Pages

Thursday 20 November 2014

Cuti hujung minggu di Cameron Higland

Baru-baru ni saya dan anak-anak mengikut DH yang berkursus dan ada sambutan famili day office suami di Cameron Highland . Tak ramai pengunjung sebab masa kami pergi tu di pekan Ringlet di landa banjir besar . Cuaca di Cameron pun dah tak sejuk sangat dan semakin luas tanah serta lereng bukit yang di terokai untuk pertanian dan pembinaan bangunan . Masa dalam perjalanan naik ke Cameron dari Simpang Pulai pun ada 3 tebing runtuh tapi sebab masa kami naik tu waktu hampir gelap nak malam jadi pemandangan kurang jelas tapi bila masa balik turun baru la kami nampak betapa besarnya kawasan tanah tebing yang runtuh tu . Gerun saya tengok keadaan tebing yang runtuh tu . Jalan 2 laluan sudah jadi satu laluan kerana tebing runtuh . Kami kena tunggu giliran untuk melalui jalan , masa waktu tunggu tu memang saya sangat takut dan saya berdoa jangan la terjadi kejadian yang tak baik , syukur alhamdulillah kami selamat turun . Rasa nya kalau tak ada hal mustahak kami tak akan naik ke Cameron Highland sebab saya dan suami bimbang tengok keadaan jalan dengan tanah runtuh di tebing yang curam beratus meter tu . 

Macam biasa kalau dah jalan-jalan saya akan ambil banyak gambar untuk kenangan , bila ke Cameron kami mesti singgah deretan gerai di Kea farm yang banyak jual sayur-sayuran , buah-buahan , seronok kat situ sebab saya sangat suka tengok sayur-sayuran yang segar . Kami juga jalan-jalan di sekitar Tanah Rata , ladang teh dan Ringlet . Alhamdulillah untuk percutian 3 hari 2 malam kami ni .

Hujan turun agak lebat pada malam kami sampai ke Cameron , hujan sampai ke pagi so pada hari pertama kami di Cameron Highland cuaca sejuk sampai ke tengahari . Dalam gambar ni kami di Mardi , bila di Cameron kami pasti ke Mardi ^_^


My precious

Best tengok deretan sayur kobis ^_^


Tempat wajib di kunjungi bila di Cameron iaitu gerai jual sayur di Kea Farm .


Tak ramai pengunjung di Cameron Highland.


Suka la tengok deretan bunga kobis warna ungu dan yg biasa ni .


Suka suka suka ^_^


Cantiknya sayur-sayuran yang dijual , geram saya tengok dan kalau ikut hati semuanya saya nak beli hehe ^_^


Selonggok RM10 ^_^


Pokok unik ni buahnya macam belon , cantik .


Bunga matahari yang dah matang , biji benih dah hitam .


Suka suka suka ^_^


Kami di Mardi masa ni.


Banyak gambar sayur saja la entry saya kali ni ^_^


Sukanya saya bila ke Kea Farm ni , suka tengok macam-macam jenis sayur , ubi dan buah-buahan yang dijual segar ^_^

So fresh kalau dapat beli terus masak mesti lagi best ^_^


Sangat cantik pemandangan di ladang teh Bharat ni , sayup mata memandangan . Berangin saja kat sini angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup nyaman  ^_^


DH dengan anak-anak ^_^


Di ladang teh Bharat , bila di Cameron memang kami mesti singgah sini untuk minum teh dan melihat pemandangan yang luas dan sangat cantik ni .

Kali pertama saya jejak kaki di Cameron Highland adalah pada tahun 1986 ketika berumur 14 tahun , masa tu cuacanya sungguh sejuk . Saya ke sana bersama famili arwah kak Anis , seronoknya saya dapat jalan-jalan ke Cameron Highland masa tu sebab suasananya yang cukup tenang . Kemudian kali kedua saya ke sana pada tahun 1988 bersama keluarga arwah kak Anis dan k Amy , kami duduk beberapa hari di Strawberry Park . Seronoknya masa tu bila dapat bercuti bersama famili untuk beberapa hari di Cameron sebab suasana di sana yang sangat tenang dan mendamai kan . Pada tahun 2011 baru saya dapat ke Cameron bersama keluarga sendiri . Kami nak dari Kota Baharu hendak balik ke Puchong jadi suami ikut jalan Gua Musang naik ke Cameron dan bila sampai saja di simpang Brinchang saya terus terkejut tengok kawasan pertanian yang terlalu luas di kawasan itu dan sepanjang perjalanan nak ke pekan Tanah Rata . Habis tanah tebing di tarah jadi kebun sayur bermakna banyak la pokok-pokok di tebang dan hutan diterokai , sedihnya . Pada tahun 2012 kami pergi lagi ke Cameron Higland dan kami balik melalui Ringlet terus ke Tapah . Masa lalu di kawasan Ringlet saya tengok kolam besar yang dulunya air dalam kolam tu cukup hijau kebiruan tapi dah bertukar menjadi coklat bermakna air dalam kolam tu dah penuh dengan tanah merah yang dibawa oleh hujan dari kawasan bukit berhampiran yang sudah digondolkan , kawasan di Ringlet penuh dengan kebun sayur . Tahun sudah terjadinya banjir sampai ada yang terkorban dan baru-baru ni pun banjir lagi serta ada yang lagi orang yang terkorban . 2 minggu sudah kami ke Cameron dengan perasaan yang sedih kerana kejadian banjir di Ringlet . Apa nak jadi pada masa depan Cameron Highland :(

25 tahun dulu masa saya muda remaja kalau di sebut Cameron Highland pasti terbayang kehijauan flora dan fauna serta suasana damai sejuk tapi sekarang ni di sebab kan pembangunan yang terlalu banyak sikit demi sikit dah hilang bukit-bukau hijau di Cameron Highland , sedih la saya tengok . Apa akan jadi pada Cameron Highland jika keadaan pembangunan macam sekarang ni di terus kan , habis kawasan hutan di gondolkan , hutan diterokai kemudian ditarah bukit menjadi lereng untuk penanaman sayur dan juga untuk pembinaan bangunan . Tapi masih belum terlambat jika pihak berwajib cepat bertindak dan hentikan terus penerokaan hutan . Doa saya semoga keadaan Cameron Highland akan dapat dipulihkan , masih belum terlambat bagi pihak berwajib bertindak untuk memulihara hutan dan persekitaran di puncak bukit itu , kembalikan Cameron Highland yang indah , damai dan tenang itu .

1 comment: