Pages

Sunday, 23 September 2012

Saturday, 22 September 2012

Bunga ros 'CHENTA' yang cantik menawan

Pagi Sabtu ni saya nak share lagi gambar bunga ros di taman ros saya ni . Bunga ros ni diberi nama 'chenta' oleh kawan-kawan yang sama hobi bela pokok ros . Saiz bunga ros ni sebesar tapak tangan bila dah full bloom dan sangat cantik . Kelopaknya berlapis-lapis dengan kombinasi warna merah jingga yang sangat  menarik perhatian . Bau bunga ros ni lembut saja dan yang paling best pokok ros ni senang dijaga serta cepat membesar . 

Hobi memelihara pokok ros adalah terapi yang bagi saya tenang dan happy . Setiap pagi saya memang tak sabar nak tengok pokok ros saya ni dan setiap hari banyak kali saya keluar ke laman belek pokok dan bunga ros .  Pokok ros juga adalah 'makhluk' ciptaan ALLAH yang hidup dan ada 'nyawa' serta semangatnya sendiri jadi jika kita jaga dgn baik , belai serta beri kasih sayang yang secukupnya insyallah pokok ros kita akan hidup subur dan berzikir untuk kita , insyallah . Jom la tanam pokok ros....

Pokok ros 'chenta ' kesayangan saya yang semakin besar , subur dan tinggi . Bila sekali berbunga berkuntum-kuntum serta menyeri kan laman rumah saya ni , alhamdulillah . Bila bercerita tentang bunga ros ni secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kita dengan ALLAH kan . Sebab ianya berhubung kait...antara Pencipta dengan Makhluk CiptaanNya . Bila melihat pokok ros saya membesar dgn subur menjadikan saya seorang insan yang lebih bersyukur kerana di beri peluang memelihara pokok ros yang memberi kecerian dalam hidup saya ni . Sesiapa yang sentiasa bersyukur atas nikmatNya...ALLAH TAA`LA akan tambah lagi dan lagi .

Ros ni tak lama kembang dalam 3 hari saja dan lepas tu kelopaknya mula layu , begitu la putaran kehidupan setiap yang hidup bernyawa di dunia ni..


Sangat cantik kan ros chenta ni  yang sentiasa menarik perhatian si lebah..


Sooo beautiful...tak jemu dipandang dan dibelai..


Foto dari sisi bunga ros kelopaknya berlapis-lapis...


Punya la banyak lapisan kelopak ni cantikkan dan kalau dah pegang bunga ros ni memang lama la saya tenung lepas tu cium dan belai-belai , cukup cantik serta menawan kan...

Friday, 21 September 2012

Ikan siakap masam manis ala Thai

Selamat pagi Jumaat...


BAHAN-BAHAN :

1  ekor ikan siakap - dibersihkan
1 tin nenas - simpan jus
1  biji bawang besar
2  ulas bawang putih
3  biji bawang merah
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
4 helai daun limau purut di siat
2 batang serai - dititik
2 biji buah tomato
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan nampla
2 sudu besar sos cili
5 biji cili api
Sedikit jus limau nipis - jika perlu
Sedikit daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng ikan sehingga garing kemudian diangkat serta tos dan diketepikan dulu .                          
Bawang merah , bawang putih , halia , lengkuas ditumbuk lumat dan serai di titik . Potong semua buah tomato menjadi ketulan kecil dan bawang besar dipotong membulat serta racik daun ketumbar . Potong buah nenas menjadi kiub .
                    
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi serta dikacau . Bila dah wangi masukkan cili kisar dan cili api yg dibelah 2 serta dikacau rata . Bila cili sudah masak dan pecah minyak masukkan semua buah tomato bersama cili sos , sos nampla , sos tiram , daun limau purut dan dikacau rata . Masukkan semua daun ketumbar dan buah nenas serta jus buah nenas secukupnya . Masukkan garam dan gula secukup rasa serta boleh dirasa sos jika kurang masam baru ditambah jus limau nipis . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . 

Bila kuah sudah mendidih dan sudah sedap ikut selera sendiri boleh la ditutup api dapur serta terus tuang kuah ni ke atas ikan siakap . Elok dihidang dan dimakan juadah ikan ni sebaik saja dimasak baru la sedap .

Thursday, 20 September 2012

Makaroni goreng pedas

Jemput makan..

BAHAN-BAHAN :

1 peket makaroni
1 peket daging burger Ramly
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang carrot
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili - boleh tambah
8 sudu besar cili kisar - boleh tambah
1 kiub perasa daging - boleh tambah
Garam secukup rasa
Daun bawang/daun sup & bawang goreng untuk hiasan

* tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya . Kalau mahu lebih pedas boleh ditambah lagi cili kisar atau cili api yg ditumbuk .

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat . Rebus speghetti sampai empuk dan ditos . Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil . 

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi kemudian masukkan cili kisar serta cili sos secukupnya . Kacau bahan-bahan dan biarkan sampai sambal masak terbit minyak .

Masukkan daging kisar atau daging burger dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan semua carrot , sos tiram dan kiub daging . Biar kan seketika dan terus kacau kemudian masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan . Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .

PUCUK PAKU TUMIS AIR

Sayur pucuk paku yang ditumis ringkas dan mudah nak dimasak serta sedap..
BAHAN-BAHAN :
2 ikat sayur pucuk paku
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji cili merah - boleh tambah
1 sudu kecil belacan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 atau 2 genggam udang kering

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur pucuk paku dan ambil daun muda serta pucuk sahaja . Rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut dan ditos ketepikan dulu . Jika tak berapa suka udang kering boleh dikurangkan jumlah atau tukar dengan ikan bilis / udang segar . Kalau tak suka belacan pun tak perlu dimasukkan dalam resepi ni .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air secukupnya untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur pucuk paku dan dikacau . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . Jangan masak sayur pucuk paku terlalu lama nanti jadi lembik dan tak sedap dimakan .

