Pages

Saturday, 21 September 2013

Bunga Hydrangea di taman ros nannie

Selain pokok bunga ros saya sangat-sangat suka dengan bunga hydrangea ni . Bunga hydrangea ni pun dipanggil bunga kembang 3 bulan sebab selalunya bunga hydrangea tahan kembang sampai 3 bulan . Saya memang dari dulu nak bela pokok ni tapi macam was-was je sebab katanya pokok ni susah nak berbunga . Tahun sudah saya ada beli sepokok tapi rupa-rupanya pokok hydrangea yang saya beli tu jenis hidup dlm iklim sejuk datang dari Cameron Highland . Pokok hydrangea saya tu cepat besar sihat daunnya lebar-lebar dan hijau tapi lepas bela dlm 7-8 bulan tak juga berbunga . So saya macam dah give-up la dengan pokok hydrangea tu . Daun je banyak tapi bunga yeleeek nan ado huhuhu . Awal tahun 2013 saya join group 'suri suka tanam bunga' kat facebook dan saya dapat macam-macam ilmu dan info tentang pokok bunga hydrangea ni . 

So bulan Mei lepas saya beli 3 anak pokok bunga hydrangea jenis kampung di Sg.Buloh . Anak pokok yang saya beli tu tingginya dalam 12 inci dan sangat la kurus alahai kesian tengok tapi kat nursery tu saja yang ada pokok hydrangea kampung . Balik rumah saya tanam pokok tu masuk pasu tapi sayangnya hanya sepokok yang hidup dan lagi 2 dah masuk syurga huhuh tak po la tak ada rezeki den . Tinggal la 1 pokok hydrangea yang hidup dan makin lama makin sihat serta makin besar pokok hydrangea saya nan sebatang tu ^_^

Alhamdulillah lepas 3 bulan dijaga pokok hydrangea saya tu mula tumbuh putik , happy . Dalam sehari banyak kali la saya belek putik bunga hydrangea dan punya la banyak gambar saya ambik sebab tak sangka pokok hydrangea yg mula di bela kuruih akhirnya boleh jadi segar-bugar dan dah berbunga , syukur alhamdulillah . 2 minngu lepas saya alih pokok hydrangea tu masuk ke dalam pasu yang lebih besar . Alhamdulillah sekarang ni pokok hydrangea saya tu dah sebulan berbunga , happy laaaaa.....

Ni la pokok hydrangea kesayangan saya tu . Extra sayang sebab saya bela dari anak pokok kecik tinggi dalam 12 inci tapi alhamdulillah lepas 4 bulan dah bosar dan dah berbungo laaa  ^_^


My beautiful bunga hydrangea 


Sangat-sangat cantik bunga hydrangea ni...


Cantiknyaa....masa ni bunga hydrangea saya baru kembang..


Pokok belah kanan tu saya beli bulan Ogos lepas , awal bulan September mula tumbuh putik bunga dan sekarang ni bunganya dah mula nak kembang , alhamdulillah .


Ni pula pokok hydrangea yang saya baru beli last week memang rezeki saya dapat pokok yang memang dah tumbuh putik bunga ^_^ . Harga pun murah je 1 pokok RM4.50 hehehe happy laa . Niat di hati nak tambah lagi pokok hydrangea ni sebab pokok ni senang sangat nak di jaga . Tak perlu direct sunlight dan hanya perlu siram saja tiap-tiap hari , bagi baja organik dan insyallah akan berbunga . Kalau dah lama jaga tak bunga juga seeloknya dahan pokok yang dah tua dah banyak keluarkan tunas di cantas pucuknya supaya tunas di bahagian bawah dahan dapat membesar dan insyallah akan tumbuh putik bunga . 

Salah satu pokok hydrangea yang putik bunganya dah mula kembang . dari info yang saya tau katanya tahap ph tanah akan menentukan warna bunga hydrangea ni menjadi warna lilac , purple , pink atau biru . Tapi saya tak kisah la sangat bab warna sebab bunga hydrangea ni tetap cantik tak kira apa warna pun sekali . Palingbest sekarang ni pokok hydrangea saya dah berbunga hehehe alhamdulillah..


Buat masa ni saya ada 4 pasu pokok hydrangea dan 3 pokok dah berbunga syukur alhamdulillah . Jom kita tanam pokok bunga tak kira la apa jenis pokok sama ada yang ada bunga atau hanya pokok berdaun . Jom kita hijau kan kawasan persekitaran rumah kita untuk mendapat udara yang lebih segar dan pandangan mata pun lebih best  serta menjadi terapi positif untuk diri sendiri serta famili ^_^

Selamat berhujung minggu yaaa...


11 comments:

  1. salam kak nannie...


    cantiknye...saye suke...senang jugak nak jaganye kan..sbb tak payah direct sunlight...nak beli lah nanti..nak cube tanam..kat sg buloh ni mesti byk...

    ReplyDelete
  2. Salam nannie, saya punya mabuk daun ....tak nak berbunga dah dekat setahun...cam ne nak bagi bunga ya.....

    ReplyDelete
  3. Cantiknya nanie...memang sejuk betui tangan Nanie...saya memang suka sangat bunga tu....tapi tanam apapun, semua mati...

    ReplyDelete
  4. salam kak...wah cantiknyeeeee bunga hydrangea akak ni...murahnya...kat nursery kajang ni harga rm25...minat yang sama...ayza baru add suri suka tanam kat facebook...harap dapat ilmu tentang tanaman dari semua di sana...ayza tengah gigih menanam pokok2 bunga n sayuran...cantik ros akak...salam kenal kak..

    ReplyDelete
  5. Hi. thank you for this useful page & info about hydrangea! im a huge fan of hydrangea juga hehe. last week valentine, my fiance bought 6 pots of hydrangeas to me. tp, yg 1 mati..(jd layu). jumlah air tu perlu bnyk atau sikit? thanks.

    ReplyDelete
  6. Bestnya..sy pny galak berdaun ja..bila ntah nk berbunga ni

    ReplyDelete
  7. wahhh meriah nya bunga2....geram nya tgk

    ReplyDelete
  8. akak nk tnya sikit, nurseri kt sg.buloh tu apa nama ye kak, nk g cri gak lah sne.....kt mlaka neh dh cri , xjumpa pown......

    ReplyDelete
  9. Letak bajo apo..kenapa x reply msg kwn2 di atas..cantik sungguh bungo nannie..pandai jago..kongasila tips..ramai peminat ei

    ReplyDelete
  10. cantiknya ia berbunga. saya pun ada beli yang cameron punya, sampai sekarang tak berbunga. daun ja lebat. masa celi tu, bunga dia besar, sampai sini tak berbunga langsung...tak tau nak uat mcm mana dah... sedih

    ReplyDelete