Pages

Saturday 6 July 2013

Kacang bendi dari taman Nannie

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu . 

Pagi ni saya nak share gambar kacang bendi yang saya petik dari laman rumah saya ni . Saya memang suka bercucuk tanam tak kira apa jenis pokok , pokok bunga atau sayur-sayuran . Memang dah lama saya impikan untuk bercucuk-tanam bila kami pindah ke rumah sendiri ni dan alhamdulillah tercapai juga impian saya tu ^_^

Saya beli anak pokok bendi dari nyonya di pasar tani Bandar Salak . Macam-macam anak pokok nyonya jual ada pokok terung , bendi , betik , kacang botor , daun kunyit . Rambang mata saya kalau boleh semua nak di beli tapi saya beli anak pokok bendi dulu dan nak cuba tanam . Tiap-tiap pagi saya siram dan tengok perkembangan pembesaran pokok kacang bendi saya ni . Seronok la tengok pokok yang saya tanam ni mau hidup dan makin tinggi serta sihat . Lepas 4 minggu pokok bendi mula berbunga dan keluarkan putik kacang . Dalam 2 - 3 hari putik kacang jadi besar , kadang-kadang tu saya tak perasaan bila putik kacang membesar sedar-sedar je dah boleh di petik happyyyy laaa....Alhamdulillah ...

Syukur alhamdulillah , gembiranyaaa...


Dalam gambar ni anak pokok bendi dah berusia dalam 2 minggu , pokok kacang bendi ni cepat membesar . Saya siram sekali sehari dan bagi baja taik ayam kalau hari terlalu panas saya siram 2 kali sehari - pagi dan petang . Senang nak bela pokok kacang bendi .


Selepas sebulan haaa pokok bendi dan besar dan mula berbunga serta keluar putik kacang bendi . Masa ni tiap-tiap hari saya belek sebab seronok sangat tengok pokok bendi yang saya tanam mau hidup . 


Saya tambah tanah baja hitam kelapa sawit , tanah hitam ni sangat kaya dengan nutrien . Tuuu nampak kan buah bendi yang dah mula besar , gumbiranya saya bila tengok buah kacang bendi bederet je beratur tumbuh pada batang pokok bendi ni ^_^


Bunga bendi dan kacang bendi , syukur alhamdulillah .


Cantikkan..


Saat yang dah lama saya nanti kan bestnyaaa dapat petik kacang bendi ni , berbudi pada tanah insyallah pasti akan mendapat hasilnya . Kacang bendi ni ditanam cara organik sebab saya tak guna racun kimia atau pun baja kimia . Kacang bendi ni special laa rasanya sangat fresh dan manis ^_^


Anak-anak saya pun happy tolong Mama petik kacang bendi . Anak-anak saya jakun kejap macam tak percaya je tengok Mama petik kacang bendi . Masing-masing berebut nak pegang kacang bendi hehe , pengalaman baru untuk anak-anak saya tengok sayur-sayuran tumbuh di dalam kawasan laman rumah . 


Adam kira berapa banyak kacang bendi yang Mama dapat petik ^_^


Terbaikkkk......

BERBUDI PADA TANAH INSYALLAH AKAN MENDAPAT HASIL..

6 comments:

  1. bestnya..ada lama...
    kite dok apartment je..
    tanam pun dlm pasu..
    tu pun hidup segan mati x mau...hahhaha

    mmg freshhhh je nampak bendi tu...
    sedapnya wat kari ikan tenggiri...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cida , alhamdulillah mmg best . saya bercucuk tanam sayur ni sebab nak bagi anak-anak tengok dan belajar , pengalaman baru utk anak-anak . saya dulu amsa kecil mmg selalu tengok dan tolong mak saya bila dia berkebun jadi kalau boleh saya nak anak-anak dpt pengalaman yg sama , doa saya semoga bila besar anak-anak saya pun suka bercucuk-tanam , insyallah

      Delete
  2. As salam Nannie,

    Bendi yg ditanam ni nampak spt baka bendi singa. Buah bendi singa bersaiz besar dan panjang. Pokoknya juga boleh naik sehingga melebihi 2 meter jika tak dipangkas dan paling baik, ia akan mengeluarkan hasil selama 6 bulan berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm Adry , terima kasih ya bagi tau jenis buah bendi yg saya tanam ni , bestnya pokok bendi ni boleh tahan sampai 6 bulan ya insyallah

      Delete
  3. Salam Nani..
    Rajin betoi noh....macam-macam ada..dulu tanam pokok bunga ros..la ni sayuq pulak...:)

    ReplyDelete
  4. Saya pernah tanam pokok bendi.bila dh tua pokok 2 sy cantas biarkan dlm 3 kaki.nanti tumbuh tunas baru.pokok jd muda blk.selamat mencuba.

    ReplyDelete