Pages

Friday 21 September 2012

Ikan siakap masam manis ala Thai

Selamat pagi Jumaat...


BAHAN-BAHAN :

1  ekor ikan siakap - dibersihkan
1 tin nenas - simpan jus
1  biji bawang besar
2  ulas bawang putih
3  biji bawang merah
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
4 helai daun limau purut di siat
2 batang serai - dititik
2 biji buah tomato
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan nampla
2 sudu besar sos cili
5 biji cili api
Sedikit jus limau nipis - jika perlu
Sedikit daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng ikan sehingga garing kemudian diangkat serta tos dan diketepikan dulu .                          
Bawang merah , bawang putih , halia , lengkuas ditumbuk lumat dan serai di titik . Potong semua buah tomato menjadi ketulan kecil dan bawang besar dipotong membulat serta racik daun ketumbar . Potong buah nenas menjadi kiub .
                    
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi serta dikacau . Bila dah wangi masukkan cili kisar dan cili api yg dibelah 2 serta dikacau rata . Bila cili sudah masak dan pecah minyak masukkan semua buah tomato bersama cili sos , sos nampla , sos tiram , daun limau purut dan dikacau rata . Masukkan semua daun ketumbar dan buah nenas serta jus buah nenas secukupnya . Masukkan garam dan gula secukup rasa serta boleh dirasa sos jika kurang masam baru ditambah jus limau nipis . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . 

Bila kuah sudah mendidih dan sudah sedap ikut selera sendiri boleh la ditutup api dapur serta terus tuang kuah ni ke atas ikan siakap . Elok dihidang dan dimakan juadah ikan ni sebaik saja dimasak baru la sedap .

No comments:

Post a Comment