Pages

Tuesday 12 May 2015

Handsome boy si Nestum

Pagi ni saya share gambar kucing jantan saya yang dah berumur setahun ni si Nestum yang gagah , manja , debab dan sangat cool . Nestum ni kuat makan sebab tu Nestum debab dan bolat ^_^ senang nak bela Nestum ni sebab tak fussy hal makan , pembersih dan manja dengan kami anak-beranak ^_^ 

My sayang , abang sador Nestum . A happy cat is a healthy , cool and debab cat hehehe . Rutin harian Nestum adalah makan, minum, tidor dan main selain ke toilet 3-4 kali sehari . Nestum cukup suka kalau dibelai gosok bahagian dekat kepala dan tengkok . Pagi-pagi Nestum dah siap tunggu dekat mangkuk makanan sebab Nestum dah lapar macam mana la tak debab setiap kali mangkuk makan di isi makanan Nestum dan siap tunggu hehe


Sekarang ni Nestum semakin debab dan bulu di bahagian tengkuk Nestum jadi makin lebat lepas dimandulkan beberapa bulan lepas . Lepas dimandulkan baru la keadaan Nestum tenang dan happy . Beberapa bulan lepas sebelum dimandulkan Nestum memang agak agresif sebab Nestum dah mula on heat atau dah mula nak mengawan . Saya minta nasihat doktor haiwan cara terbaik untuk bagi Nestum lebih releks dan tenang so doktor haiwan memang cadangkan Nestum di mandulkan . A happy cat is a chubby and healthy cat ^_^


My handsome boy Nestum..


Handsome kan saya ni hehehe...


Tengok tu atas akuarium pun Nestum boleh duduk . Nestum cukup suka tengok ikan-ikan dalam akuarium ni . Dulu masa masih kecil Nestum suka duduk di sebelah akuarium ni sambil perhatikan ikan-ikan yang ada dalam akuarium dan kadang-kadang Nestum letak/sapu tangan/kaki depannya seolah-olah macam nak cuba tangkap ikan dalam akuarium ^_^ gelagat Nestum memang sangat comel dari dulu masa baby dan sampai la sekarang ni . 


Nestum dengan adik kandung nya si adorable Adora . Jarak umur Nestum dengan adora adalah 5 bulan . Kami beli Nestum dengan Oyen pada awal awal bulan Ogos 2014 dan adora pada bulan Febuari 2015 . Kami beli dari orang yang sama , saya lebih suka beli kucing DLH dengan penjual kucing yang sama sebab saya dah tau kualiti kucing yang dijual adalah sihat insyallah . Sekarang ni ada ramai orang jual kucing especially di group kucing di facebook atau mudah.com tapi saya lebih suka beli kucing yang saya dapat tengok sendiri depan mata sebabnya saya dapat belek kucing tu untuk tahu keadaan kucing serta tahap kesihatan kucing yg nak dibeli , kalau tengok dari gambar ni kadang-kadang kita tak nampak keadaan sebenar kucing itu . A healthy cats is a happy cats , we love our cats so much ^_^


Nestum ni memang laaaa.. Mama minta dia posing tengok sini Nestum boleh tengok dinding . Tu kira dah tahap malas Nestum la tu ^_^ . Jelas kelihatan kebolatan bahagian belakang baan Nestum ni , tengok la bulu ekor Nestum yang gebusss tu . Nestum dengan adik Adora ^_^

No comments:

Post a Comment