Pages

Thursday, 29 September 2011

SARAPAN PAGI INI ~ CUCUR IKAN BILIS

Semalam masa saya mengemas kabinet bahan-bahan baking saya jumpa tepung gandum baki dari buat biskut raya . So pagi ni saya habiskan semua tepung tu dengan buat cucur ikan bilis simple ni . Sedap dimakan dengan kuah kacang atau cili sos Thai , syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1 genggam ikan bilis-boleh tambah
2 biji bawang merah
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Garam secukup rasa

1)Boleh ditambah 1 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas . Boleh juga ditambah kucai dan taugeh .

CARA MEMASAK :


- Tumbuk ikan bilis bersama semua bawang sampai lumat . Kemudian campurkan bahan tumbuk ni dengan semua bahan lain dan digaul rata . Tambah bahan-bahan jika ada yang terkurang macam garam atau air.

- Panaskan minyak secukupnya dan boleh la digoreng adunan cucur sampai masak kekuningan . Angkat cucur dan tos ketepikan dulu . Bila dah sejuk boleh la dihidang dengan sos cili atau kuah kacang .

Adunan cucur yang dah siap dan boleh la di goreng..

No comments:

Post a comment