Cukup sedap omelet salmon ni , boleh dimakan begitu saja dgn salad bersama sos thousand island atau boleh dijadikan filling untuk sandwich . Menu berkhasiat yang kaya dengan protein serta fiber dan untuk resepi ni saya hanya guna sebiji telur dan saya tambah 2 biji telur putih sahaja untuk menambahkan sumber protein dalam omelet ni . Boleh juga ditambah keju dalam omelet ni...
Sajian cukup lengkap dan berkhasiat...
Omelet bersama salad segar , sedapnyaa...
BAHAN-BAHAN :
1 keping fillet ikan salmon
1 biji telur
2 biji telur putih sahaja
2 biji buah tomato
1 ulas bawang putih
minyak buah zaitun atau minyak sayur
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MASAK :
Bersihkan fillet/kepingan ikan salmon dan grill ikan salmon ni sehingga masak kemudian ketepikan dulu biar ikan sejuk . Satukan 1 biji telur bersama 2 biji telur putih didalam bekas yang sesuai kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam secukupnya . Kacau semua telur bagi cukup mesra ketepi kan dulu .
Racik halus bawang putih . Panaskan frying pan dan masukkan 1 atau 2 sudu besar minyak buah zaitun . Bila frying pan dah panas boleh la dimasukkan bawang putih dan biarkan sampai bawang masak serta layu kemudian terus masukkan isi ikan salmon yang sudah dilerai-leraikan . Kacau dan boleh dimasukkan semua buah tomato yang di potong kecil . Kacau semua bahan sampai tomato layu dan masak .
Bila tomato dah masak boleh la dimasukkan semua telur tadi . Berhati-hati masa nak terbalikkan omelet ni supaya omelet ni tidak hancur . Bila dah masak kedua belah bahagian boleh la ditutup api dan dihidangkan . Boleh ditambah keju macam monzarella atau cheeder ke dalam omelet ni...
Dah masak dan boleh dimakan , sedap ni...
wow sedapnya...tgk je dh tliur ni...
ReplyDeleteterasa mcm nk buat terus...tp bahan2 lak xde...tq kak resepi...
alhamdulillah sedap
Deletesedap sedap!!
ReplyDeletememang sedap hehehe
Deletemenarik!
ReplyDeletealhamdulillah sedap n menarik
Deleteboleh try ptg ni nampaknya.. yum yum nampak sedap ler
ReplyDeletecuba la mila , mmg sedap ni
DeleteDelicious and healthy!!.......Abrazotes, Marcela
ReplyDeleteyes this menu is so delicious , thank you for visiting my blog
DeleteTiene una pinta estupenda muy buena
ReplyDeleteun saludo
pepe
^_^
Delete