Pages

Friday, 7 October 2011

Masak lemak cili api nangka muda

Alhamdulillah sedap nangka masak lemak cili api ni yang saya masak untuk kami makan tengahari ni dengan ikan masin , sambal belacan dan ikan tenggiri masak kicap..lagi satu menu simple dari dapur saya...

BAHAN-BAHAN :

Nangka muda secukupnya - direbus sampai empuk
santan pekat secukupnya
1 genggam ikan bilis - dibasuh
1 serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - boleh tambah kalau suka pedas
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:


Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , asam keping , ikan bilis , daun kunyit dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih dan masukkan nangka tadi . Kacau semua bahan-bahan dan masukkan garam secukup rasa . Biarkan sampai nangka masak sebati dengan kuah dan mendidih kemudian boleh la ditutup api dapur . 


* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

Happy birthday sayang..

Semalam birthday Adam yang ke 4 tahun so saya buatkan sebiji oreo cheese cake . Aisyah dan Adlina yang nak makan oreo cheese cake ni Adam ikut saja . Saya cuba resepi baru saya jumpa dari internet nanti saya kongsi resepinya di entry lain ya . So malam tadi lepas dinner kami celebrate birthday dan ambil beberapa keping gambar untuk kenangan insyallah hujung bulan ni saya nak buat birthday party untuk Adam . Happy birthday manja mama sorang ni...

Aksi Adam yang dah penat bergambar dan dah tak sabar nak makan oreo cheese cake tu , tengok la tu senyum pun malas je hehehe..ok la sayang jadi la dapat juga Mama snap gambar dia buat kenangan..

Lepas kakak-kakak usik buat lawak baru la Adam nak senyum..


Saya bersama anak-anak..


Abah dengan anak-anak , saya dah suami berukar-tukar jadi photografer hehehe..

ok la tu je entry ringkas saya di tengahari Jumaat ni..
Ceria selalu ya dan selamat berhujung minggu..

Award The Versatile Blogger

Terima kasih pada adik Nurul dan kak Shima yang sudi bagi saya award ni . Best juga sekali-sekala dapat awardkan . Dulu masa mula-mula berblog selalu juga dapat award tapi sekarang ni acara bagi award and tag ni dah tak rancak tapi apa pun saya happy dapat award ni . Award ni datang sekali dengan homework so sekarang ni saya nak siapkan dulu homework sementara free ni okiess..


Saya copy & paste soalan-soalan award ni dari blog NURUL , akak minta izin ya dik NURUL , thanks..


1. Thank & link back the person who gave you this award
    (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
    (Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
    (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
    (Hubungi semua yang menerima

OK JAWAPAN SAYA :

Soalan 1 - TERIMA KASIH YA KAK SHIMA DAN ADIK NURUL yaaa

Soalan 2 
- Saya seorang yang easy going person . Suka bercakap dan bersembang kalau kena pada topiknya contoh macam kalau jumpa kawan sehobi memang rancak la kami bersembang hehehe . 

- Background dalam bidang seni visual dan seni reka fesyen . Saya sangat-sangat meminati bidang seni halus seperti menghasilkan catan , lukisan dan kraftangan . Sekarang ni saya lebih banyak bagi tumpuan kepada menjahit sulaman smocking . Saya minat juga bidang seni hiasan dalaman dan sekarang ni saya sangat meminati bidang seni masakan pula..

- Warna favorite saya sekarang ialah warna-warna soft tones , earth tones , pastel , warna hitam dan warna pink .

- Memang dari dulu suka masak dan sekarang saya suka cuba masak resepi baru . Kalau melancong ke mana saja destinasi saya akan cuba masakan tempatan tempat yang dikunjungi selagi makanan itu halal .

- Gemar menonton movie , window shopping , membaca , eating-out , melancong/travel , kumpul pinggan mangkuk lama .

- Sekarang ni hobi saya kumpul pinggan mangkuk lama/antik/vintage . Terpesona dengan corak/bentuk pada pinggan mangkuk lama selain nilai sejarah pada porcelian lama ni lagi satu bila tengok dan belek pinggan mangkuk lama ni membuatkan saya teringat kenangan nostalgia lama masa kecil dulu hidup bersama keluarga di kampung . Selain kumpul pinggan mangkuk lama sebagai hobi saya juga berniaga dari rumah menjual pinggan mangkuk lama yang sekarang ni mendapat pemintaan yang tinggi dari pengumpul tegar .Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang saya perolehi dari berniaga secara kecil-kecilan dari rumah .

- Cita-cita untuk masa depan saya nak buat kelas jahitan smocking dan juga kelas masak di rumah insyallah semoga impian saya ni dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ni , amin . 

Syarat/soalan seterusnya saya perlu tag 15 kawan..tapi saya tak tag lah dan saya panjangkan award ni kepada semua pembaca blog saya ni . Kepada yang sudi silakan amik award ni ye....

So , ok la sampai sini dulu untuk entry saya di pagi Jumaat ni dan saya nak ucapkan terima kasih sekali  buat kak Shima dan adik Nurul atas ingatan dan sudi nak anugerahkan award ni , terharu sangat dan happy saya menerimanya....daaa tata....assalamualaikum...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU YA..

Thursday, 6 October 2011

SELAMAT HARI LAHIR MUHD ADAM

Muhd Adam Affandey , putera sulung kesayangan Abah dan Mama..
Adik kesayangan buat kak Aisyah dan kak Adlina..

Hari ni pada pukul 7.54 pagi Muhd Adam genap 4 tahun.....banyak sangat kenangan manis yang tercipta dari saat awal saya tahu saya pregnant sehingga saat pertama kali saya melihat denyutan jantung Adam melalui mesin scan sehingga la detik mendengar tangisan pertama Adam ketika melahirkan dia . Syukur Alhamdulillah dengan pemberian Allah Taala buat kami sekeluarga seorang anak lelaki yang memberi cahaya kebahagiaan hingga saat ni..

Syukur alhamdulillah kerana saya dapat membesarkan Adam dari hari pertama dia dilahirkan sehingga saat ni 24/7 Adam sentiasa di depan mata saya , perasaan puas hati dan kebahagiaan yang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata . Begitu pantas masa bergerak Adam dah masuk zaman kanak-kanak insyallah tahun depan Adam dah boleh mula bersekolah tadika pula . Mama sentiasa mendoakan hanya yang terbaik buat anak bongsu Mama ni...semoga Adam menjadi anak yang soleh dan sentiasa dirahmati oleh yang Maha Esa , amin .

Muhd Adam Affandey permata hati Mama , masa ni baru berumur 21 hari..

My precious Adam..

From the moment of your birth

You`ve been the treasure of my heart

You are my son , my dearest one

No greater joy my life could bring

That to give my life away

For all I give , is then for you

My heart of love on your birthday

You bring pride to the family ,joy to the heart

You are a blessing and a love forever....


Gambar ni diambil pagi tadi Adam dah 4 tahun laaa..

HAPPY BIRTHDAY SAYANG...

HUGS AND KISSES FROM ABAH , MAMA , KAK AISYAH & KAK ADLINA..