Pages

Saturday 22 September 2012

Bunga ros 'CHENTA' yang cantik menawan

Pagi Sabtu ni saya nak share lagi gambar bunga ros di taman ros saya ni . Bunga ros ni diberi nama 'chenta' oleh kawan-kawan yang sama hobi bela pokok ros . Saiz bunga ros ni sebesar tapak tangan bila dah full bloom dan sangat cantik . Kelopaknya berlapis-lapis dengan kombinasi warna merah jingga yang sangat  menarik perhatian . Bau bunga ros ni lembut saja dan yang paling best pokok ros ni senang dijaga serta cepat membesar . 

Hobi memelihara pokok ros adalah terapi yang bagi saya tenang dan happy . Setiap pagi saya memang tak sabar nak tengok pokok ros saya ni dan setiap hari banyak kali saya keluar ke laman belek pokok dan bunga ros .  Pokok ros juga adalah 'makhluk' ciptaan ALLAH yang hidup dan ada 'nyawa' serta semangatnya sendiri jadi jika kita jaga dgn baik , belai serta beri kasih sayang yang secukupnya insyallah pokok ros kita akan hidup subur dan berzikir untuk kita , insyallah . Jom la tanam pokok ros....

Pokok ros 'chenta ' kesayangan saya yang semakin besar , subur dan tinggi . Bila sekali berbunga berkuntum-kuntum serta menyeri kan laman rumah saya ni , alhamdulillah . Bila bercerita tentang bunga ros ni secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kita dengan ALLAH kan . Sebab ianya berhubung kait...antara Pencipta dengan Makhluk CiptaanNya . Bila melihat pokok ros saya membesar dgn subur menjadikan saya seorang insan yang lebih bersyukur kerana di beri peluang memelihara pokok ros yang memberi kecerian dalam hidup saya ni . Sesiapa yang sentiasa bersyukur atas nikmatNya...ALLAH TAA`LA akan tambah lagi dan lagi .

Ros ni tak lama kembang dalam 3 hari saja dan lepas tu kelopaknya mula layu , begitu la putaran kehidupan setiap yang hidup bernyawa di dunia ni..


Sangat cantik kan ros chenta ni  yang sentiasa menarik perhatian si lebah..


Sooo beautiful...tak jemu dipandang dan dibelai..


Foto dari sisi bunga ros kelopaknya berlapis-lapis...


Punya la banyak lapisan kelopak ni cantikkan dan kalau dah pegang bunga ros ni memang lama la saya tenung lepas tu cium dan belai-belai , cukup cantik serta menawan kan...

8 comments:

  1. salam kak nannie..sye imm..saye tengah belajar nak bela ros saiz besar.sebelum ni ade mini ros je.tu pun dah 2,3 pasu meninggal dunia :'(..haritu husband belikan ros saiz besar.pagi tadi tengok tunas2 die macam kering,ada ranting yang dah mati.sedihnya.nak cantas tapi takut makin kering n mati sepokok pulak.risaunye.akak ada petua tak nak buat camane tak?thanx akak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm imm , kalau boleh jgn beli mini ros dari cameron mmg kurang sesuai dgn cuaca kita di bawah ni kalau di tanah tinggi mmg elok mini ros hidup.

      1. pokok ros perlu didedahkan pada cahaya matahari sejak awal pagi sekurang2nya 8 jam
      2. jangan susun pokok ros kat bawah tempat teduh
      3.cantas semua ranting kering .

      akak rasa imm kena dedahkan pokok ros imm pada cahaya matahari kemudian siram pokok sekali sehari saja ,bagi baja taik kambing yg dah diproses ada dijual di nursery pokok , insyallah ya kalau nak akak ajar lagi kita kena la jumpa susah juga nak cerita di sini

      Delete
  2. Salam kak nannie...bila akak pos pasal rose, terus saya dtg, sebab teruja sangat tgk pokok2 rose akak yg subur dan kembang mekar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm Mat Gebu ,

      ye ke terima kasih la Mat singgah blog akak ni , alhamdulillah pokok ros kaka mau subur :)

      Delete
  3. Cantiknya bunga Ros di taman Nannie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MamaFami , syukur alhamdulillah

      Delete
  4. salam kak Nannie....cam mana nak bagi pokok2 rose ni gemuk2....n daun2 dia hijau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , bagi baja organik beli baja taik ayam yg dah diproses ada dijual kt nursery pokok , cuba letak 2 sudu besar dalam setiap pasu saiz 4 isnyallah ya kemudian pasti kan pokok di letak pada tempat kena cahaya matahari sejak awal pagi , pokokr so perlukan 8 jam cahaya matahari , siram tiap2 hari

      Delete