Majlis Pernikahan anak saudara saya , Alia dan Aizu ni dah lama berlangsung pada 8/6/2013 tapi hari ni baru saya dapat buat n3 sebabnya lepas beberapa hari majlis kenduri kamera saya jatuh dan rosak tak boleh nak on so kamera saya masuk wad di Hospital Panasonic sampai sebulan . Beberapa hari sebelum Aidilfitri baru la saya dapat balik kamera saya ni , alhamdulillah .
Alia ni adalah anak sulung kepada kakak saya , kak Junn dan abg Roslan . Syukur alhamdulillah majlis pernikahan berlangsung dalam suasana yang sangat meriah , Kami 6 beradik bersama emak sama-sama meraikan hari bahagia Alia dan Aizu ni dengan rasa penuh kesyukuran dan gembira . Makcik Nannie dan pakcik Fendi mendoakan semoga Alia dan Aizu akan bahagia dunia & akhirat . Buat kak Tie dan abg Lan sekeluarga , tahniah nannie ucapkan sebab dapat ahli keluarga baru kami tumpang happy alhamdulillah .
Alia yang cantik berseri-seri duduk bersimpuh di pelamin .
Pelamin yang sangat cantik , tema bunga-bungaan so sweet..
Cantik berseri-seri anak sedara saya ni....
Selepas majlis selesai , Kak Tie dan Abg Roslan bergambar sekeluarga , syukur alhamdulillah .
Aizu dan Alia , sesi bergambar bersama famili....syuku alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar kami pun tumpang happy .
cantik , i like..
happy birthday Mama & sweetie Mariam...muahhh..
Cousins - anak-anak saya bersama sepupu, happy dapat berkumpul meraikan hari pernikahan kakak sepupu mereka kak Alia ^_^
Pelamin yang cantik bertema taman di pentas Dewan Sivik , PJ .
Adlina dan Aisyah di pelamin yang sangat cantik ..
Kami sekeluarga sedondon pakai baju tema warna pink untuk majlis pernikahan Alia dan Aizu .
Adam dengan Mariam dan Rohime
Kenduri di sebelah pihak suami Alia .
Cantik sungguh Alia pakai baju dari kain lace tona warna biru jalan beriringan dengan Aizu yang segak berbaju melayu . Semoga Alia dan hubby bahagia bersama sehingga akhir hayat , amin .
Buat Alia dan Aizu ,
Senyum diberi mesra sentiasa
Bersulam bicara pujukan berayat
Hidup sejahtera aman sentosa
Semoga bahagia ke akhir hayat