Pages

Friday, 25 May 2012

MASAK LEMAK CILI API DAGING REBUNG

Selamat pagi Jumaat...

BAHAN-BAHAN :

500grm daging lembu
2 cawan rebung segar - dicelur sampai lembut
3 cawan santan pekat - jika kurang boleh ditambah
1 keping asam keping
2 batang serai saiz besar dititik
air secukupnya - utk rebus daging
Garam secukup rasa

BAHAN DI KISAR :

10 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:


Bersihkan daging dan dipotong kecil ketepikan dulu kemudian potong kecil rebung yang sudah dicelur tadi  ketepikan .  Masukkan semua bahan tumbuk serta serai bersama daging dan air secukupnya kemudian masak daging sehingga empuk dan air rebusan menjadi sedikit .


Masukkan santan secukupnya , garam secukupnya dan asam keping dalam periuk berisi daging yang direbus tadi serta kacau semua bahan-bahan . Masak semua sampai kuah mendidih dan boleh ditambah santan jika mahu lebih kuah . Bila semuanya dah masak boleh la ditutup api dapur .

Cukup pedas...

7 comments:

  1. ya Allah..ni feveret ni kak.. esok balik Kuching mmg kene cari rebung..

    ReplyDelete
  2. aduh...! peberet sy nie....
    meh semangkuk kak...hehehe...
    hari nie x de keje...dok mntak jer orng pnya.......hahaha....

    ReplyDelete
  3. sedap ni.next week blk kg blh mkn rebung fresh.xpnh mkn lg rebung beli.selalunya makan rebugn yg mak cr sendiri kt pokok buluh, manis je rsnya

    ReplyDelete
  4. sedapnya Nanie akak suka ni rebung masakan kampong yg lapok dek hujan tak lekang dek panas..

    ReplyDelete
  5. Rebung masak gini mmg sedap.... Suka makan ketika ianya masih panas lg... Gandingkan lg ngan sambal belacan.... Mmg best!!

    ReplyDelete
  6. dh lama beno x mkn lemak rebung nie,kalau dulu2 kt kg rajin mkn,bukan rajin msk yea....mak yg msk..huhuhu...

    ReplyDelete