Pages

Wednesday 10 September 2014

Butter prawn yummyyy...



Syukur alhamdulillah hari ni saya dapat masukkan post resepi dalam blog saya ni , lama sungguh saya menyepi ^_^ . Kali ni saya nak share ilmu masak yang saya dapat dari internet iaitu Udang masak mentega atau nama famous menu ni Butter Prawn . 

Saya beli sekilo udang kertas saiz besar masa kami jalan-jalan ke Pantai Remis beberapa minggu yang lalu . Udang kertasnya dah la segar dan harga murah pulak tu sekilo RM38 , mana la nak dapat harga udang kertas macam tu sekarang ni kat pasar di bandar saya tinggal ni . Masa beli tu saya dah plan nak masak butter prawn sebab anak-anak suka sangat , kalau ke restoran makanan laut favorite kami di Bangi memang butter prawn antara menu wajib yang di pesan tapi harganya memang mahal la . 

So saya nak cuba juga masak sendiri walaupun nampak macam susah je nak masak butter prawn ni especially nak masak sarang/serbuk telur tu . Saya pun cari resepi nya dari My Resepi dan saya tengok di youtube teknik nak masak butter prawn ini . Tak la susah sangat nak masak serbuk telur tu cuma kena ikut betul-betul resepi dan cara nak masak . So lepas dah bersihkan udang dan siapkan semua bahan dengan bacaan Bismillahirohmanirohim saya pun mula la masak . Nervous juga la sebab takut tak jadi hehe , syukur alhamdulillah cubaan pertama saya masak serbuk telur ni menjadi juga , insyallah kena selalu masak untuk dapat perfect serbuk telur hehe . Bab masak udang tu tak susah sangat cuma jangan goreng udang lama sangat takut terlebih garing nanti isi udang jadi kering , insyallah lepas ni boleh la saya masak butter prawn dan tak perlu la kami pergi restoran untuk makan . Masak sendiri ni jimat belanja dan insyallah lebih sedap , cook with love for my family ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 kilo udang kertas saiz besar
5 helai daun kari
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk perisa - Secukup Rasa
5 sudu besar susu cair
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa - jika perlu


SERBUK TELUR

BAHAN-BAHAN :

4 biji telur merah
sedikit serbuk perisa ayam
100 grm butter
1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK :


Bersihkan semua udang dengan memotong sedikit bahagian kepala dan ekor . Tos dan ketepikan dulu . Panas kan anggaran 3/4 cawan minyak dan masukkan semua udang tadi . Goreng udang sampai masak tetapi jangan terlalu garing nanti isi udang jadi kering . So kena sentiasa perhati kan udang ni supaya jangan over cooked . Bila dah masak keluar kan semua udang dan tos kan dulu , ketepi kan .

Masukkan semua telur merah dgn secubit-dua serbuk perisa ayam dan kacau bagi sebati . Panaskan kuali yang besar , masukkan semua minyak dengan butter dalam kuali dan biar kan sampai minyak mendidih dan butter cair . 

Tangan kiri pegang mangkuk berisi telur dan tangan kanan pegang senduk bulat besar . Angkat bekas berisi telur pada jarak agak tinggi dalam 12 inci betul-betul atas kuali . 

Menggunakan senduk besi kacau minyak mengikut arah jam kemudian tuangkan telur tu secara perlahan-lahan ke dalam minyak yang sedang dikacau tu , tuang telur merah pada jarak yg tinggi ( mangkuk berisi telur diangkat tinggi atas kuali ). Tuang secara perlahan-lahan dan tangan kanan terus kacau dgn laju minyak yang berisi telur ni , tujuan minyak di kacau laju ikut arah jam adalah supaya telur akan menjadi kepingan kecil seperti serbuk . Terus kacau sehingga semua telur masak dan boleh la di perlahan kan api dapur , biar kan sampai serbuk telur masak menjadi kuning keperangan . Letakkan penapis atas mangku kaca atau periuk . Tuang semua minyak yang berisi serbuk telur dalam penapis besar  , tos serbuk telur ni dan ketepi kan dulu .

Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis semua bawang putih yang dicincang halus kemudian masukkan semua daun kari , kacau semua bahan sampai daun terbit bau wangi , masukkan semua susu cair dan masukkan semua udang yg sudah digoreng tadi dan di gaul rata . Masukkan serbuk perisa secukupnya dan gaul semua bahan jika suka udang ni sedikit basah boleh ditambah sedikit lagi susu cair . Kurang atau tambah bahan ikut selera sendiri . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan masukkan semua udang dalam pinggan yang sesuai . Taburkan semua serbuk telur tadi dan boleh la dihidang kan .


1 comment:

  1. Menyelerakan tengok butter prawn puan nih. Macam senang je nak buat tapi kalau tangan keras tak menjadi jugak kan. Hihi.

    ReplyDelete