Pages

Wednesday 20 May 2015

kek coklat pisang

Jumpa resepi kek ni di joyofbaking.com , senang dimasak dan sangat sedap kek ni . anak-anak saya suka sangat makan kek ni alhamdulillah ^_^ Kek ni boleh dihias dgn coklat ganache atau dimakan begitu sahaja .


BAHAN A - diayak :

245 grm tepung gandum
400 grm gula
75 grm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil garam

BAHAN B:

2 biji telur grade A
1/2 cwn minyak sayur
1 cwn air suam
1/2 cawan susu full cream milk - dlm kotak
1 sudu kecil esen vanilla


Saya ubah sikit resepi mengikut selera kami . Saya hanya guna 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu baking powder , utk resepi asal kek boleh klik link - http://www.joyofbaking.com/ChocolateBananaCake.html

Cara Membancuh adunan :

Re-heat oven pada suhu 180'C 

Ayak semua bahan A dan ketepikan dulu kemudian campur semua bahan B dalam mangkuk dan digaul rata ( masukkan 2 biji telur dulu dalam mangkuk dan pukul sekejap saja macam nak buat telur dadar ) . 

Masukkan sedikit demi sedikit semua bahan B ke dalam bahan A dan terus gaul bagi semua bahan sebati , boleh juga digunakan whisk untuk kacau semua bahan ni . Bila sudah digaul rata boleh la dimasukkan adunan dalam loyang pembakar yang sesuai dan bakar adunan kek selama 40-45 minit atau sehingga kek masak . Bila kek dah masak boleh la sejukkan dulu sebelum kek dihias .

2 comments:

  1. Tengok kek je terus terliur... Ni kalau buat mesti hubby suka ni... Tq for the resepi sis...
    Done follow urs... Do follow mines too www.waniameen.blogspot.com

    Salam Perkenalan ye sis

    ReplyDelete
  2. terima kasih follow. akak cari blog wanie tapi tak jumpa maybe ada kesilapan kt link blog wanie tu

    ReplyDelete