Semalam untuk famili gathering saya masak soto daging tetel campur tulang alhamdulillah menetapi citarasa famili saya , seronok sangat bila dapat berkumpul adik-beradik cuma kakak saya kak Nor tak dapat kumpul sekali kalau tidak mesti lagi best family gathering semalam ^_^
Alhamdulillah TQ ALLAH for a very happy day ^_^
Hari ni baru saya ada kesempatan untuk saya buat/masukkan entry resepi ke dalam blog saya ni selepas 2 minggu berjimba gumbira ria sambut Aidilfitiri hehe sampai hilang juga la mood nak masuk entry resepi di blog sendiri . Sejak 1 Syawal sampai la semalam kami sekeluarga beraya sakan dari kampung suami sampai la ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan . Syukur alhamdulillah..
Soto daging tetel campur tulang
4 helai daun pandan disimpul
BAHAN-BAHAN DIKISAR :
BAHAN-BAHAN :
700 grm daging tetel/cincang - boleh tambah
1 kg tulang lembu
Bihun secukup - dicelur
Nasi impit secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Daun sup secukupnya - diracik halus
Daun bawang secukupnya - diracik halus
2 peket sup bunjut
400 grm taugeh-dicelur
1 peket besar suhun - digoreng
3 batang serai - saiz besar di titik4 helai daun pandan disimpul
2 liter air - boleh tambah atau kurangkan
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN DIKISAR :
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1.5 inci halia
5 ulas bawang putih
1.5 inci halia
BAHAN REMPAH DIKISAR HALUS :
1 1/2 sudu besar ketumbar biji
1 1/2 sudu besar jintan putih
1-2 sudu besar lada hitam
*Semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit atau sampai wangi dengan api sederhana besar dan kemudian semuanya dikisar sampai halus .
*Rempah ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera sendiri .
*Rempah ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera sendiri .
BAHAN SAMBAL KICAP :
10 biji cli api
3 ulas bawang putih
sedikit garam
Kicap manis secukupnya
3 ulas bawang putih
sedikit garam
Kicap manis secukupnya
CARA MEMASAK KUAH SOTO :
-Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar , goreng sehingga wangi dan kemudian masukkan pula masukkan semua air dalam periuk bersama dengan semua tulang dan daging tetel yang sudah dibersihkan serta dipotong kecil . Masukkan daun pandan , serai , sup bunjut serta rempah yang sudah dikisar tu dan kacau sekejap , biarkan sup mendidih dan sampai daging masak serta empuk . Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup/bawang yang sudah diracik halus-halus.
- Cara buat sambal kicap , tumbuk semua cili api , bawang putih sampai lumat kemudian masukkan ke dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan kicap secukupnya , gaul rata .
-Goreng suhun , celurkan bihun serta taugeh dan potong nasi impit kemudian boleh la dihidangkan bersama sambal kicap dan kuah soto ni .
- Cara buat sambal kicap , tumbuk semua cili api , bawang putih sampai lumat kemudian masukkan ke dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan kicap secukupnya , gaul rata .
-Goreng suhun , celurkan bihun serta taugeh dan potong nasi impit kemudian boleh la dihidangkan bersama sambal kicap dan kuah soto ni .
untuk pergedil tu, boleh tak kentangnya di rebus saja tanpa digoreng?..
ReplyDeletekentang tu kalau di rebus pun boleh
Deletesalam..
ReplyDeletesedapnya makan soto..telan air liur tengok..huhu..apapun, selamat hari raya..
wlksalm , alhamdulillah sedap . selamat hari raya
Deletekak, nak taya resepi soto tu utk brapa orang makan?
ReplyDeleteuntuk 30 org makan
ReplyDeleteboleh juga dijadikan sebagai kuah utk mi / beehoon sup kan sis?
ReplyDeleteKalau daging diganti ayam pun blh yer kak?
ReplyDeleteboleh , ayam pun sedap
ReplyDelete