Pagi-pagi di bulan Ramadhan ni jom cuci mata tengok gambar pokok-pokok ros yang saya jaga /bela semenjak bulan Mac tahun ni . Pada awalnya saya memang agak sangsi untuk bela pokok ros ni sebab dari info yang selalu saya dengar kononnya pokok ros ni susah nak dijaga dan pokok yang sangat manja tapi disebabkan tarikkan yang terlalu kuat bila melihat foto di facebook kawan-kawan yang bela pokok ros ni dan semua pokok ros mereka tumbuh subur dan berbunga lebat . Saya join group pencinta pokok ros di fb dan banyak timba ilmu dari rakan-rakan senior yang dah bertahun bela pokok ros ni . Saya pun beli beberapa anak pokok dari nursery di Sg.Buloh . Pada mula memang banyak cabaran yang saya tempuhi nak bela pokok ros ni tapi saya banyak bertanya dan belajar dari rakan-rakan senior tentang cara terbaik untuk membela pokok ros serta cara menangani massalah pokok ros seperti cara nak elak pokok ros kena penyakit atau macam mana nak rawat pokok ros yang sakit atau nak bagi pokok ros subur serta berbunga lebat .
Semakin lama semakin banyak ilmu yang saya belajar dari kawan-kawan sehobi yang tak pernah lokek berkongsi ilmu . Saya pun banyak membaca teori tentang pokok ros dan selepas betul-betul faham apa yang dibaca saya cuba praktikkan pada pokok-pokok ros yang saya bela . Alhamdulilah kini semua pokok ros saya hidup subur . Perkara yang dulunya sukar kini menjadi semakin mudah , saya banyak belajar dari pengalaman dan dari 5 pasu pokok ros sekarang ni saya dah ada hampir 60 pasu pelbagai jenis pokok bunga ros sama ada jenis ros kampung tempatan atau pokok ros yang dibawa masuk dari luar negara .
Pokok-pokok ros di taman saya , menjaga atau membela pokok ros memang memberi ketenangan serta kegembiraan kepada diri saya . Rupa , bentuk serta bau ros sentiasa memikat hati saya dan saya sangat sayang semua pokok-pokok ros saya ni . Setiap pagi seawal pukul 6 pagi saya dah mula keluar ke laman rumah saya ni untuk membelek semua pokok ros saya ni . Rutin setiap pagi saya ialah siram pokok , periksa pokok ros untuk buang bunga yang layu , daun-daun buruk atau mencantas dahan yang tak produktif .
Semua ros kesayangan saya..
Selamat pagi dari laman Nannie ^_^
Nama ros ni Generous Gardener , wangi dan sangat cantik..
Ni pun ros kesayangan saya dan nama ros ni Angel Face , sangat cantik dan wangi..
Ros ni warnanya macam merah lebam dan nama ros ni Memphis Magic , bunga ros ni tak ada bau tapi kelopaknya macam baldu dan kalau kembang tahan lama..
Angel Face kesayanganku..
Ni ros David Austin dan nama ros ni Queen of Sweden , ros ni memang sangat cantik kelopaknya berlapis-lapis serta sangat wangi , lalu tepi ros ni saja dah boleh bau keharumannya...
Pokok ros ni kecil saja jenis renek dan saya tanam dalam pasu bertangkai yang saya sangkut pada pagar rumah . Nama pokok ros ni ialah Pink Fairy , masa baru kembang warna soft pink bila dah over bloom bertukar menjadi putih..
Lagi satu ros kegemaran saya , nama pokok ros ni ialah Claire Martin dan dari jenis pokok ros memanjat . Batang pokok ros ni akan meninggi dan perlukan sokongan seperti tiang atau para kerana batang pokok ros ni jenis senang melentur jadi batang-batang ros ni perlu diikat pada para/tiang trellis . Bunga ros ni jenis berjambak-jambak dan tiada bau tapi sangat cantik dan bentuk rupa bunga ros ni seakan-akan bunga sakura .
Ni pula pokok ros renek yang saya tanam dalam pasu yang boleh disangkut pada pagar rumah . Nama ros ni Rough Jewel dan rajin berbunga dan sangat mudah nak dijaga . Tiada bau tapi sangat cantik tapi awas durinya sangat tajam dan berbisa ^_^
Nama ros ni Carefree Beauty , sangat cantik dan wangi . Saiz bunganya sebesar tapak tangan saya , ros ni antara favorite saya ^_^
Nama pokok ros ni Whiteline dan agak mudah nak dijaga . Pokok ros ni adalah di antara pokok ros yang mula-mula sekali saya beli dan jaga sampai sekarang . Cepat membesar dan sekarang ni pokok ros ni dah setinggi 4 kaki dan besar , selalu berbunga dan kelopak bunganya tebal tapi tiada bau .
Nama pokok ros ni pula white koster dan pokok ros ni di bawa masuk dari Thailand , pokoknya jenis ros mini rendah saja tapi rajin berbunga , tiada bau tapi bunganya sangat cantik..
Ros ni pula di panggil Red Chilli disebabkan warnanya yang sangat garang dan merah . Senang dijaga tapi tiada bau . Saya cukup tertarik dengan warna dan rupa ros ni yang cantik..
Ni adalah dari jenis ros kampung yang teramat wangi dan sangat cantik , nama ros ni ialah Damask dan antara ros favorite saya ni . Selalunya kudupnya keluar berjambak-jambak dan kelopaknya berlapis-lapis cuma tak tahan lama bila kembang kelopaknya cepat gugur huhuhuh...
Saya kurang pasti nama saitifik untuk ros yang unik ni dan di kalangan kawan-kawan pengemar ros memberi nama ros apam kerana rupa ros ni macam apam yang baru kembang ^_^
Nama ros ni ialah Summer Scalet , ros ni ada bau sikit dan sangat senang nak dijaga dan selalu berbunga . Ada bermacam-macam jenis lagi pokok ros dalam koleksi saya dan insyallah di lain n3 saya akan kongsi lagi gambar-gambar ros saya ya..