Pages

Wednesday 1 August 2012

IKAN SIAKAP TUMIS KICAP BERLADO

BAHAN-BAHAN :

1  ekor ikan siakap - dibersihkan
1  biji bawang besar
2  ulas bawang putih
3  biji bawang merah
15 biji cili api
2  biji cili merah
3  cm halia
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukup rasa
Sedikit air - jika perlu
Sedikit daun sup dan bawang
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng ikan sehingga garing kemudian diangkat serta tos dan diketepikan dulu .                          
Bawang merah , bawang putih , halia dan ditumbuk lumat . Cili merah boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja . Panaskan minyak secukupnya dalam 5 sudu besar dan tumis bahan yang ditumbuk . Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar . Masukkan bawang besar yang dipotong nipis-nipis , daun bawang/sup yang dipotong kecil dan sos tiram secukupnya . Masukkan kicap manis dan kacau semua bahan-bahan .
                    
Jika kuah terlalu pekat boleh dimasukkan sedikit air dan kalau mahu kuah ada rasa masam masukkan sedikit air asam jawa . Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula.

Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama dan bila ikan dah bergaul mesra dengan kuah boleh la ditutup api dapur dan hidangkan ikan ni dalam pinggan , taburkan daun sup/bawang dan sedikit bawang goreng .

3 comments:

  1. Cantik gambar ikan tu, Nannie. Ia tambah menampakkan kesedapan masakan tu

    ReplyDelete
  2. TQ ,saya guna camera digital biasa saja ok la kan

    ReplyDelete
  3. SEDAPNYA.. SY KLU BAB MAKAN MEMAKAN MMG NO 1..:)

    ReplyDelete