Pages

Wednesday 28 September 2011

CUPCAKE COKLAT..

Hari ni untuk minum petang saya masak cupcake coklat dan resepi untuk cupcake ni saya dapat dari website JoyofBaking.com , kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI . Saya dah translate resepinya untuk disimpan dalam blog masak saya ni lepas ni kalau nak buat senang sebab dah ada dalam blog sendiri .

BAHAN A - DIAYAK

175gm tepung gandum
50 grm serbuk koko
2 sudu kecil baking powder


BAHAN B :

113gm butter
200gm gula halus
2 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
1 cawan air panas 

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C selama 5 minit . Campurkan air panas dengan serbuk koko dan biarkan sejuk dalam suhu bilik .


- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . Dalam bekas lain pukul gula dengan mentega sehingga kembang . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati dan masukkan semua esen vanilla  serta terus pukul bagi semua adunan cukup mesra . 

- Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan sehingga betul-betul sebati . Akhir sekali masukkan bancuhan air panas dengan serbu koko yang sudah sejuk ke dalam adunan tadi  . Kacau dengan menguna spatula atau senduk kayu sehingga cukup rata semua adunan .

- Masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

CARA BUAT COKLAT FROSTING :

160 gm gula icing
120 gm coklat masakan (cincang halus)
150 gm mentega
1 sudu kecil esen vanilla

CARA MEMBANCUH :

1) Cincang coklat masakan kecil-kecil dan masukkan dalam periuk kecil kemudian guna teknik double boiling untuk cairkan coklat ni . Bila dah cair ketepikan sekejap. 


2) Pukul butter sehingga kembang dalam 1 minit kemudian masukkans emua gula icing dan pukul lagi 2 minit sehingga sebati . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi kemudian terus masukkan coklat cair tadi dan pukul lagi sehingga cukup sebagi dan kembang.

3) Sapukan coklat frosting atas cupcake dan boleh la dihias .

2 comments: