Pages

Thursday, 8 September 2011

Masak lemak taugeh kasar n ikan talapia

Semalam saya masak menu serba ringkas saja , pagi semalam saya beli ikan talapia pink fresh dalam aquarium di hypermarket dan balik rumah je terus saya bersihkan ikan dengan asam jawa dan limau nipis perap kejap bagi buang hanyir  . Kemudian saya balut ikan talapia ni dengan daun pisang terus grill guna frying pan saja . Bila dah masak hmm sedap isi ikan talapia pink ni dicicah dengan air asam...

Ikan talapia merah grill putih isinya sedap dicicah air asam . Buat lauk anak-anak saya goreng ayam sebab anak-anak saya ni tak reti lagi nak makan ikan bakar tak pa slow-slow saya akan ajar anak-anak saya ni makan ikan bakor rugi la kalau tak reti makan ikan bakor tambah-tambah kalau ikan terubuk bakor yang isinya cukup sedap walaupun banyak tulang...


Ini pula masak lemak kuning taugeh kasar campur udang , cara masak serba simple tapi alhamdulillah menetapi citarasa kami sekeluarga .

BAHAN-BAHAN :

200 grm udang sederhana besar
100 grm taugeh kasar
2 cawan santan pekat
1 batang serai besar - dititik
Sedikit daun kunyit - disiat-siat

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
5 biji cili api

CARA MEMASAK :


Bersihkan semua udang dan kopek semua kulit kemudian bersihkan taugeh . Masukkan santan pekat , serai , daun kunyit dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah . Masukkan udang dan taugeh bersama garam secukup rasa , kacau semua bahan . Sekali sekala kacau kuah supaya kuah tidak pecah minyak . Bila sayur taugeh dan udang dah masak boleh la di tutup api dapur.

KENANGAN DI KAMPUNG

Masa tengah memilih gambar dari folder my picture saya jumpa la gambar-gambar Adlina main bunga api ni dan semua gambar ni saya ambil masa kami balik kampung beberapa hari sebelum Aidilfitri . Adlina dan Aisyah dengan sepupu cukup happy main bunga api...

Lepas Maghrib terus anak-anak saya dengan sepupu main bunga api dan nyalakan api pelita , setahun sekali seronoknya anak-anakku ini..

Adlina yang happy...

Sejak Sabtu lepas sampai la semalam cuaca di kawasan rumah saya ni panas panas dan berjerubu alhamdulillah pagi ni hujan turun di kawasan rumah saya ni so cuaca nyaman saja...hari ni nak masak apa ya ? buat pizza pun ok dan lama juga saya tak menguli doh pizza dan roti ni...

No comments:

Post a comment