Pages

Thursday, 31 May 2012

AYAM GORENG LEMON

Selamat pagi Khamis...

BAHAN-BAHAN:

250 grm isi peha ayam 
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 ulas bawang putih 
5 tangkai cili kering - dipotong
1/2 inci halia
2 sudu besar sos tiram
sedikit kulit lemon dipotong memanjang
sedikit daun sup atau daun ketumbar
1 biji telur ayam
minyak masak secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS:


sedikit air - secukupnya
serbuk perisa ayam - secukup rasa
jus lemon secukup rasa
gula secukup rasa
Garam secukup rasa - bila perlu saja


CARA MEMASAK :
* Bersihkan ayam dan dipotong kecil kemudian perap ayam bersama 2 sudu besar sos tiram dan parutan kulit lemon selama 30 minit . Bersihkan bawang putih dan halia kemudian dipotong kecil atau dicincang . Sedikit kulit lemon dihiris nipis-nipis . 


* Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan pukul sebiji telur kemudian celup isi ayam ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan . Angkat dan toskan .

* Bagi buat sos panaskan minyak secukupnya dalam 3 sudu besar dan tumis semua bawang putih dan halia sehingga wangi . Masukkan cili kering kemudian masukkan air serta serbuk perasa ayam secukup rasa dan biar sampai mendidih . Masukkan jus lemon secukup rasa , gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati . Rasa jika ada bahan yang kurang seperti garam boleh lah ditambah .


*  Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan dikacau bila kuah dah pekat boleh terus dimasukkan semua ayam digoreng tadi . Taburkan daun sup dan hirisan kulit lemon tadi untuk xtra citarasa dan bau . Kacau semua bahan sehingga cukup rata dan boleh ditutup api dapur . 

dari atas kanan = buah lemon , cili kering , bawang putih , halia dan hirisan kulit lemon .


Isi ayam yang diperap dengan sos tiram dan parutan kulit lemon .


Ayam goreng lemon ni saya masak ikut citarasa kami sekeluarga sekiranya anda semua nak cuba sila la ubah suai tambah atau kurang bahan mengikut citarasa anda sendiri ya....selamat menjamu selera..

Friday, 25 May 2012

MASAK LEMAK CILI API DAGING REBUNG

Selamat pagi Jumaat...

BAHAN-BAHAN :

500grm daging lembu
2 cawan rebung segar - dicelur sampai lembut
3 cawan santan pekat - jika kurang boleh ditambah
1 keping asam keping
2 batang serai saiz besar dititik
air secukupnya - utk rebus daging
Garam secukup rasa

BAHAN DI KISAR :

10 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:


Bersihkan daging dan dipotong kecil ketepikan dulu kemudian potong kecil rebung yang sudah dicelur tadi  ketepikan .  Masukkan semua bahan tumbuk serta serai bersama daging dan air secukupnya kemudian masak daging sehingga empuk dan air rebusan menjadi sedikit .


Masukkan santan secukupnya , garam secukupnya dan asam keping dalam periuk berisi daging yang direbus tadi serta kacau semua bahan-bahan . Masak semua sampai kuah mendidih dan boleh ditambah santan jika mahu lebih kuah . Bila semuanya dah masak boleh la ditutup api dapur .

Cukup pedas...

Thursday, 24 May 2012

CENDAWAN GORENG..

Dah lama saya tak masak cendawan goreng ni , selalu kalau pergi pasar malam mesti tergoda dengan bau cendawan goreng yang dijual jadi pagi tadi masa di Tesco saya beli cendawan fresh dengan tepung goreng serba guna . Balik rumah terus saya masak cendawan goreng ni mmmm harum dapur bau aroma cendawan goreng......sedapnyaaa...


BAHAN-BAHAN :

Cendawan tiram secukupnya
2-3 biji telur
Tepung goreng ADABI

CARA MASAK :

Bersihkan cendawan dan pukul 2-3 biji telur . Siat-siat semua cendawan dan boleh terus dimasukkan cendawan ke dalam telur tadi dan digaul rata .


Lepas dah dicelup dalam telur tadi terus masuk dalam tepung ni dan digaul rata selepas tu digoyang-goyang sikit buang lebihan tepung yang melekat pada cendawan ni . Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng cendawan ni guna teknik deep fry , goreng dengan cepat dan bila dah masak boleh diangkat serta ditoskan dulu . Kemudian boleh dihidangkan serta sedap dimakan dengan sos Thai...


Bestnya anak-anak Mama makan cendawan goreng , Adam dan Adlina memang suka sangat cendawan goreng ni actually kami anak beranak memang suka cendawan goreng...Jemput makan ya...

Tuesday, 22 May 2012

GULAI IKAN AYA

Ni gulai ikan aya atau ikan tongkol yang saya masak semalam untuk dimakan dengan nasi dagang . Saya  dah cuba beberapa resepi gulai ni dan saya dah dapat cara masak/resepi yang sesuai untuk selera kami sekeluarga . Cara saya masak sangat mudah dan saya belajar masak dari pengalaman jadi bila nak masak satu-satu jenis masakan tu saya tak guna sukatan tetap dan selalunya bahan-bahan memang saya dah ingat . Bila dah selalu masak dengan sendirinya kita tau sukatan jumlah sesuatu bahan tu sama ada cukup atau kurang untuk menjadikan masakan kita sedap . Jadi kepada sesiapa yang nak cuba resepi saya ni anda boleh tambah atau kurangkan bahan mengikut selera sendiri ya...