Tuesday, 18 September 2012

DALAM HATI ADA TAMAN - me so happy

Pagi ni saya nak share gambar pokok ros lagi sebab sekarang ni semua bunga ros tengah kembang so saya banyak ambil gambar pokok ros . Cantik dan wangii....sekarang ni saya happy sebab semua pokok ros saya berbunga cantik alhamdulillah - DALAM HATI ADA TAMAN hehehe







Monday, 17 September 2012

BUNGA ROS ANGEL FACE

Hari ni saya nak share gambar pokok ros kesayangan saya ni , nama ros ni ANGEL FACE . Bau ros ni sangat wangi harum semerbak dan sekarang ni semua pokok ros angel face ini tengah kembang mekar . 










Thursday, 13 September 2012

Pasta spiral goreng lada hitam

Pasta goreng simple macam ni memang favorite kami sekeluarga especially anak-anak saya yang makan pasta ni mesti bertambah tak cukup sepinggan hehe berselera saja dan yang bestnya sebab pasta ni senang saja nak digoreng , bahan-bahan pula ikut suka nak tambah atau kurang ikut pada selera kami sekeluarga ^_^

BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti
1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang carrot
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat boleh tambah ikut selera sendiri
1 kiub perasa daging - boleh tambah
Garam secukup rasa
Daun bawang atau daun sup secukupnya

* tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya . Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti pasta ni jadi pedas menyengit pula hehehe

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat . Rebus speghetti sampai empuk dan ditos . Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil . 

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging . Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis . Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .



Hari bahagia Alia

Di pagi Khamis yang sejuk dan nyaman ini saya nak abadikan gambar semasa majlis pertunangan anak saudara saya Alia yang berlangsung pada 1 September yang lepas . Alhamdulillah majlis pertunangan anak saudara saya Alia berjalan dengan lancar sekali . Alia ni adalah anak kepada kakak kedua saya - kak Jun Cupcakekasih dan cucu perempuan ketiga mak saya , alhamdulillah Alia dah pun selamat bertunang dan insyallah sampai masanya Alia dan tunang akan selamat pula disatukan , amin .

Semua kek hantaran dibuat sendiri oleh kak saya dan dihias cantik oleh Alia . Semua kek cantik dan cute pastinya sedap sebab kak saya memang pakar buat kek serta menghias kek .

Kek yang dihias cantik dengan fondant....


Alia yang cantik berseri-seri bergambar dengan Opah dan Nenek . Masa ni kami semua masih menunggu pihak lelaki yang belum sampai . 

Selesai majlis bertunang Alia bergambar dengan Opah , Ibu pada tunang , Nenek dan Mama Alia .  Pada masa tu kami semua sangat gembira , syukur alhamdulillah dah pun selesai majlis bertunang . 

Bila dah berkumpul ramai-ramai mesti ada sesi fotografi dan ini pula gambar Alia bersama mak-mak saudara . Saya yang kiri sekali bertudung biru sementara yang tengah bertudung biru tu kakak kedua saya - kak Jun . Kakak sulung saya kak Ida yang pakai tudung putih dan yang duduk bertudung merah tu kak ketiga saya iaitu kak Nor .

Hidangan enak disajikan untuk para tetamu yang hadir yum yum semua makanan sedap dari nasi minyak dengan lauk-pauknya serta kuih-muih seperti talam keladi , kuih seri muka serta fruit cake....

Anak saya Adlina yang pakai baju kurung biru dengan sepupu sebaya Husnina . Semenjak jumpa masa balik kampung sambut Aidilfitiri mereka berdua ni cukup seronok main bersama ke sana-sini berdua maklum la sama umur so memang serasi la...tengok la tu rupa pun dah hampir sama dah macam kembar je sepupu 2 orang ni ^_^

Sempat juga saya sekeluarga bergambar dengan bonda tersayang , gembiranya kami pada hari itu dapat berkumpul bersama saudara-mara....


Dalam kemeriahan majlis sempat juga saya ambil gambar 2 sepupu ni iaitu anak saya Adam yang seronok sangat main dengan sepupunya Rohimi .

Majlis bertunang Alia dah berlalu pergi tapi memori tetap utuh dalam ingatan kami semua dan makcik Nannie doa semoga Alia sentiasa bahagia dan insyallah sampai masanya akan berlangsung pula majlis pernikahan , amin . 

Wednesday, 12 September 2012

Cupcake coklat

Sedap coklat cupcake ni dan senang nak dibancuh adunannya . Saya dapat resepi cupcake ni dari website food.com

BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/3 cawan mentega cair
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak sayur
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu full cream milk-kotak
1 sudu besar jus lemon
cokolat chips secukupnya

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat , garam dan serbuk koko dan ke tepi kan dulu .

-Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur k dalam adunan dan dipukul sebati  .Masukkan esen vanila , susu , minyak , jus lemon dan gaul semua adunan hingga sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6. Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan ditabur cokolat chips kemudian dibakar selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan .

Sunday, 9 September 2012

BUTTER CUPCAKE

Entry pertama saya untuk bulan September ni . Kek butter yang agak mudah nak dibuat dan alhamdulillah sedap..

BAHAN-BAHAN :

150gm butter
150gm gula castor
4 biji telur
1 1/2 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar full cream milk - dlm kotak
170gm tepung naik sendiri - diayak
1/2 sudu kecil baking powder - diayak dgn tepung

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180C . Pukul butter dan gula hingga kembang . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya . Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali dan ke tepi kan dulu .

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6. Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan dibakar selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan .