Pages

Thursday 2 August 2012

TAMAN ROS NANNIE

Pagi-pagi di bulan Ramadhan ni jom cuci mata tengok gambar pokok-pokok ros yang saya jaga /bela semenjak bulan Mac tahun ni . Pada awalnya saya memang agak sangsi untuk bela pokok ros ni sebab dari info yang selalu saya dengar kononnya pokok ros ni susah nak dijaga dan pokok yang sangat manja tapi disebabkan tarikkan yang terlalu kuat bila melihat foto di facebook kawan-kawan yang bela pokok ros ni dan semua pokok ros mereka tumbuh subur dan berbunga lebat . Saya join group pencinta pokok ros di fb dan banyak timba ilmu dari rakan-rakan senior yang dah bertahun bela pokok ros ni . Saya pun beli beberapa anak pokok dari nursery di Sg.Buloh . Pada mula memang banyak cabaran yang saya tempuhi nak bela pokok ros ni tapi saya banyak bertanya dan belajar dari rakan-rakan senior tentang cara terbaik untuk membela pokok ros serta cara menangani massalah pokok ros seperti cara nak elak pokok ros kena penyakit atau macam mana nak rawat pokok ros yang sakit atau nak bagi pokok ros subur serta berbunga lebat .

Semakin lama semakin banyak ilmu yang saya  belajar dari kawan-kawan sehobi yang tak pernah lokek berkongsi ilmu . Saya pun banyak membaca teori tentang pokok ros dan selepas betul-betul faham apa yang dibaca saya cuba praktikkan pada pokok-pokok ros yang saya bela . Alhamdulilah kini semua pokok ros saya hidup subur . Perkara yang dulunya sukar kini menjadi semakin mudah , saya banyak belajar dari pengalaman dan dari 5 pasu pokok ros sekarang ni saya dah ada hampir 60 pasu pelbagai jenis pokok bunga ros sama ada jenis ros kampung tempatan atau pokok ros yang dibawa masuk dari luar negara . 

Pokok-pokok ros di taman saya , menjaga atau membela pokok ros memang memberi ketenangan serta kegembiraan kepada diri saya . Rupa , bentuk serta bau ros sentiasa memikat hati saya dan saya sangat sayang semua pokok-pokok ros saya ni . Setiap pagi seawal pukul 6 pagi saya dah mula keluar ke laman rumah saya ni untuk membelek semua pokok ros saya ni . Rutin setiap pagi saya ialah siram pokok , periksa pokok ros untuk buang bunga yang layu , daun-daun buruk atau mencantas dahan yang tak produktif . 

Semua ros kesayangan saya..

Selamat pagi dari laman Nannie ^_^


Nama ros ni Generous Gardener , wangi dan sangat cantik..


Ni pun ros kesayangan saya dan nama ros ni Angel Face , sangat cantik dan wangi..


Ros ni warnanya macam merah lebam dan nama ros ni Memphis Magic , bunga ros ni tak ada bau tapi kelopaknya macam baldu dan kalau kembang tahan lama..


Angel Face kesayanganku..


Ni ros David Austin dan nama ros ni Queen of Sweden , ros ni memang sangat cantik kelopaknya berlapis-lapis serta sangat wangi , lalu tepi ros ni saja dah boleh bau keharumannya...


Pokok ros ni kecil saja jenis renek dan saya tanam dalam pasu bertangkai yang saya sangkut pada pagar rumah . Nama pokok ros ni ialah Pink Fairy , masa baru kembang warna soft pink bila dah over bloom bertukar menjadi putih..


Lagi satu ros kegemaran saya , nama pokok ros ni ialah Claire Martin dan dari jenis pokok ros memanjat . Batang pokok ros ni akan meninggi dan perlukan sokongan seperti tiang atau para kerana batang pokok ros ni jenis senang melentur jadi batang-batang ros ni perlu diikat pada para/tiang trellis . Bunga ros ni jenis berjambak-jambak dan tiada bau tapi sangat cantik dan bentuk rupa bunga ros ni seakan-akan bunga sakura .


Ni pula pokok ros renek yang saya tanam dalam pasu yang boleh disangkut pada pagar rumah . Nama ros ni Rough Jewel dan rajin berbunga dan sangat mudah nak dijaga . Tiada bau tapi sangat cantik tapi awas durinya sangat tajam dan berbisa ^_^


Nama ros ni Carefree Beauty , sangat cantik dan wangi . Saiz bunganya sebesar tapak tangan saya , ros ni antara favorite saya ^_^


Nama pokok ros ni Whiteline dan agak mudah nak dijaga . Pokok ros ni adalah di antara pokok ros yang mula-mula sekali saya beli dan jaga sampai sekarang . Cepat membesar dan sekarang ni pokok ros ni dah setinggi 4 kaki dan besar , selalu berbunga dan kelopak bunganya tebal tapi tiada bau .


Nama pokok ros ni pula white koster dan pokok ros ni di bawa masuk dari Thailand , pokoknya jenis ros mini rendah saja tapi rajin berbunga , tiada bau tapi bunganya sangat cantik..


Ros ni pula di panggil Red Chilli disebabkan warnanya yang sangat garang dan merah . Senang dijaga tapi tiada bau . Saya cukup tertarik dengan warna dan rupa ros ni yang cantik..


Ni adalah dari jenis ros kampung yang teramat wangi dan sangat cantik , nama ros ni ialah Damask dan antara ros favorite saya ni . Selalunya kudupnya keluar berjambak-jambak dan kelopaknya berlapis-lapis cuma tak tahan lama bila kembang kelopaknya cepat gugur huhuhuh...


Saya kurang pasti nama saitifik untuk ros yang unik ni dan di kalangan kawan-kawan pengemar ros  memberi nama ros apam kerana rupa ros ni macam apam yang baru kembang ^_^



Nama ros ni ialah Summer Scalet , ros ni ada bau sikit dan sangat senang nak dijaga dan selalu berbunga . Ada bermacam-macam jenis lagi pokok ros dalam koleksi saya dan insyallah di lain n3 saya akan kongsi lagi gambar-gambar ros saya ya..

36 comments:

  1. series cantik2 nanti sis buat entry psal mcm mna penjagaan bunga ros ni..setahu sy agk sukar gak nk bgi bunga rose hidup lma kan...

    ReplyDelete
  2. cantik2 nya..betul tu nanti akak buat la entri berkaitan penjagaan

    ReplyDelete
  3. kak Nanie mmg cantik sesangat taman akak nie...:)...wani pun mula bela ros lepas baca entry akak pasal ros dulu...thank u very much yer sbb mendorong wani mula bergardening ros...mmg satu hobi yang sgt menenangkan...kalau akak ada masa singgahlah blog ros wani yer...http://wanithevanrosegarden.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Yang bunga ros apam tu kalau tak silap wani SN dia Magic Carousel Rose..rasa ramai geng MRS ada bunga nie

    ReplyDelete
  5. Salam kak nannie...mmg lawaa...sejuk tangan akak....

    ReplyDelete
  6. canteknya tmn ros kak nannie. saya suka ros kak tapi tak pandai jaga. admire shj lah sampai bila-bila. hehehe.

    ReplyDelete
  7. cantiknya rose garden kak nannie...... tak berkelip mata saya tengok bunga satu-persatu....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Nannie! thank you kerana menyinggah ke blog Yan. Alamak tengok your flowers, i jadi excited. Malangnya, tangan i ni kalau tanam apa pon tak menjadi.

    ReplyDelete
  9. salam kak nanie. cantik sungguh taman ros kak nanie.hidup subur. memang sesuai dekat nak raya ni. naik seri laman rumah.

    ReplyDelete
  10. saya najwa nak tahu baja apa yg akak letak kat pokok ros tu... saya ada dlm 7 pasu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK BOLEH TAK KAK BG TIP UNTUK TANAMAN ROS DAN BAJA YG AKAK GUNA

      Delete
    2. saya guna baja taik kambing , taik ayam yg ada di jual di nursery

      Delete
  11. Salam kak Nannie,

    saya nak tahu akak beli dekat mane yer pokok bunga ros yang pink fairy, white koster dan damask....saya tengah berjinak2 untuk menanam pokok bunga ros nie.....bila tengok blog akak terus bersemagat.....dan akak guna baja ape yer.....

    ReplyDelete
  12. wlksalm , yg pink fairy dan damask beli kt nursery sungai buloh , white koster dgn kawan . baja taik kambing taik ayam ada jual di nursery pokok

    ReplyDelete
  13. salm kak,bleh x klau nak mitk keratn btang pokok ros yg ader nak tanm gak nih

    ReplyDelete
  14. nk tanya utk semburan penyakit pokoko pakai racun jenis apa??