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan tongkol - anggaran 800gm/ 1kg
4-5 keping asam gelugor
1 sudu kecil garam
air secukupnya
- Semua bahan-bahan dimasukkan dalam periuk dan ikan direbus sampai masak .

- Ikan aya ni juga boleh dimasak secara kukus .
Ikan disusun dalam bekas yang sesuai , asam keping disusun dicelah-celah ikan dan dalam perut ikan . Air dituang sedikit dalam mangkuk yang disusun ikan ni . Kukus ikan sehingga masak . Simpan air rebusan ikan ni untuk diguna masa masak kuah gulai nanti . Ikut pada anda untuk guna banyak mana air rebusan ikan ni . 

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH GULAI :

3 cawan santan pekat - boleh tambah
1 cawan air rebusan ikan aya
1 peket rempah kari ikan 
10 biji cili padi
3 biji cili merah atau cili hijau - dibelah 2
1 atau 2 sudu besar kerisik
1 sudu besar belacan - dibakar
2 sudu besar cili kisar
1 atau 2 keping asam gelugor - secukup rasa
garam secukup rasa
gula kabung atau gula Melaka secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci lengkuas
1 inci halia

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan  belacan dan biarkan masak sehingga pecah minyak.

2. Masukkan semua santan , cili padi dan cili merah , garam secukup rasa , kerisik dan gula  kabung secukupnya . Biarkan kuah mendidih dan rasa kuah jika kurang masam baru la dimasukkan asam keping secukup rasa dan boleh dimasukkan ikan tongkol tadi . Masak gulai ni sehingga ikan dah sebati dengan kuah dan boleh la ditutup api dapur .

Monday, 21 May 2012

NASI DAGANG n GULAI IKAN AYA

Lama saya tak post n3 di blog saya ni rindu la pula.........hari ni saya masak resepi dari Pantai Timur iaitu nasi dagang Terengganu dengan gulai ikan aya dan acar mentah . Sebelum ni saya pernah dah masukkan resepi nasi dagang ni so kiranya kali ni resepi ulangan untuk saya kongsi bersama pembaca blog saya ni...

Nasi dagang ni sepatutnya dimasak cara kukus tapi di sebab kan pagi tadi baru saya teringin nak makan nasi dagang so memang tak sempat dah saya nak rendam dulu beras nasi dagang . Kalau masak nasi dagang cara kukus , beras nasi dagang mesti direndam semalaman . Saya masak nasi dagang ni macam masak nasi lemak dan alhamdulillah masih sedap nasi dagang ni untuk kami sekeluarga makan...

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan santan pekat
3 cm halia - di potong nipis
4 biji bawang merah - dipotong kecil
1/2 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , halia , halba , bawang merah dan garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik . Bila nasi dah masak kacau bagi rata dan biarkan periuk nasi seketika selepas 15-20 minit baru la ditutup suis periuk nasi . Hidangkan nasi bersama lauk-pauk..

Rezeki kami tengahari ni nasi dagang bersama gulai ikan aya , ayam goreng dan acar mentah..syukur alhamdulillah...

Sunday, 13 May 2012

SELAMAT HARI IBU..

SELAMAT PAGI AHAD...

HARI NI HARI YANG CUKUP ISTIMEWA BUAT PARA IBU/MAMA/EMAK/BONDA...

SELAMAT MEMYAMBUT HARI IBU SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA NI.....KASIH IBU TIADA TANDINGANNYA...SANGGUP LAKUKAN APA SAJA UNTUK KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN ANAK-ANAK KITA....SYUKUR ALHAMDULLAH...

SEMOGA BAHAGIA NI TETAP MENJADI MILIK KITA SELAMANYA...AMIN..


Wednesday, 9 May 2012

MASAK LEMAK CILI API IKAN KELI SALAI

Selamat pagi Rabu...

Apa khabar semua pengunjung blog saya ni ? harap semuanya sihat dan happy selalu . Hari ni saya masak lauk kegemaran hubby - masak lomak cili api ikan keli yang dicampur dengan buah belimbing besi , resepinya hampir sama macam masak lomak cili api yang lain cuma ikan keli salai ni lagi sedap dari ikan keli biasa...


BAHAN-BAHAN :

8 ekor ikan keli salai
5 cawan santan - jika kurang boleh ditambah
1 helai daun kunyit - disiat
buah belimbing buluh secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - boleh tambah atau kurangkan
1.5 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:


Bersihkan ikan keli salai dan dipotong dua . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , daun kunyit ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian boleh  dimasukkan semua buah belimbing buluh yang dipotong dua dan juga semua ikan keli tadi .Guna api dapur sederhana dan tutup periuk sekejap dalam 2 minit dan biar sampai ikan keli sebati dengan kuah , boleh dikacau perlahan-lahan kuah . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila dah masak boleh la ditutup api dapur .


* Pada permulaan sesi masak perlu la dikacau kuah supaya santan tak pecah minyak dan guna api dapur sederhana . Tambah atau kurang bahan mengikut citarasa sendiri .