Pages

Wednesday 15 August 2012

BUBUR GUNTING & PISANG

Dah lama saya teringin nak makan bubur tepung gunting ni yang dicampur pisang berangan so semalam saya masak bubur ni . Alhamdulillah sedap ni...dulu masa saya kecil dan di kampung mak saya selalu buat bubur gunting ni teringat kenangan lama bila makan bubur ni nostalgia.....aduhhhh teringat bondaku.....


BAHAN-BAHAN A :
1 ikat pisang berangan yang dah masak ranum
Gula kabong/gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya
4 cawan santan kelapa - secukupnya
Sedikit biji sago
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

BAHAN-BAHAN B :

2 cawan tepung gandum
air secukupnya
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
sedikit pewarna makanan

CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan B dalam bekas yang sesuai , masukkan sedikit demi sedikit air sampai adunan tepung sebati dan menjadi doh jika doh masih melekit tambah sedikit tepung . Boleh la dicanai doh tepung pada ketebalan yang sesuai kemudian dipotong kecil-kecil . Masak air dalam periuk dan bila air dah mendidih mengelegak boleh la dimasukkan semua kepingan tepung ni dan bila semua kepingan tepung dah timbul boleh ditos dan ketepikan dulu .

Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , garam , biji sagu dan masak sampai kuah mendidih dan biji sago kembang . Sekali-sekala kacau kuah bubur supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi . Masukkan semua buah pisang yang sudah dipotong 2 dan kacau . Bila buah pisang dah masak boleh la dimasukkans emua tepung gunting tadi dan kacau . Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila pisang dan tepung gunting dan cukup masak boleh la ditutup api dapur .

Selepas dah diuli dan tepung menjadi doh boleh la dicanai mengikut ketebalan yang sesuai .


Potong doh tepung ni menjadi kepingan kecil macam dalam gambar ni , saya suka potong kecil-kecil supaya bila dah masak nanti doh ni sedap dimakan kalau potong besar-besar doh ni liat dan tak sedap dimakan...

6 comments: