Pages

Friday, 2 September 2011

Lemang dan rendang

Hari ni dah pun Syawal ke 4 ya dan cuti Aidilfitri pun dah nak sampai ke penghujung , besok dan lusa ramai la dikalangan kita akan mula balik ke rumah masing-masing . Saya dan family pun nak balik rumah awal pagi besok dan sekarang ni saya masih lagi dalam mood bercuti dan malas nak buka lappy serta buat n3 hehehe biasa la kan bila dah berkumpul dengan family rasa seronoknya lain sikit sebab bukan selalu kita dapat berjumpa . Semenjak dari 1 Syawal saya dan family memang jalan-jalan beraya dari selatan sampai ke hujung utara . Walaupun perjalanan agak lama serta memenatkan tapi hati sentiasa happy dapat jumpa family serta kawan rapat yang dah bertahun saya tak jumpa so memang berbaloi trip cuti-cuti raya saya kali ni . Saya dapat jumpa balik bestfriends zaman sekolah menengah yang dah 21 tahun saya tak jumpa serta lost contact tapi akhirnya dapat juga saya luangkan masa bersama di Syawal kali ni syukur alhamdulillah..

Banyak lagi gambar-gambar yang saya nak kongsi di blog saya ni dan slow-slow saya akan buat n3 raya  sepanjang minggu depan ya . Pagi ni saya masukkan gambar sehari sebelum Aidilfitri masa saya join jiran tetangga kawasan perumahan adik saya ni buat lemang , saya dah biasa tengok proses masak lemang ni di rumah mertua cuma selalunya saya tak sempat ambil gambar untuk di abadikan dalam blog masak sendiri so kali ni memang saya tak lepaskan peluang la ambil gambar untuk dijadikan kenangan..jom tengok..

                                         
Gotong-royong sama-sama buat dan masak lemang so cepat la kerjanya , saya ni hanya tumpang ambil gambar dan tengok cara-cara nak buat lemang serta masak kiranya baru nak kumpul ilmu mana la tau ada rezeki mungkin saya boleh cuba buat dan masak lemang di rumah sendiri kan..


Proses masukkan beras pulut yang bercampur jagung ke dalam buluh lemang..kalau tak pernah buat memang lama la juga nak masukkan pulut dalam buluh ni hehehe slow-slow penuh la juga , sambil buat dan belajar cara nak sukat pulut dengan banyak mana nak santan yang nak diguna , sedikit garam dimasukkan dalam santan ni so lemang yang masak nanti cukup rasanya manis lemak masin..


Lemang yang dah masak....


Lemang jagung yang sedap dan fresh baru masak ni..


Ni pula lemang biasa yang dimakan dengan rendang tok mmm cukup sedap home made..

No comments:

Post a comment