Pages

Friday 30 August 2013

Pokok Hoya ' Shooting Star '

Assalamualaikum , pagi ni saya nak share gambar pokok Hoya 'Shooting Star' . Kali pertama tengok pokok hoya di fb kawan terus buat saya terpikat dan saya pun mula cari pokok Hoya ni . Sekarang ni saya ada 7 jenis pokok Hoya . Saya suka sangat tengok bunga Hoya kerana keunikan bentuk dan warna bunganya . Bentuk daun hoya pun unik lain dari tumbuhan yang biasa saya jumpa . Saya banyak buat reseach tentang pokok Hoya ni dan alhamdulillah setakat ni semua pokok Hoya yang saya jaga hidup subur dan berbunga . Saya C&P sedikit info tentang pokok Hoya dari blog MARDI . 

Nama pokok Hoya dalam gambar ni ialah 'Shooting Star' dan saya dah 2 bulan saya jaga pokok ni alhamdulillah pokok Hoya ni dah berbunga , cantik dan unik sangat bunga Hoya ni .


Putik bunga Hoya 'Shooting Star'


Bunga Hoya 'Shooting Star ' dah kembang , cantikkan ^_^

Hoya adaiah tumbuhan tropika malar hijau daripada familiApocynaceae (nama lainAsclepiadaceae) yang sebilangan besar ahlinya tumbuh secara menjalar. la menumpang di pohon besar di dalam hutan dengan memanjat melilit atau berpaut menggunakan akar yang tumbuh pada setiap ruas di sepanjang batang. Hoya adalah antara tanaman tropika eksotik popular di Eropah seawal tahun 1800-an lagi. Hoya Carnosa dipercayai antara spesies paling awal ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Tumbuhan hoya berpotensi untuk dikembangkan sebagai tanaman hiasan bernilai tinggi kerana bunga dan rupa bentuk keseluruhan yang unik dan menarik. Kepelbagaian rupa bentuk hoya semakin bertambah dengan wujudnya banyak hibrid dan kacukan buatan komersial bagi memenuhi permintaan peminat tanaman yang kian meningkat.
Habitat semula jadi hoya ialah di Asia Tenggara, selatan China dan utara Australia. Setakat ini, 200 spesies Hoya telah dikenal pasti di seluruh dunia. Bagaimanapun, bilangan yang sebenar dipercayai jauh lebih daripada angka ini memandangkan banyak lagi spesies hoya yang belum dijumpai khususnya di hutan Indonesia dan Malaysia.
Hoya sangat mudah dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang berbanding dengan semaian biji benih. Keratan batang yang mengandungi sehelai daun boleh ditanam di dalam medium gambut yang lembap pada suhu 45 darjah Celsius bagi memudahkan percambahan tunas. Bagi mempercepat pertumbuhan akar, hujung keratan boleh ditaburkan serbuk perangsang akar sebelum ditanam.
Cantikkan..

Sangat-sangat unik dan cantik , bunga Hoya ni keras macam plastik hehe

2 comments:

  1. Hi Kak,

    tumpang tanya, macam mana cara akak jaga bunga ros dan bunga2 lain? ada sembur bahan kimia utk elak serangan serangga? Saya ada pokok ros 1, bila ros baru nak keluar mmg cantik. lepas keluar, dlm 1-2 hari, kelopak dia biasa longgar dan jatuh berderai. agaknya apa masalah ni?

    Siti

    ReplyDelete
  2. saya pun mula jatuh hati dgn hoya.. skrg tengah semai di rumah..

    ReplyDelete