Pages

Wednesday, 8 February 2012

OMELET SALMON

Cukup sedap omelet salmon ni , boleh dimakan begitu saja dgn salad bersama sos thousand island atau boleh dijadikan filling untuk sandwich . Menu berkhasiat yang kaya dengan protein serta fiber dan untuk resepi ni saya hanya guna sebiji telur dan saya tambah 2 biji telur putih sahaja untuk menambahkan sumber protein dalam omelet ni . Boleh juga ditambah keju dalam omelet ni...

Sajian cukup lengkap dan berkhasiat...

Omelet bersama salad segar , sedapnyaa...

BAHAN-BAHAN :

1 keping fillet ikan salmon
1 biji telur
2 biji telur putih sahaja
2 biji buah tomato 
1 ulas bawang putih
minyak buah zaitun atau minyak sayur
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

CARA MASAK :

Bersihkan fillet/kepingan ikan salmon dan grill ikan salmon ni sehingga masak kemudian ketepikan dulu biar ikan sejuk . Satukan 1 biji telur bersama 2 biji telur putih didalam bekas yang sesuai kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam secukupnya . Kacau semua telur bagi cukup mesra ketepi kan dulu .

Racik halus bawang putih . Panaskan frying pan dan masukkan 1 atau 2 sudu besar minyak buah zaitun . Bila frying pan dah panas boleh la dimasukkan bawang putih dan biarkan sampai bawang masak serta layu kemudian terus masukkan isi ikan salmon yang sudah dilerai-leraikan . Kacau dan boleh dimasukkan semua buah tomato yang di potong kecil . Kacau semua bahan sampai tomato layu dan masak .

Bila tomato dah masak boleh la dimasukkan semua telur tadi . Berhati-hati masa nak terbalikkan omelet ni supaya omelet ni tidak hancur . Bila dah masak kedua belah bahagian boleh la ditutup api dan dihidangkan . Boleh ditambah keju macam monzarella atau cheeder ke dalam omelet ni...


Dah masak dan boleh dimakan , sedap ni...

12 comments: