Pages

Monday 27 August 2012

ROS KAMPUNG a.k.a DAMASK

Selamat pagi Isnin..
Dah seminggu kita semua menempuh bulan Syawal . Sambutan 1 Syawal Aidifitri pun dah seminggu berlalu , macam mana pagi Isnin anda semua ? aktiviti pagi saya bermula seawal 5.30 pagi . Saya sempat sahur dan lepas tu kejutkan anak-anak untuk ke sekolah dan masak sarapan , suami saya pergi kerja seawal 6.20 pagi untuk elak kesesakan jalanraya . Lepas hantar anak ke sekolah dan dah sampai rumah terus saya belek pokok-pokok ros saya di laman . Pagi ni saya nak share gambar perkembangan pertumbuhan pokok ros Damask kesayangan saya ni . Ros Damask ni juga dikenali sebagai ros kampung , ros ni wangi sangat serta agak mudah nak di jaga . Ros Damask ni cepat membesar bila dibagi cukup baja , air , cukup sinaran matahari dan paling penting perhatian serta kasih sayang . Jom tengok koleksi gambar ros kampung kesayangan saya ni...

Saya mula bela pokok ros Damask ni semenjak awal bulan Jun lepas , masa beli anak pokok ros ni kecil je kalau manusia tu kita cakap kurus keding la pokok ni . Saya tanam anak pokok ros ni dalam pasu baru yang lebih besar dan alhamdulillah lepas seminggu ditukar pasu dah boleh nampak perubahan positif dan pucuk baru mula tumbuh .

Pokok ros damask ni jenis pokok memanjat jadi dahan dan rantingnya jenis kecil so pokok ni perlukan sokongan rangka kayu atau plastik untuk tumbuh membesar .

Selepas 3-4 minggu dibela pokok ros damask ni mula tumbuh subur dan daun semakin merimbun . Cuba perhatikan pada bahagian tengah pokok kelihatan tunas baru atau dipanggil basal break mula tumbuh . Tunas ni akan tumbuh tinggi dan membesar menjadi batang pokok baru .


Ni la dipanggil basal break atau anak tunas yang akan membesar menjadi batang pokok . Begini la cara pokok ros tumbuh merimbun selalunya basal break ni akan tumbuh pada batang pokok yang besar .


Alhamdulillah selepas 6 minggu pokok ros kampung saya ni menjadi sangat merimbun dengan tunas baru serta keluar banyak kudup bunga . Saya cukup happy dan tenang melihat pokok ros saya ni tumbuh subur . Bela ros ni adalah terapi dan memberi ketenangan pada saya...

Selepas cukup masanya semua bunga ros damask ni kembang dengan sangat cantik syukur alhamdulillah . Bunganya sangat wangi dengan warna bunga yang lembut dan jika kita lalu tepi pasu pun dah bau keharuman ros kampung ni cuma sayang ros kampung ni tak lama kembang selalunya 2 hari saja dan masuk hari ketiga semua kelopak ros ni mula gugur , Begitu la pusingan kehidupan bunga ros kampung ni . Bila dah gugur kelopak saya pun mula la proses mencatas kudup bunga ni dan insyallah selang seminggu mula tumbuh tunas baru .

Begitu cantik ciptaan yang Maha Esa untuk kita .


Cantiknyaa..

Tenang diri saya ni melihat kuntuman bunga-bunga ros ni kembang di laman rumah . Saya suka cium bunga ros kampung ni sebab baunya sangat wangi ros . 

Bunga-bunga ros ni bila dah kembang memang menjadi tumpuan lebah serta serangga la . Jiran-jiran pun tertarik tengok pokok ros ni dan ada juga jiran yang singgah nak tengok pokok ros saya ni . 

My beautiful Damask..

Jom kita tanam pokok ros...

15 comments:

  1. salam nanie...

    Masyaallah ...tersangat cantik.... biasanya ros kampung ni mmg rajin berbunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm Ucu ,ros kampung ni memang cantikkan dan mmg rajin berbunga wangii

      Delete
  2. salam...
    ros ni mmg cantik
    wangi plak tu kan
    dulu mak sy pun ada tanam...
    sy suka petik..mesti dia mengamok...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm ena , hehehe sama la akak pun dulu amsa kecil kalau petik bunga ros mesti mak akak bising , akak geram tgk bunga ros tu hehe

      Delete
  3. cantiknyaaa..subhanallah.
    dapat pokok mcm ni sayang pulak kalau nk balik kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak es , mmg pun saya risau juga kalau pergi cuti atau balik kampung sebelum raya yg lepas alat dripping air so pokok ros saya mmg bersiram sentiasa dan bila balik saya off kan alat dripping air ni

      Delete
  4. Salam lebaran Kak Nannie....seriuss..saya pun melopong tgk pokok rose akak...suburrr dan segar2 semuanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkalm Mat , slmt hari raya aidilfitri , alhamdulillah la pokok ros akak mahu hidup subur , ros damask ni memang jenis berjambak , akak dulu amsa mula-mula ros ni kembang pun melopong juga tengok hehehe

      Delete
  5. Salam kak Nannie, serious cantik.....macam mane akak jaga sampai subur macam nie?boleh tanya akak belik dekat mane yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , ada cara nak pelihara ros ni , saya beli anak pokok di sg buloh dan ada dri nursery sekitar rumah ni

      Delete
  6. Hi, Kak Nannie.........saya Kamala. Salam berkenalan.
    Sedap mata saya memandang bunga dan pokok ros Kak. Rajin Kak jaga.
    Saya pun minat menanam bunga ros ni, masalahnya pokoknya kurang sihat sbb kurang sinaran pagi.
    blog Kak sangat memberi motivasi buat saya, bolehlah saya buat syer ilmu.Bye......

    ReplyDelete
  7. hi Kamala dn selamat berkenalan . sama la hobi kita ya . pokok ros memang perlu cahaya matahari terutamanya cahaya matahari pagi , pasti kan pokok ros dapat sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari dan mesti siram tiap-tiap hari .

    ReplyDelete
  8. mohon tunjuk ajar Nannie, macam mana nak tahu air cukup@tak utk bunga ros yg tanam dlm pasu? adakah siram hingga ada air keluar dr bwh pasu@bagaimana? baru bjinak2 dgn bunga ros ni.tq

    ReplyDelete
  9. Macam mane nak dapatkan benih pokok ros ni..

    ReplyDelete