hafrawiey,
    yes dear akak mmg suka post ttg makanan , tq singgah sini n akak dah ke blog adik.

    to ibuhanna,
    Wlkslm Hanna , oo gitu ke ceritanya so hanna selalu la balik sana ya mmg best travel ke sana walaupun jauh tapi leka je tgk pemandangankan . Sama la kita akak pn suka pemandangan di Chuping ladang tebu tu , hehehehe cepat2 balik Perlis dah rindu tu :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya nannie... seronok ekk raya2 berjalan... boleh makan2...hehe

    ReplyDelete
  6. Salam, apa nama gerai ni ye? NAk ke padang besar buat pertama kali ni :)
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. Assalam... saya nak resepi sup beehun siam... kecurnya..mmg sgt sedap. Sy masih tercari2 apa resepinya..nak makan g siam jauh....pnh mkan sekali masa ke padang besar..sedap sgt..pls..share resepi di sini... atau pls hubg saya di 0196227896..nk masak supnya...

    ReplyDelete
  8. Pls..kongsi resepi sup siam..saya da lama tercari2 resepi ni..nk makan sgt

    ReplyDelete