    ReplyDelete
  15. salam, pokok bunga ros saya diserang sejenis serangga berwarna puteh tapi sangat kecil, habis semua bunga dan daun rosak.nak buat macam mana ya?

    ReplyDelete
  16. cari2 cerita ttg pokok bunga...terjumpa blog ni...cantiknya roses kat sini...terpegun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too ieda..
      Google mengoogle utk tips penanaman ros, jumpa blog sis Nennie..
      Semangat untuk tanam ros dengan seriousnya terus meluas-luap.. hahahaha

      Delete
  17. Salam.Saya dah mula beli bunga ros.Mula2 segar lama2 daun kerinting,kuning dan diserang blackbspot. Tolong bagi tip penjagaan.



    ReplyDelete
  18. Salam.Cantiknya tmn sis.saya minat juga bunga ros ni,tapi kenapa daun pucuknya suka kerinting dan kadang-kadang mati.Boleh bagi tip sikit mcn nak tangani...

    ReplyDelete
  19. Salam sis, saya peminat tegar ros.. tapi baru nak berjinak dengan tanaman ros ni.. boleh tak akak terangkan cmane nak cantas bunga yang telah kembang

    ReplyDelete
  20. askum kak.. wow cantiknya.. segar2 lagi.. geram tgok... camne ek akak jaga.. sya ada juga tanam.. tp xnak tahan lama.. semut suka sgt b sarang dlm tanah.. share la kak cara jg bunga ros ni.. akak letak di tengah panas ke camne..?

    ReplyDelete
  21. cantiknya..terujanya...sy punya tak cantik mcm kakak..huhu

    ReplyDelete
  22. Salam sis,terpegun Raissa tgk roses sis yg menggebu tu,mengancam sungguh.Sis guna baja apa dan mcm mana nk rawat ros yg sakit (ada blackspot dan pucuknyer kerinting)?

    ReplyDelete
  23. kak nanie, cantik sangat bunga2 ros taman kak nanie. saya suka sangat baca blog kak nanis. tak kedekut resipi. rajin sanagt update walaupun resipi paling simple. harap akak jangan berhenti ya

    ReplyDelete
  24. Salam sis..wah bestnya taman akak..roses is evrywhre..pndai akak jga..akak..if u dont mind ble share kt mn fiya bole beli pkok roses y byk jenis mcm akak ni..n cmna nak jga..pleaseee

    ReplyDelete
  25. Excellent ...bagaimana tips penjagaan..

    ReplyDelete
  26. Wah.. Excellent.... tips penjagaan dan any idea for DIY pestiside..

    ReplyDelete
  27. waduuuh bagus sekali tanamannya, saya coba menanam mawar di daerah saya (Riau-Indonesia) agak sulit tumbuhnya...

    ReplyDelete
  28. salam kak, akak xde jual ke keratan pokok bunga ros akak yg cantik2 ni?

    ReplyDelete
  29. Salam K. Nanie,
    Nak tanya mcm mana akak jaga bunga ros akak jadi segar2 macam tu? saya ade 5 pokok ros, tahan 2 bulan lepas tu kena serang dengan macam2 penyakit.sedihnya..racun ape akak pakai ye..

    ReplyDelete
  30. Salam kak... Cantik2 bunga ros kakak... Ble bg tips utk DIY pesticide dan baja?

    ReplyDelete
  31. AsSalam Sis Nennie,

    Saya baru jumpa blog sis, bila saya google cara penanaman bunga ros. Ternyata kita memiliki hobi yang sama.. bezanya saya baru mula berjinak-jinak dengan ros, belum expert lagi seperti sis..

    Salam perkenalan diucapkan.. I'm so happy! Yeay...

    ReplyDelete
  32. Beraneka jenis rose.. Cantik2 bunganya.

    ReplyDelete
  33. sis, nak tanya , sya ni baru berjinak-jinak dgn pokok rose . semalam saya ada beli anak pokok bunga rose , pagi tadi sya tengok pokok tu layu , batang pokok tu dah tukar warna hitam dah , semalam segar je . so sya nak minta pendapat sis la, apa yang patut sya buat dengan anak pokok bunga tu ?

    ReplyDelete